Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamulaikum dan salam diakhir bulan Ramadan.

BSB sekeluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin dan

juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari MErdEKa.

Dannnn...Jika ada kata2 yg BSB tulis didalam blog Be Simple beb ataupun

komen2 BSB ada yg menyentuh hati dan perasaan teman blogger semua,

BSB memohon sepuluh jari kemaafan.

BSB juga berharap agar Raya tahun ini akan meninggalkan kenangan yg

paling indah di ingatan teman2 semua.

Kepada yang akan pulung beraya nanti pandu dengan cermat dan

semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sekian dan

Salam Aidilfitri 1432H

Wednesday, August 24, 2011

Boleh lerrr..

Assalamualaikum semua...kita jumpa lagi pada 24 Ramadan 1432H. Tak sampai seminggu lagi kita akan sambut Syawal. Persiapan raya dah ready ker? Baju raya, biskut raya, langsir raya, karpet raya dan semua ler yg ada raya termasuk ler tiket raya nak balik kg dah siap beli ker? tapi tiket bas atau keretapi dah habis tunggu extra tiket ler jawab nyerrr...kete dah servis ker? kalau kete baru ok ler tak ada ler susah2 nak g servis..tapi kalau kete macam BSB nie kena ler servis lebih sikit...kad raya utk teman2 yg tak ada FB/blog dah hantar ker? kena hantar tauuu sebagai tanda persahabatan dan ingatan kita pada mereka. Minggu lepas BSB tolong Qistina buat kad raya untuk kawan2 di sekolah. Penat juga ler BSB memerah otak nak mencari ideal buat kad2 nie dan at last ini ler hasil nyerrr...



Qistina nak kasi semua kawan2 dia kat sekolah, tapi BSB kata yg special cukup ler... BSB udah sakit pinggang dibuat nyer nak menyiapkan kad2 nie. Qistina beraksi dengan sebahagian kad2 raya yg telah dihasilkan. Rasa nyer kami berjaya menghasilkan 40 keping kad raya dengan berbagai2 gambar. Qaiser pun nak juga kad raya nak kasi kawan2 kat Tadika dia...BSB layan jer lerrrr....sekian dulu jumpa lagi...Taataa tiitii tuuu & ADIOS.

Monday, August 22, 2011

GT ikan kembong

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kengkawan dan silent reader Be Simple Beb. Terima kasih kerna sudi singgah lagi di blog BSB. Hari nie BSB nak tunjuk dengan lebih jelas gulai feveret BSB iaitu gulai tempoyak ikan kembong. Senang je membuat nyer..jom kita p dapur BSB jap kkkk...
Gulai tempoyak yg siap untuk di hidangkan.

Bahan2 nyer:

Bawang besar sebiji (bawang kecil pun boleh gak)

cili padi ikut suka

2 batang serai diketuk2

tempoyak (bahan penting)

asam keping 3 keping

Mentimun atau tauge kasar

Cara2 nyer:


tumbuk bawang, cili padi. Masukkan tempoyak dan bahan yg ditumbuk, Serai yg dititik, asam keping dan mentimun ke dlm periuk. Tuang air mengikut kepekatan yg kita suka.Bila mengelegak masukkan ikan kembong. Masukkan garam secukup rasa...siap dan boleh dihidangkan...senang jer kan....selamat mencuba resepi dari Puan Rokiah & Co...tataa titiii tuutuu & ADIOSSS.

Friday, August 19, 2011

Puan Rokiah & Co.

Assalamualaikum dan salam di bulan Ramadhan. Apa kabar kawan2 semua, BSB harap semua nyer sihat dan bahagia disamping keluarga. Udah lama BSB idok meng-update citer kat blog Be Simple Beb nie kan...dah nak bersawang dah pun...bukan apa sibuk bebenor dgn tugasan keje di opis dan tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu dan kak long. Jom BBS nak citer sikit pasal hari berbuka puasa kami adik beradik di teratak BSB hari ahad lepas.


BSB masak ayam goreng berempah, gulai tempoyak, kangkung goreng belacan, kari ayam,sambal tempoyak dan ulam-ulaman.Jangan mare ekkk org perak tempoyak tak boleh tinggal..sedap tauuuu. satu lagi mee bandung muar...utk my mum ler.
Yang kuning tue ler gulai tempoyak ikan kembong...nanti BSB buat N3 pasal gulai tempoyak nie ekkkk..ciksue/cikrin tak makan gulai tempoyak nie.. org Melaka ler kata kan..
Family besar BSB..tapi nie tak cukup seorg. Maklum ler dia kat Kota Bahru...jauh bebenor tak dpt ler nak balik KL. insyaallah Raya nanti kita jumpa kkk Awa.

Ramai nyer chef yang masak hari tue. Ketua Chef yg berbaju kurung hijau kuning tue... Puan Rokiah Musa my beloved Mum.


