Tuesday, February 23, 2010

1 HARI DI PUTRAJAYA

Tengahari kami sempat pegi lunch kat Tmn Warisan. Kat sini ada dijual pelbagai makanan. Ada Nasi ayam, Roti John, Sate, buah2an dan macam2 lagi. Harga x de le mahal sangat. boleh le kalau nak lunch kat sini. Tempat memang bersih, teratur dan toilet pun boleh buat tidur.




Lepas makan, my hubby pegi sembahyang kat Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi) Masjid nie memang besar, parking pun senang dlm Bgn masjid. Kau org layan dan teliti le gambar yg sempat aku ambil kat luar dan dlm masjid nie. Rugi rasanya kalau pegi Putrajaya tapi x pegi Masjid Tuanku Mizan nie.


Gambar nie di hadapan Masjid Tuanku Mizan.
Jejak je kaki kat 1st flr Masjid nie, Mata aku terus terbeliak besar tengok kolam air Masjid nie sampai tak tahu nak cakap apa. Dlm Masjid nie x ada aircond atau kipas angin, tapi memang sejuk dan nyaman je..Siapa le arkitek Masjid nie gamoknya yeeee...

Friday, February 19, 2010

TAMAN BOTANI PUTRAJAYA - TITIAN KANOPI

Taman Botani Putrajaya menyajikan kekayaan alam tumbuh-tumbuhan tropika.Mempunyai 700 spesies tumbuhan. Tapi kami cuma pergi beberapa Tmn je tak larat nak jalan. Sesuai le utk bebudak sekolah dtg sini.



Gambar di atas nie dinamakan Titian Kanopi. Dari Pusat Pelawat kami merentasi puncak2 pokok. Tengok le boleh tahan juga tingginya. Anak2 aku sikit pun x gayat.


Selepas Titian Kanopi kami menyusuri Denai Helikonia atau pun jenis tanaman berhubung kait dgn pokok pisang.

Ini le pokok pisang hutan. berbuah di atas. pelik tapi benar.

Ini pulak Tmn paku-pakis. Macam2 paku pakis ada kat sini. Yg x pernah di lihat pun ada. Memang terasa nyaman kat tmn nie. Rasa macam nak ambil sepokok bawa balik je...


TAMAN BOTANI - TITIAN/LALUAN KANA


Sepjg persisiran tasik atau di Laluan Kana memang banyak pokok seperti di bawah nie. Kau org tahu tak pokok apa nie? Ini le pokok Kana atau pokok tasbih (Sekali pandang macam pokok kurma) ia berasal dr Amerika. Tak tahu le boleh makan ke tak buah kana nie???




Dua beradik nie dah penat sgt le tue... Ini le Titian Kana, ia menuju ke Res. Makanan Laut Putrajaya Seafood. Mulanya kita org nak lunch kat sini tapi ada org dah booking for wedding so x jadi le lunch kat sini.




Qistina tengah posing ala2 gadis bunga tanjung. Kat Tasik nie boleh buat aktiviti air macam kayak. Tapi ptg baru Pusat Aktiviti Air nie buka.








TAMAN BOTANI - MOROCCAN PAVILION

Dihadapan pintu masuk Moroccan Pavilion, iaitu Replika rumah Mesir. Ukiran yang terdapat di sini sememangnya sama spt rumah2 di Mesir. Terasa nyaman dan sejuk je kat sini w/pun cuaca panas terik ketika ini.


Di dalam Rumah Moroccan Pavilion ini terdapat ruang tamu yg luar. Di tengah2 ruang tamu rumah ini terdapat pancutan air yg mengalir terus ke hadapan rumah hingga kekolam luar rumah ini. sejuknya kaki bila pijak lantai ini.