Thursday, December 30, 2010

Menu D'bomm

Salam pagi jumaat yg gembira dan ceria, seronok nyer dapat cuti free nie. Terima kasih lerr team bola sepak Malaysia, sbb diaorg ler kita dapat cuti hari jumaat nie. Weekend nie ada mood tak nak masak2? Nak masak apa ekk? Masak pun kena ada mood baru masakan kita bertambah sodappp. Apa kata masak menu macam BSB nie ok tak? Kalau hari2 makan atau bungkus kat kedai boring juga kan? Sampai satu tahap tak tahu nak makan kat mana lagi dan nak masak apa. Jom tengok apa BSB masak minggu lepas ....

Dessert mesti ada Strawberry Aiskrim....buah strawberry nie masam sikit tapi dah makan dengan aiskrim coklat memang sedap..Cikrin Aiskrim nie aku beli kat Tesco jer bukan buat sendiri kkkk.

Kari ayam campur tomato. Kalau nak sedap tambah kerisik untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kari nieee.kalau tak adooo tak payah bubuh pun tak peee...sedap gakkk
Nie daging masak kicap berempah. Senang jer tumis bawang merah,bawang putih dan rempah 4 beradik. Sebelum tue daging diperap dulu.
Sambal udang nie digoreng kering sedikit supaya lebih pedas dan tahan lama.
Sayur kobis goreng dicampur udang, simple beb untuk anak2 yang tak tahan pedas. Minuman kita buat air limau kasturi campur asam boi...mesti terangkat punya. Ok tak menu BSB nie. Simple dan senang untuk disediakan. Semua nie BSB masak sendiri tau, tak main ler pinjam gambar dr uncle google...apa lagi jom kita ke dapur...ADIOOSSS.

Juara Beb

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....KITA JUARA...Yaaapp...Yaappp Horeeeee. Jutaan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia & K.Rajagobal..Siapa kata kita tak boleh jadi juara dalam juara yg terhebat di Asia Tenggara. Malaysia penanti selama 14 tahun untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi bila mengalahkan Indonesia dengan kelebihan agregat 4-2. Walaupun dimasa minit2 terakhir Indonesia bermain lebih agresif tapi sudah terlambat bebbbb nasi sudah menjadi basiiiiii...cuba lagi lerrr 2 tahun dari sekarangggg...lagi satu yg BSB suka sangat ESOK CUTI YAAA HOOOOO..PM malaysia kata malam tadi malam paling gemilang buat bola sepak Malaysia...SKUAD HARIMAU MEMANG TAK BOLEH DIRATAH...Adiossss.

Tuesday, December 28, 2010

Makan Time

Salam kengkawan, malam nie adalah malam penentuan buat pasukan bola sepak Malaysia yg akan bertarung dengan Indonesia dimana mereka akan bermati-matian bermain untuk bergelar juara diantara juara. Agak2 nyer lerrr...cuba tengok kat dalam air tueee, siapa ler yang akan menjulang piala tue nanti. BSB rasa Malaysia menang dengan 0-0 kat sana lerrrr...Okkk stop citer pasal bola, nanti ada org tak lalu makan pulak. Tengahari ni nak lunch kat mana? apa kata pergi lunch kat Secret Recipe nak tak? Memang halal punya jgn risau. Kalau pergi try ler order macam kami order nieeee...jommmm

BBQ Chicken Mushroom...tengok ler mushrom dan sos nyerrrr sedapppp. Eza kata dia nak try order yg nie pulak.

Grilled Black Papper yg nie cheq punya. Dia mesti order yg nie kalau makan dgn kami...heehee BSB tahu kenapa dia selalu order yg nieeee...biar ler rahsia...

