Thursday, December 23, 2010

Kuih Apa Nie???

Salam semua kengkawan yg berada di office, di rumah atau dimana juga kaki berpijak kat bumi yg nyata nie. Buat silent reader BSB, ribuan & jutaan terima kasih yg tak terhingga kerna sudi singgah di blog yg serba kekurangan nie. Kalau ada apa2 komen atau cadangan sila lerrr tinggal kan di ShoutMix (ruang komen) BSB jangan malu2, BSB tak kisah punyaaaa. Kali nie BSB nak tanya kengkawan, ada tak yang tahu kuih di bawah nie dipanggil kuih apa? BSB kalau balik kg mesti beli kuih nie, rasa manis ditengah dan garing di tepi. Org kata kuih Apom Lenggang Manis betul ker? Cari dalam uncle Google search Apom Lenggang Manis keluar kuih lain. Pelik betul tapi memang sedap kuih nie...
Di atas dapur tengah masak nieee..
Yang nie bukan BSB punya org lain punya, BSB punya lepas nie.
Yang nie BSB punya, BSB order 10 biji jerrr. Satu keping 40sen, murah kan. Makan panas2 memang sedap. Orang kata kuih nie bangsa india yang pakar membuat nyer betul ker? Kalau menengokkan periuk nyer boleh ler, bersih jugak kan? Ko pejam mata jer lerrr. Kat Kl nie ada tak orang jual kuih nie, rasa2 ada kot tapi dimana yeeee..kalau ada tolong beritahu kat BSB kkkkk....tetiba teringin ler pulak....See U laterrrr....ADIOSS.

17 comments:

Yat Maria said...

beb, tu apom india kan, makan ngan gula merah....

EL MARIACHI said...

ini kuih apom manis..india punya kedai ada jual...

Zefa NorAsmara said...

Salam BSB, hehe.. ni 1st time tgk kuihni. Cam teringin plak nak rasa.. mana nak cari?

εïз mummyHaza εïз said...

huhuhu haza suka makan apom ni... bukan sumer kedai mamak ade tau, yummy!!

Yan said...

Uniq nya..Tak penah makan lah BSB..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Yat:yap apom manis india, selalu nyer dijual kat kedai mamak. Makan dgn santan+gula.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Mie: memang ada jual kat kedai mamak tapi tak sedap sangat. yg nie memang sedap.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Zefa,org kata ada dijual kat kedai mamak, cuba p cari, kalau ada b'tahu ler kita kkkk.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam MummyHaza, selalu nyer mamak hidang dgn santan+gula kan?

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam kakYan, apa lagi kakYan cuba ler rasa,sedappp tau. org kata kat kedai mamak ada jual.

miezaniera said...

tk penah tgk pn..hehehe betui ke sedap?

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam miezaniera: sedappp..cuba try kat kedai makan mamak.

Ati Masrif said...

first time tengok ni BSB

sedap ke..

mama qistina said...

dok sebelah kedai mamak tapi tak penah makan plak kuih ni...ayoo nampak macam sedap je....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam ati: sedap cuba try kat kedai mamak. yg nie BSB beli kat pasar pagi kat kg BSB.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam mamaqistina, memang sedap p ler try.

wan nane said...

mmg sedap sgt......