Assalammualaikum semua dan salam sedingin Sonata Musim Salji...heehhee sejuk nyer pagi nie. Kat luar tue hujan turun mencurah2. Cepat bangun dan mula kan tugasan harian kita dengan lebih bersemangat. Hari nie hari Jumaat penghulu segala hari...dan esok pulak hari sabtu hari bercuti bersama keluarga. Minggu nie weekend kita panjang sikit cuti sampai hari Isnin...apa perancangan uorls nak balik kg atau bercuti kemana2 ker? BSB minggu nie nak buat gathering family. Alaaalaaa simple2 jer berkumpul bersama2 adik2 dan ibunda tersayang....heehee nak bermanja sikit dgn ibunda. Jangan mareee...tauuuu...kalau uorls tak ada apa2 rancangan apa kata uorls pergi terjah restoran Thai ala2 Bangkok nie kat Taipan USJ, Subang Jaya alaaa yg dekat2 dgn restoran sate kajang haji Samuri...layannnn...
Pembuka selera kami...pulut siam + mangga. Pulut tue memang lembut dan sedap sekali.
Yang nie nasi putih...mykid ingat nie cheese cake..heehee...
Tomyam campur ala2 kampung, kat sini ada bermacam2 tomyam.Pilih jgn tak pilih bebbb...
Sayur campur untuk yg tak makan pedas.
Ayam pandan goreng dicicah pula dengan kuah lada yg masam2 manis.
Aksi abang sebelum hidangan dihidangkan...kat sini heger nyer tak ler mahal sangat. Tapi kalau lunch hour memang ramai org.
Di pintu masuk restoran Thai tueee.
Lepas makan sessi bergambar...tapi akak tina jer yg nak bergambo yg lain dah kekenyangan tak larat dah nak senyummmm...layan jer lerrr.
Apa lagi kalau teringin nak merasa masakan Thailand tak payah ler nak p Thailand..layan jer kat restoren nie memang dah terasa macam kat Bongkok jerrr....layanan staff kat sini memuaskan dan harga pun berbaloi, kira nyer boleh layan ler.
Ok sampai sini dulu coretan BSB. Selamat berhujung minggu yg panjang, jaga diri dan keluarga baik2 dan terima kasih sudi singgah di Be Simple Beb. Taaataa Tiiitiii Tuuutuu..ADIOSSSS...
Ok sampai sini dulu coretan BSB. Selamat berhujung minggu yg panjang, jaga diri dan keluarga baik2 dan terima kasih sudi singgah di Be Simple Beb. Taaataa Tiiitiii Tuuutuu..ADIOSSSS...