Ini pulak Vietnamese Beef Noodel Soup ataupun BSB panggil Vietnam Kuew Tiaw Sup. Bukan apa teringat citer Sharliz yg dia p Vietnam makan sup nie ler kot.
Wajah2 yg tak ceria pasal B**** tak dapat. Tak per ler kita redhooo jer ler Cheq & Eza. Insyaallah tahun depan mesti adoooo...hai lama lagi nak tunggu hujung tahun depan. January pun belum lagiiiii....apo nak di katoooo....sedih2 gak, tapi makan2 gak.oooppp lupa pulak kawan BSB yg lagi satu tak ada, sori ciksue kami tak ajak ko, masa nie ko bercuti makan angin, so kami makan hati...layannnn jer lerrr, kesian...ADDIOSSS

Monday, December 27, 2010

Saja Jalan2

Salam kengkawan semua, BSB nak tanya weekend hari tue buat apa. Dah beli ker baju sekolah anak2. BSB baru jer beli minggu lepas. Hari nie BSB nak share pasal Selangor Ria ataupun Hari peladang penternak nelayan yang diadakan di parking kereta Stadium Shah Alam baru2 nie. Memang banyak gerai pameran dan jualan dibuka, sampai BSB tak tahu ler nak beli apa, macam2 adooo...persembahan artis pun adooo. Tapi BSB lebih tertarik dengan binatang2 yg ada kat situ. Jom kita tengok sama2 kkkk...

Dalam parking kete ada taman ler pulakkkk...layannn
Didalam khemah kambing, bau jgn cakap lerrr...tapi anak2 BSB suka sangat.
Tengok ler tueee....budak bandar yg tak pernah tengok kambing.
Bos tengah pilih kambing untuk korban kerrr..
Ini kambing jenis apa nieeee...

Dalam sangkar nie ada ayam belanda tauuuu...
Kuda pun adoooo...kalau nak tunggang kuda RM5.00 kalau tak salah lerrr..


Yang nie tengah tengok org dikir barat, dibelakang nie taman arnab.Kami tak lama kat sini sebab hari nak hujan. so tak sempat ler nak ambil pic banyak2. Tapi memang meriah ler kat sini. Rasa nyer pameran nie bermula dari 18hb December hingga 26 December 2010. so kalau kengkawan tak sempat pergi kali nie tak per tahun depan ada lagiiiii....sekian...ADDIOSSS.

Friday, December 24, 2010

MaCaM2 Adooo

Assalamualaikum & Hello 1 Malaysia buat semua kengkawan dan pembaca Be Simple Beb. Hujung minggu yang ditunggu2 menjelma lagi. Weekend nie memang bizzy dan gembak sikit. Macam2 adoooo...Esok kawan2 kita yg beragama kristian akan menyambut Christmas Day. BSB ingin mengucapkan Merry Christmas and Happy Holiday.

Buat kaki rock pula jangan lupa malam esok 25/12/2010 di Surf Beach, Sunway Lagoon...jom kita layan dan bikin gempak menyaksikan Double Trouble konsert kumpulan rock legenda Search & Wings. Tapi BSB nak kasi nasihat sikit kat adik2 kesayangan BSB, lepas habis konsert jangan nak merayap tempat lain pulak tau mesti terus balik rumah. Selalu nyer konsert habis dalam pukul 12.00 malam...so jgn nak lepak mana2 lagi kkkk...so ingat ler dimana bumi dipijak disitu langit dijunjunggggg....kih..kihhhhh..kihhh betoi ker tueeee...

Ini pulak citer kaki bola macam my hubby, Penyokong Malaysia Boleh jangan lupa hari Ahad malam Isnin akan tercatat satu sejarah sukan di tanah air kita nanti di mana pasukan kebanggaan kita Malaysia akan menjulang buat pertama kali nyer piala AFF Suzuki 2010, insyaallah. Apa lagi jom kita ramai2 pergi stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyokong pasukan MALAYSIA. Kalau malas nak layan bau rokok kat stadium tue apa kata kita layan jer kat depan TV rumah kita sambil pakai baju hitam kuning kebanggaan kita. MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!!!! MALAYSIA BOLEH!!!!!...adiosss.

Thursday, December 23, 2010

Kuih Apa Nie???

