Thursday, December 02, 2010

Barang Antik

Salam kengkawan dan pembaca Be Simple Beb, tidur bangun-tidur bangun hari minggu datang lagi. Apa nak buat minggu nie? Jom kita kemas rumah, keluarkan barang yg tak berguna lagi atau pun yang jarang2 pakai macam ciksue yg kain baju, pingan mangkuk yang setambun tue apa lagi pilih jer mana yg nak pakai, mana tak pakai sedekah jer kat sesiapa yg nak guna. Rumah pun tersusun pahala sedekah pun dapat. BSB nak sambung citer pasal barang Antik kat rumah Bapa Mertua BSB, dalam rumah tue mamang banyak barang2 lama yg tak berani BSB nak usik nanti dikata menantu derhaka pulak. Tapi BSB nak share dengan kengkawan antara barang2 antik tue masih diguna lagi dan memang cantik antara nyerrrrr...

Set gold hightea nie dah lama tak guna, rasanyer teko nyer dah pecah kut, tapi masih boleh pakai lagi. Tak ada sumbing sikit pun.
Yang nie Mangkuk taureen masih dalam keadaan elok. Tak jual tau tayang jer kat kengkawan.
Teko made in Chine nie tinggal teko jer...cawan dah banyak pecah dahhhh.
Yang ini pulak free gift beli barang panasonic "In Harmony with Our World" itu ler yg tertera kat cawan nie.
Sudu comel nie pun free gift beli Nescafe tahun 80'an dulooooo...
Mangkuk serba guna nie diperbuat dari silver tau, tak karat punya.
Ahhhh yang nie BSB nak habaq mai...nie ler tempat beradu FIL BSB....di Kulim bukan di Shah Alam tau...Barang2 semua nie bukan untuk dijual just nak share dgn kengkawan jer...pandang2 intai2, belik2 tapi not for sale. So kengkawan fikir ler mana barang nak buang, mana barang nak simpan hingga jadi Antik. SELAMAT BERKEMAS RUMAH DAN BERHUJUNG MINGGU...addiosss.

14 comments:

atIEsAyAnGkAmU said...

set cawan kaler gold tu ..mak atie pun ade...siap pinggan sumer...
unik kan..berkilat jek...

azumaya75 said...

fad,,,nanti aku balik kg ..aku nak snap lah tempat tidor aku...ko pasti jeles aku katil besi gak..tapi style baba nyonya...lerrr

Yan said...

eeee...tak sesuai tau. Dah tayang2 cakap tak juai.. akka mmg minat antique. Ada 2 set antique cawan. Almari antique ada 2, typewriter, kipas, radio..heee...ada lagi lah..

zarina said...

kita pun kena simpan barang2 sekarang ni supaya jadi antik masa akan datang..moral of the story..tak payah la bg kat orang..simpan sampai jadi antik hehe

wanie said...

suke tgk teko tu...cantikk....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Ati,baik ati simpan jgn pakai nanti pecah dah x cukup sets.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam CikRin, hang tue cakap jer, aku nak tengok bila hang nak masuk N3 katil besi hang tue.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam kak Yan, buat ler N3 Antik tue, boleh share dgn kengkawan.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam zarina, mana nak ditaruk kan brg2 lama nie. tempat tak ada lerr.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam wanie:teko jer yg tinggal yg lain semua dah pecah.

honeyvsbee said...

sonok ader barang antik nii

εïз mummyHaza εïз said...

wahh sgt klasik nih... suka katil tu...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam bee, memang sonok tengok brg antik2 tapi kena pandai jaga ler pulak.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam mummyhaza,katil besi tue cantik tapi berat bebenor tak boleh nak kaleh tempat lain.