Thursday, March 25, 2010

I-CITY TAMAN LIP LAP LIP LAP

I-City Shah Alam, Taman mini lampu yang decorated dengan LED light. Terletak di kawasan perumahan dan pejabat di Seksyen 7 Shah Alam. Di buka pada pukul 6 petang hingga 11 malam. Tapi kalau hari hujan taman tutup, maklumlah takut ada yang terkena kejutan letrik nanti. Apa lagi layan le gambar di bawah nie, tapi sori gambar tak berapa clear maklum le tangkap guna hp murah je bukannya Nikon kamera yg mahal 2. layan....

Qistina dengan Qaiser tengah bermandi cahaya lampu2 LED...


Qistina nak sangat ambil gambar dekat rama2 nie, dia memang suka bebenor dgn rama2. Dia kata nak ambil bawa balik rama2 nie. Tengok le dah macam juan on...aku tengok...
Di bawah pohon belimbing. Awas x boleh makan buah belimbing nie yaa...ambil gambar je boleh.



Kat bawah nie, gambar swan tengah minum air pancut.
Lompat sikatak lompat, lampu katak pun ada juga...macam2 ada kat tmn nie...

Yang kuda putih nie, Qaiser nak tunggang dan bawa balik. Nasib baik budak yg jaga 2 ada kat situ kalau tak dah pasti anak aku nak tunggang kuda lampu nie.


Lampu Bear pun ada, yg nie aku rasa macam nak bawa balik pulak...



Lampu pokok mangga. Macam buah mangga betul je pokok nie.


Yang nie pulak Christmas tree.





Thursday, March 18, 2010

LAYANG2 KU TERBANG TINGGI

Dah boring pusing2 Shah Alam, kami p main layang2 kat Metropolitan Kepong Park pulak. Ala kat tepi MRR2 Highway. Kawan aku kat Gombak dgn Batu Cave 2 tentu dah biasa kat Tmn nie. Maklum le hari2 lalu kat sini. Aku kat Shah Alam nie jauh le sikit tapi layang2 punya pasal tak pe...tak pe...no hal leeee



Sebelum p main layang2, kami ronda2 dulu kat Tmn nie. Kat sini boleh jogging, cycling, memancing dan macam2 lagi le boleh buat, yg halal je leee.


Kalau nak memancing kat sini le..disediakan jeti khas utk kaki pancing. Tak lama lagi nak buat tempat activiti kayak pulak kat tasik nie.

Time for playing kites, let go baby.. Qistina dgn Qaiser je yg main layang2 Qaheer duduk kat tepi padang je le dgn mama ya...sebenarnya Qaheer geli nak pijak rumput maklum le rumah atas kayangan mana ada rumput2 nie. Dlm beg pink 2 ada jajan tau utk aku dgn Qaheer je...

Qaiser dah tak sabar nak main layang2. Kat sini ramai org jual layang2. Macam2 bentuk layang2 ada karton, Dragons, Princess dll. Harga antara RM 8 - RM30 mengikut saiz dan material layang2. Macam yg Qaiser pegang nie cuma RM10 je.


Aksi anak2 ku main layang2. Bila aku tengok anak2 aku 2 macam dah penat main layang2 dan jajan aku bawa tadi pun dah habis aku dgn Qaheer makan apa lagi berkemas le balik. "Kakak, Abg jom balik hari pun nak hujan 2...cepat..cepat... balik... "

Tuesday, March 02, 2010

CUTI2 MALAYSIA

Cuti "Gong Xi Fatt Chai" baru2 nie aku bawa anak2 pegi D'Muara Marine Park kat Dorani Bayu Resord, Sungai Besar, Kuala S'gor. Mula2 nak pegi P.D, tapi macam biasa sangat kat P.D 2, So kita org try kat sini. Terletak 5KM dr Pekan Sg Besar dan 90KM dr rumah aku. Kami booking chalet terapung yg mengadap Selat Melaka (ala2 Avillion kat P.D).
Ini le pintu masuk lobi Floating Chalet. Kami check in pukul 2 ptg.
Ini gambar dalam bilik chalet, ada 1 katil besar, ada aircond, ada ruang menonton tv tapi x ada astro. Tengok le muka Qistina yang tengah tension sbb x dpt mandi laut. Bukan x kasi tapi panas sgt kat luar 2. Tunggu ptg ckit akak yaaa....

Ini laluan ke Floating Chalet. Chalet kami yg hujung sekali 2...

Ini pula gambar kat balkoni chalet, sebenarnya kat Sg. Hj. Dorani nie lebih sesuai utk kaki pancing ikan. Bila air pasang memang diaorg pancing kat balkoni nie leee. Kami nie bukan kaki pancing ikan tapi kaki makan ikan. Memang syok gilerrr dpt tengok sunset, cantiknya..
Bersebelahan dgn chalet nie ada jeti nelayan dan ada restoran terapung. kira senang le nak makan seafood kat sini. Seafood memang fresh dan harga x le mahal macam kat S.jaya 2..

Esok pg anak2 aku bermain air laut. Laut sini x boleh le nak berenang sbb banyak lumpur. Tapi kalau setakat nak main air 2 boleh le macam anak2 aku nie ok lah..tengok 2 Qaheer ala2 baywatch..ha.ha.haaaa

Kakak tayang gigi la pulak...anak2 aku 2 tengah cari ketam nak bawa balik, nak masak lemak cili padi. Ketam x jumpa kulit siput banyak lee kat sini.
Lepas penat bermain air, apalagi kami g breakfast kat pekan sg besar. Pekan sg. besar nie x le besar manapun nama je besar. lepas makan sempat lagi qistina & qaiser main kat playground nie.

Pukul 12.00 tgh kami check out. Kami singgah kat Bkt Melawati saja jln2 tengok monyet bukan main banyak lagi kat bukit nie. Lepas 2 pusing2 kat Kuala S'gor dan lunch kat sini dulu sebelum balik ke Shah Alam. Ini le percutian low budget kami, tapi yg pasti anak2 aku gembira dan suka sangat sepanjang berada di D'Muara Marine Park nie.