Salam semua kengkawan yg berada di office, di rumah atau dimana juga kaki berpijak kat bumi yg nyata nie. Buat silent reader BSB, ribuan & jutaan terima kasih yg tak terhingga kerna sudi singgah di blog yg serba kekurangan nie. Kalau ada apa2 komen atau cadangan sila lerrr tinggal kan di ShoutMix (ruang komen) BSB jangan malu2, BSB tak kisah punyaaaa. Kali nie BSB nak tanya kengkawan, ada tak yang tahu kuih di bawah nie dipanggil kuih apa? BSB kalau balik kg mesti beli kuih nie, rasa manis ditengah dan garing di tepi. Org kata kuih Apom Lenggang Manis betul ker? Cari dalam uncle Google search Apom Lenggang Manis keluar kuih lain. Pelik betul tapi memang sedap kuih nie...
Di atas dapur tengah masak nieee..
Yang nie bukan BSB punya org lain punya, BSB punya lepas nie.
Yang nie BSB punya, BSB order 10 biji jerrr. Satu keping 40sen, murah kan. Makan panas2 memang sedap. Orang kata kuih nie bangsa india yang pakar membuat nyer betul ker? Kalau menengokkan periuk nyer boleh ler, bersih jugak kan? Ko pejam mata jer lerrr. Kat Kl nie ada tak orang jual kuih nie, rasa2 ada kot tapi dimana yeeee..kalau ada tolong beritahu kat BSB kkkkk....tetiba teringin ler pulak....See U laterrrr....ADIOSS.

Wednesday, December 22, 2010

Qaheer Birthday

Salam kengkawan dan semua pembaca BSB, minggu nie cuaca mendung aje, semendung hati BSB nie biasa ler kalau dah hujung2 tahun nie, bak kata org tua2 menunggu buah yg tak jatuh2 ke riba lagi, bila gamok nyerrrr....akan ku tunggguuuuuuuuuu....kalau tak faham nanti kalau buah tue dah jatuh ke riba BSB inform u all kkkkk...tunggguuuu.(jgn mareee).Jom intai N3 birthday adik Qaheer yg ke 2 baru2 nie. Kali nie tukang masak diimport khas dari Kulim, Kedah. Siapa lagi SIL BSB lerrr Kak Ina.....Thank U so muchhhh Kak Ina.
Ini ler sebahagian daripada juadah utama birthday party yg tak seberapa nieee..menu utama Speggeti seafood, mee kari dan nasi campur.
Menu sampingan pula kuih-muih, nugget,bebola ketam, agar2 dan fruitpunch special. (gambar x sempat nak snap)sori jgn mare nanti kena jualll..
Kek birthday pula kali nie, BSB tak payah beli (save budget). 2 kek disponcer oleh Cik Ana dan kek yg dlm gambo nie disponcer oleh SIL BSB kak Ani, Thank you semua.
Masa nie nak potong kek yg ke 2. Birthday boy tertidur ler pulak...
Cuba cari mana birthday boy? tueee yg tengah junjung pinggan tue...yg tak sabar nak maman kek ler tuee.
Antara tetamu yg hadir sikit jer, BSB jemput adik2 BSB dan jiran2 dkt rumah BSB jerrrr. Rumah BSB nie sempit kalau nak jemput ramai kena ler booking dewan. Kepada semua yg bersusah payah utk menolong BSB memeriahkan birthday party Qaheer yg tak seberapa nie, ribuan & jutaan terima kasih BSB ucapkan. Nanti tahun depan kita buat lagiiiii dan lagiiiii....ADIOSSS.

Monday, December 20, 2010

Jom P Cameron Highland (3)-Syok Oooo

Salam semanis kurma dari BSB buat kengkawan semua, kita jumpa lagi dalam N3 Cameron Highland (CH) jangan boring kkkk...memang syok kat sana, sampai Qistina nak stay 10 hari kat sana...siapa nak jawab tueee...sebenar nyer CH nie tempat yg dingin dan nyaman itu ler yg menarik sangat tueee. Kita boleh rehatkan minda dan lari dari kesibukan harian kita. Tapi tadi BSB terkejut sbb dlm Malaysia Online BSB ada baca kemalangan kat Simpang Pulai sebuah Bas membawa pelancung Thai yg baru turun dr Cameron Highland terbalik mengorbankan 27 org pelancung Thai dan 3 dari nyer org M'sia. BSB rasa bas pelancung nie ikut jalan baru kottt. Kata org jalan baru tue kete2 memang laju macam F1, betul ker???BSB ikut jalan lama, ikut Tapah. Eeeehhh ngeri nyerrr... So kalau kengkawan nak pergi CH ikut jalan lama baik naik tengahari, BSB naik hari tue pukul 1.00 tgh, masa tue lori sayur dan kenderaan lain kurang sikit....jom kita intai2 gambar nie lagi.