Aksi gedissss dari Cik Umi,jgn mareee...apa2 pun thank you so much umi.


1st hero BSB...org paling tak sabar nak berbuka puasa walaupun tak puasa...cam ner tuee!!


Hero kecil BSB...adik Qaheer. Sejak keluar hospital badan adik susut sikit.


Sambil menunggu azan berkumandang...kita possing dulu...jommm


Aksi nakal dari adik2 BSB....for cik Ana tq for sambal udang & sup tulang, sedap sampai Qistina hirup habis sup tulang tue....tiada yang berharga selain dari keluarga kita sendiri betul tak? so apa2 pun minggu nie nak masak apa pulak ekkk. Kalau masak nasi minyak sedap juga kan? tapi BSB tak berapa pandai sangat nak masak tue...setakat masak makan sendiri boleh lerrr...ok sampai sini dulu nanti kita jumpa lagi. insyaallah. Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat berhujung minggu..tataa tiitii tuutuu dan ADIOS.


Friday, August 12, 2011

kesian kat adik Qaheer

Assalamulaikum dan salam hari jumaat di bulan Ramadhan yg mulia nie. Uorls nak tahu tak??? hari sabtu lepas adik Qaheer kena muntah2 dan terpaksa ditahan wad. Adik Qaheer minum air kosong pun boleh keluar balik. Kami bawa g hospital pukul 5.30 ptg. Lepas doctor check jer doc kata badan adik dah kekurangan air dan kena tahan wad. Bila adik kena tahan wad BSB pun kena ler juga masuk wad. Udah ler puasa terpaksa ler BSB berpuasa di dalam hospital. Nasib baik ada tv kecil kat bilik nie tak ler boring sangat, boleh ler BSB melayan tv jap. Tapi idok ler dapat tengok HBO dan Korea movie...rindu nyer pada Lee Min Ho (hero cityhunter)..hehehhe sabau jer lerrr..
Malam pertama akak Tina nak temankan Qaheer dan terpaksa ler akak tidur dikerusi tue. Suruh balik tak nak....hai akak tak sakit ker badan tue nanti...

Adik Qaheer tengah tidur selepas menangis bagai nak runtuh hospital nie bila doctor cucuk nak masukkan air kat tangan adik. BSB rasa 5 botol adik kena masukkan air. Masa tunggu doc nak check, 2 kali adik muntah sampai lembik ler dibuat nyerrr..

Gambar nie malam kedua adik dihospital. Masa nie adik dah ok sikit.Kami semua berbuka puasa kat sini.

Tengok ler muka adik nampak lemah lagikan...

Malam ke 3 kat hospital hubby dah kena kerja. Jadi Hubby tak sempat nak hantar juadah berbuka utk BSB. Makan jer ler bubur nasi adik yg hospital hantar utk dinner dan roti yg hubby beli semalam.

Ahhhhh tengok aksi adik Qaheer bila doctor dah cabut tiup kat tangan dia. Baru ler adik boleh pegang toy kesayangan adik tue. Dan boleh ler turun ke bawah membeli apa yg patut.BSB pun baru ler rasa lega sikit kalau tak adik dok tanya bila doctor nak tanggalkan jarum kat tangan dia tue.Doctor kata adik kena virus, tue yg menyebabkan adik muntah2. Tapi BSB rasa nie mesti makanan yg BSB beli kat pasar Ramadhan. Lepas nie BSB akan lebih berhati2 kalau nak membeli juadah kat pasar ramadhan tue....ok ler BSB stop sini dulu ekkkk...nanti kita jumpa lagi. Terima kasih sudi singgah di Be Simple Beb. Sekian..taataa tiitii tuutuu & ADIOS.

Wednesday, August 10, 2011

SEGMEN :JOM TAYANG BAJU RAYA

Assalamulaikum dan salam pertemuan...kita jumpa lagi setelah hampir 4 hari BSB menyepikan diri. Uorls nak tahu tak kemana BSB pergi....BSB terpaksa berkurung di hospital 4 hari 3 malam kerna adik Qaheer muntah2. Nanti BSB citer lain kali kkkkk...hari nie BSB nak citer pasal baju raya BSB & sekeluarga nanti. BSB telah dijemput oleh menganjur contest "Segmen : Jom Tayang Baju Raya" sendiri iaitu Mrs Yie utk joint contest nie. Terima kasih sudi jemput BSB joint contest yg memang marveles nie. Hadiah nyer lumayan dan berbaloi2 kalau menang lerrr...kalau nak joint mari ler terjah ke blog Mrs. Yie
Gambar yg BSB pertaruhkan, gambar raya tahun lepas.
Mula2 ingat nak buat tema purple lagi sama dgn tema tahun lepas...alehhh...alehhh Hubby kata nak tukar color lain pulak.cam ner nieee....BSB dgn kakak Tina dah tempah baju kurung color purple...aduhhhh bikin kepala gua pusing dongggg...Hubby kata beli jer baju dah siap kat kedai. BSB bukan apa baju melayu tahun lepas tue masih elok lagi rasa membazir ler pulak. Rasanyer kalau tak pakai sedondon ok tak??? pakai ikut veberet color masing2 ok tak? Sampai saat BSB menulis N3 nie kami masih lagi belum decide nak pakai color apa?tengok ler pagi raya nanti color apa kami sekeluarga pakai...jgn ada yg pakai jersi bola dan seluar trek sudah lahhhh.. sampai sini dulu coretan BSB hari nie...nanti jumpa lagi taataa tiitii tuutuu & ADIOS.

