Monday, December 20, 2010

Jom P Cameron Highland (3)-Syok Oooo

Salam semanis kurma dari BSB buat kengkawan semua, kita jumpa lagi dalam N3 Cameron Highland (CH) jangan boring kkkk...memang syok kat sana, sampai Qistina nak stay 10 hari kat sana...siapa nak jawab tueee...sebenar nyer CH nie tempat yg dingin dan nyaman itu ler yg menarik sangat tueee. Kita boleh rehatkan minda dan lari dari kesibukan harian kita. Tapi tadi BSB terkejut sbb dlm Malaysia Online BSB ada baca kemalangan kat Simpang Pulai sebuah Bas membawa pelancung Thai yg baru turun dr Cameron Highland terbalik mengorbankan 27 org pelancung Thai dan 3 dari nyer org M'sia. BSB rasa bas pelancung nie ikut jalan baru kottt. Kata org jalan baru tue kete2 memang laju macam F1, betul ker???BSB ikut jalan lama, ikut Tapah. Eeeehhh ngeri nyerrr... So kalau kengkawan nak pergi CH ikut jalan lama baik naik tengahari, BSB naik hari tue pukul 1.00 tgh, masa tue lori sayur dan kenderaan lain kurang sikit....jom kita intai2 gambar nie lagi.

Hari ke Tiga di Cameron Highland, kami visit tempat yg mesti dilewati Cameron Bharat Plantations. Terletak di tepi jalan sebelum sampai ke Tanah Rata. Kalau turun ke bawah ladang Teh kena turun perlahan2 nanti jatuh beb...licin.
Abang Qaiser nak sangat turun ke bawah tueeee...dia kata nak petik daun teh nak bawa balik.
Penat petik daun teh kami lunch kat Cameron Valley Tea House, tempat nie memang class jitu tapikan mahal gituuuu. nasi lemak sambal ikan bilis jer RM3.00 youuu. Kalau tak lapar tak payah ler nak lunch kat sini, setakat order teh o boleh lerrr RM3.00 secawan.
Nyaman nyer kat ladang teh nieee... Tue disana tueee kabus bebbbb...
Petik cepat akak dan abang nanti mama tak payah beli teh lagi...jimat duti dapur. BSB beri 8 bintang kat sini.
Lepas ladang Teh kami visit penempatan melayu pertama di CH, kampung Sedia Kat sini sesiapa nak cari homestay memang nie ler tempat yg paling sesuai. Buka jer tingkat bilik mesti nampak kebun sayur dan strawberry farms. syokkk gilerrrr.
Tengok ler tue kebun kobis memang best kat sini, sunyi dan sepi sekali macam tak ada org kan?
Tengah shopping jem strawberry. Kat sini semua org islam yg punya produk. So memang dijamin halal. Kat sini ada jual produk strawberry, jem, jeruk, jus, gula2 dan macam2 lagi. Shopping jgn tak shopping...
Kalau nak beli buah strawberry pun ada jual kat sini. Kami beli kat KHM strawberry farms. Kat sini BSB beri 8 bintang juga.
Dari kg Sedia kami singgah pulak kat Custus Farms, terletak di Brinchang belakang Masjid. Kat sini macam2 ada bunga, sayur-sayuran, buah-buahan dan macam2 lerrr. Kat sini parking terhad dan exit pulak kena naik bukit tinggi Oooooo...so kalau rasa kete tak boleh naik bukit, BSB rasa baik parking kat bawah jerrr lagi selamat.
Tengok kat atas tue buah anggur, tapi tak masak lagiiii.
Budak2 memang tak boleh pandang benda2 macam nieeee...eeee gerammmm.
Kat sini dari Custus yg sekecil2 pasu sampai sebesar2 pasu ada dijual kat sini.
Penat jalan2, stop jap beli aiskrim strawberry pulak...jaga2 tempat nie berbukit tauuuu..
Pokok periuk kera pun adooo kat sini.
Qistina tengah posinggg.."say cheeesss". Rasa nyer kat sini pun 8 bintang.
Hari terakhir kami di CH, kami visit Taman Agro Mardi terletak bersebelahan Taman Bunga di Tanah Rata. Tiket masuk dewasa RM3.00 dan kanak2 RM1.50.Kanak2 bawah 6 tahun free. Dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Taman nie luas juga tapi tak ler seluas Bukit Cerakah. Cukup ler nak cover keseluruhan taman nie dgn berjalan kaki tak ler penat sangat sebab sejuk tak rasa sangat kepenatan. Kat sini pun ada jual coklat CH.
Tengah beri makan ikan.
Gadis bunga yg tengah berkembang.
Di Taman Ros yg mekar semekar hati kami sekeluarga.
Dibelakang tue ladang teh Mardi. Kat sini ada kilang teh tau, tapi masa kami pergi kilang tutup ler pulak, tengok ikut cermin jer lerrrr.
Bukan kat MAHA jer adoooo tau...kat Agro Mardi CH pun adooooo...BSB beri 10 bintang kat sini.
Sebelum balik kami beli strawberry, kat sini lebih manis dan banyak dari farms2 yang lain. Strawberry bersalut coklat nie 4 biji RM2 jer...mesti try sedapppp. Sebelum turun ke bawah kami alas perut dulu makan nasi lemak kat medan selera Tanah Rata. Lepas tue pusing2 jap kat kedai yg berderet2 nie dan kami pun bertolak balik ke KL. Rasanyer sedih pulak utk meninggalkan Cameron Highland yg sejuk dan nyaman nieeee...tapi tak pe tahun depan kami datang lagi insyaallah...kalau ada rezeki lebih. kita jumpa lagi WILLIAM CAMERON...ADIOSSS.