Hari ke Tiga di Cameron Highland, kami visit tempat yg mesti dilewati Cameron Bharat Plantations. Terletak di tepi jalan sebelum sampai ke Tanah Rata. Kalau turun ke bawah ladang Teh kena turun perlahan2 nanti jatuh beb...licin.
Abang Qaiser nak sangat turun ke bawah tueeee...dia kata nak petik daun teh nak bawa balik.
Penat petik daun teh kami lunch kat Cameron Valley Tea House, tempat nie memang class jitu tapikan mahal gituuuu. nasi lemak sambal ikan bilis jer RM3.00 youuu. Kalau tak lapar tak payah ler nak lunch kat sini, setakat order teh o boleh lerrr RM3.00 secawan.
Nyaman nyer kat ladang teh nieee... Tue disana tueee kabus bebbbb...
Petik cepat akak dan abang nanti mama tak payah beli teh lagi...jimat duti dapur. BSB beri 8 bintang kat sini.
Lepas ladang Teh kami visit penempatan melayu pertama di CH, kampung Sedia Kat sini sesiapa nak cari homestay memang nie ler tempat yg paling sesuai. Buka jer tingkat bilik mesti nampak kebun sayur dan strawberry farms. syokkk gilerrrr.
Tengok ler tue kebun kobis memang best kat sini, sunyi dan sepi sekali macam tak ada org kan?
Tengah shopping jem strawberry. Kat sini semua org islam yg punya produk. So memang dijamin halal. Kat sini ada jual produk strawberry, jem, jeruk, jus, gula2 dan macam2 lagi. Shopping jgn tak shopping...
Kalau nak beli buah strawberry pun ada jual kat sini. Kami beli kat KHM strawberry farms. Kat sini BSB beri 8 bintang juga.
Dari kg Sedia kami singgah pulak kat Custus Farms, terletak di Brinchang belakang Masjid. Kat sini macam2 ada bunga, sayur-sayuran, buah-buahan dan macam2 lerrr. Kat sini parking terhad dan exit pulak kena naik bukit tinggi Oooooo...so kalau rasa kete tak boleh naik bukit, BSB rasa baik parking kat bawah jerrr lagi selamat.
Tengok kat atas tue buah anggur, tapi tak masak lagiiii.
Budak2 memang tak boleh pandang benda2 macam nieeee...eeee gerammmm.
Kat sini dari Custus yg sekecil2 pasu sampai sebesar2 pasu ada dijual kat sini.
Penat jalan2, stop jap beli aiskrim strawberry pulak...jaga2 tempat nie berbukit tauuuu..
Pokok periuk kera pun adooo kat sini.
Qistina tengah posinggg.."say cheeesss". Rasa nyer kat sini pun 8 bintang.
Hari terakhir kami di CH, kami visit Taman Agro Mardi terletak bersebelahan Taman Bunga di Tanah Rata. Tiket masuk dewasa RM3.00 dan kanak2 RM1.50.Kanak2 bawah 6 tahun free. Dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Taman nie luas juga tapi tak ler seluas Bukit Cerakah. Cukup ler nak cover keseluruhan taman nie dgn berjalan kaki tak ler penat sangat sebab sejuk tak rasa sangat kepenatan. Kat sini pun ada jual coklat CH.
Tengah beri makan ikan.
Gadis bunga yg tengah berkembang.
Di Taman Ros yg mekar semekar hati kami sekeluarga.
Dibelakang tue ladang teh Mardi. Kat sini ada kilang teh tau, tapi masa kami pergi kilang tutup ler pulak, tengok ikut cermin jer lerrrr.
Bukan kat MAHA jer adoooo tau...kat Agro Mardi CH pun adooooo...BSB beri 10 bintang kat sini.
Sebelum balik kami beli strawberry, kat sini lebih manis dan banyak dari farms2 yang lain. Strawberry bersalut coklat nie 4 biji RM2 jer...mesti try sedapppp. Sebelum turun ke bawah kami alas perut dulu makan nasi lemak kat medan selera Tanah Rata. Lepas tue pusing2 jap kat kedai yg berderet2 nie dan kami pun bertolak balik ke KL. Rasanyer sedih pulak utk meninggalkan Cameron Highland yg sejuk dan nyaman nieeee...tapi tak pe tahun depan kami datang lagi insyaallah...kalau ada rezeki lebih. kita jumpa lagi WILLIAM CAMERON...ADIOSSS.