Friday, December 10, 2010

Masak Apa Weekend nie?

Salam kengkawan semua, hari minggu datang lagi...emmm nak masak apa utk weekend nie? Apa kata kita try masak sup bebola daging untuk anak2 sebab tak pedas. Untuk ibu2 dan bapa2 kita masak sambal sotong dan berulamkan kacang panjang dicicah pula dengan sambal tempoyak. Sedap tueeee...kalau ada ikan masin gelama uhhhuhh lagi sodappp. Ok tak menu BSB nie. Bebola daging nie BSB buat sendiri tauuuu, bukan beli yang dah siap. Nak buat bebola daging BSB nie sedang jerrr. Kalau nak try mari ler...
Bahan2 nyer:
  • 300 g Daging korban (kalau ada lagi lerr) atau daging lembu.
  • 1 sudu tepong gandum (kalau lembik tambah tepung gandum lagi)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Bawang merah di cincang halus (atau ditumbuk)
  • garam secukup rasa
  • Cara2 nyer:
  • Cincang daging hingga halus dan di campur kesemua bahan.
  • Kemudian dibentuk2 kan menjadi bulat.
  • Sebelum tue kita tumis dulu bahan2 utk buat sup. (dalam sup tue ditambah kentang, carat atau apa jer yg kita suka).
  • Bila mendidih masukkan bebola daging ke dalam kuah sup yg tengah mendidih tue.
  • Dalam 3 minit tutup api dan tabur daun bawang dan daun sup. Apa lagi boleh ler dihidangkan. Simple jer kan.
Sambal sotong sweet & sour.
Sambal tempoyak dgn kacang panjang. Nie yang sedap bangat nie.

Minggu nie weekend yang rajin turun ke dapur untuk sessi masak memasak. Tapi jangan lupa lepas masak kemas balik dapur kesayangan kita. Nanti lambat kemas berbau pulak. BSB pula weekend nie nak buat Mihun Sup Utara Stail Cheq, Selamat bermasak2 dan berjamu selera....ADIOSSSS.

6 comments:

Abah Yie & Ummi Na said...

wah...sedapnya. terliur la pulak :) nak try wat bebola daging sendirilah...tak pernah buat lagi.
weekend ni saya pun x tau nak masak apa hehehe.

diana said...

saya ni kalau bab tempoyak memang tak boleh tolak la..
tompayak sentiasa ada dalam peti sejuk.habis je beli lain..ketadihkot!!hujung minggu ni saya masak laksa.maisara suka!!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam ummi Na, try ler resepi BSB. tapi tepung gandum jgn bubuh byk sangat nanti keras pulak.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam diana, tempoyak kalau beli tak sedap masam sangat, kalau buat sendiri memang sedap.

cik as said...

terliurnya....best ni..nak cuba jugak la...simple yg enak..!!!yummy..(^^)

Yan said...

Waduhh... akak suka poyak lah.. bestnyaa