19 comments:

zarina said...

bercuti sakan nampak :)

Zefa NorAsmara said...

Salam BSB..
Cameron highland antara tmpt kesukaan kami utk bercuti.. tiap2 tahun pg.. biasa pg tme cuti sekolah.. seramai2 umat manusia.. tp pic2 BSBni nampak best je.. x nampak ramai orang..

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

bestnyer gi cameron..

Mieja@Amiizaa2001 said...

BSB :)

seronoknyaa semua dah besar2 senang nak handle bawak bercuti:):)

Peri PiA said...

salam ziarah,salam kenal

tak lame tak pg CH :)

Mardi tu xpenah pg lagi

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zarina, bawa anak2 bercuti, kesian kat diaorg dok rumah jerr.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam Zefa:masa kami pergi tempat tue org tak ramai sangat ler. tapi kat pasar mlm seramai umat manusia. Hotel pun byk lagi yg kosong.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam Lizz:memang best giler kat CH, pernah pergi tak?

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam mieja: memang dah besar, tapi yg kecik tue nak berdukung juga. rasa nak patah lengan nie ler mendukung dia.

εïз mummyHaza εïз said...

bestnye... t'liur ngan strawberi & anggor tu... huhuhu

diana said...

buah strawberi murah tak kat sana..
saya tak pernah pi ch..
sebab ramai yang cakap jalan nye berliku..jadi sah le tak boleh pi sebab maisara cepat pening..
pening saja tak pe..ni siap demam bagai..

Ati Masrif said...

bestnya..

dah pernah gi tapi tak sempat
nak tido lagi

aina yg gilo pepel said...

wah wah...syioknyer dia

Yan said...

Salam BSB,

alahhh teringin lak akak nak ke sana. Last pegi in 2001 ke 2002.. Lama dah kan..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam mummyHaza,nampak jer macam sedap tapi masam...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Diana:Strawberry 1 pek dalam 15 biji RM5.00. Jln memang berliku2 kena drive pelan2.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Ati: apa lagi try ler tido kat sana, hotel byk ada mahal & murah pilih jer mana satu pilihan hati.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam aina: memang syokk ooo

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam kakyan: apa lagi cuti2 m'sia nanti boleh ler pegi lagi. Jgn lupa visit kg sedia dan Mardi.