Thursday, August 04, 2011

Hari Kantin

Assalamualaikum, kita jumpa lagi di hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Cepat nyer BSB rasa Ramadhan nie...dah 5 hari kita berpuasa. J0m BSB nak citer...weekend lepas BSB & family dapat jemputan ke sekolah kakak Tina untuk menghadiri Majlis Perasmian Penutup Senamrobik. Majlis nie dianjurkan oleh Sekolah kakak untuk mencari dana bagi membaik pulih sekolah Kakak. Walaupun sekolah nie dapat peruntukan tapi masih tidak mencukupi. Jadi pihak sekolah pun membuat acara seperti nie untuk menambah lagi jumlah peruntukan itu. Hari tue juga diadakan hari kantin sekolah dan juga bermacam2 acara disediakan oleh pihak sekolah. Memang kreatif dan bersungguh2 pihak sekolah menyediakan nyer. Rajin sungguh cikgu2 kat sekolah nie kan?
Apa2 pun sebelum acara senamrobik bermula kami isi perut dulu...takut pitam ler pulak.

Ramai ler keluarga pelajar2 yg berniaga dikantin nie...pendik kata pilih dan bayar jer lerrr..

Acara senamrobik bermula....1..2..3...3 lagiiiii....BSB pun joint gakkkk..berpeluh2 dibuat nyerr.

Cheerleader dari rumah nilam tengah beraksi...leka BSB menengok nyer. BSB dulu sekolah kampung mana ler nak ada macam nie ahhh...

Rumah zamrud pula tengah beraksi.

Rumah delima dengan gaya tersendiri.

Nie bukan mat rempit tauuu.. anak siapa ler pulak terlepas ke sini nie..kecik2 dah pandai tunggah motor kan?

Di kelas2 disediakan berbagai acara, salah satu games "Lets Go Nuts" Mula2 Qistina malu nak joint games2 nie tapi lepas tue....sampai habis ler kupon dia guna nak main games nie semua.

Salah satu games yg disediakan. Susun botol air nie sampai 5 biji tanpa tak jatuh...boleh ker???

Yang nie pulak goyang kacang dalam botol, siapa yg goyang kacang jatuh paling cepat dia yg menang...

Qistina mencuba games mengail anak itik pulakkkk...

Yang nie games muzik box...pusing dalam kotak sampai muzik stop dan tengok siapa yg kena..

Games nie Kak Tina tak berjaya....tapi BSB tak kisah janji kakak nak joint dan tidak rasa malu untuk mencuba semua permainan tuee...Rumah hantu pun ada gak...tapi akak takut nak masuk kat dalam rumah hantu tue....Kami kat sini sampai pukul 1.00 tengahari. Penat gak hubby mendukung adik Qaheer sebab tak mahu berjalan. Adik nak tidur sebenar nyer tueee.. sampai sini dulu coretan BSB kali nie. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bercuti..taataa tiitiii tuutuu & ADIOSS..

Tuesday, August 02, 2011

Apa pulak tue????

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua teman2 blogger tersayang BSB. Tap!! tup!! tap!! tup!!! dah nak masuk 3 hari dah kita berpuasakan?Alhamdulliah...N3 kali nie BSB nak citer pasal apom senyum...apom nie bukan BSB yg membuat nyer tapi BSB tolong jualkan jer..Makcik BSB yg minta tolong jualkan so BSB tolong lerrrr...jom intai2 jap kat opom nie...layann
Sebiji apom senyum yang tengah kembang semekar bunga ditaman. Apom nie kecil jer sebesar biji bola pingpong ada lerrr..
Tempahan pertama yg diorder oleh kawan BSB, Puan Wati untuk birthday anak dia hari tue. Tq wati kerna jadi org pertama yg order apom senyum nie...


Ini ler hasil pertama yang BSB dapat...alhamdullilah syukur sangat. Walaupun tak seberapa tapi BSB suka sangat. Harga untuk 60 biji yang kosong tak ada inti cuma RM25.00 jer dan yang ada inti pula cuma RM 30.00 sahaja. ok ler sampai sini dulu citer BSB kali nie. Terima kasih sudi singgah sini walaupun tengah sibuk kan? jumpa lagi dan selamat menjalani ibadah puasa...sekian taataa tiitii tuutuuu dan ADIOS.