Assalamulaikum kengkawan semua, BSB keudara lagi, jom kita p relax mengirup udara sejuk sambil menahan diri dari kesejukan. BSB sekeluarga berpeluang pergi ke sana.. Woooow memang banyak perubahan sejak kali terakhir BSB pergi pada tahun 2000 duluuuuu...dah lama dah. Suhu memang sejuk ler mungkin musim hujan kot. Kami ikut jalan lama iaitu Tapah jalan yg paling dekat dari KL. Hotel kat sana musim cuti sekolah mahal sikit. Kedai makan muslim memang dah banyak, pilih jer yg mana berkenan. Lokasi menarik ladang teh, Strawberi Farm, Taman Bunga, Taman Agro Mardi, Perkampungan Sedia, Pasar Malam Brinchang dan macam2 lagi apa lagi, Jom P Cameron Highland bersama2 Be Simple Beb...
Tempat persinggahan pertama kami Lata Iskandar. Masih lagi macam 10 tahun yang lalu air nyer jernih, sejuk dan persekitarannyer bersih. BSB beri 10 bintang kat Lata Iskandar.
BSB sambung perjalanan lagi, sepanjang jalan banyak terdapat pondok tempat org asli berniaga barang2 hutan. Ada juga pondok yg kosong macam nie.
Tengok ler cuaca mendung jer...jgn ler hujan lagi...tunggggguuuuu
Dah hampir sampai tengok ler apartment dan hotel2 tumbuh macam cendawan lepas hujan jerrr.
Ini pula di Brinchang, sekarang dah jadi lebih sesak dari Tanah Rata. Dulu 10 tahun lepas tak sesesak macam nie. Dah banyak kedai2, apartment dan hotel dibina disini. BSB rasa lagi 10 tahun boleh jadi macam Genting Highland kot Brinchang nieeee.
Sebelum check-in hotel kami makan dulu. Sambil tunggu order sampai sempat lagi layan anak2 BSB bergambar. Berlatar belakangkan hotel entah apa nama pun tak tahu lerrrr. Dah banyak sangat hotel kat sini.
Kami pilih hotel nie jerrr. Terletak betul2 di belakang Bomba Brinchang. Satu malam RM200 rate cuti sekolah, boleh ler last minit booking.
Hotel nie 4 tingkat jer. Bilik kami di ground floor, senang tak payah naik tangga. Hotel nie ada apartment 2 bilik dan 3 bilik.
Ini ler Ratu Bunga Ros BSB.
Hotel Country Lodge nie tak ada disediakan kettel dlm bilik, tapi dlm bilik ayor water hillter ada ler, air panas di sediakan dibilik khas di luar bilik, so kena keluar bilik dan jln sikit ler kkkk.
Waktu malam suhu tak tahu lerrrr berapa mungkin 10 C, yang pasti memang sejuk gilerrrr... kopi panas satuuu.
3 comments:
wah bunga2..bunga2...
bsb... kite kg kt tapah tapi xpernah pun overnite kt atas tu... huhuhu bl la nk ke sana nih...
Salam BSB,
ooo ke sini ghopanya... Sejukkk...Bestnya coti2 Mesia ye
Post a Comment