Friday, August 12, 2011

kesian kat adik Qaheer

Assalamulaikum dan salam hari jumaat di bulan Ramadhan yg mulia nie. Uorls nak tahu tak??? hari sabtu lepas adik Qaheer kena muntah2 dan terpaksa ditahan wad. Adik Qaheer minum air kosong pun boleh keluar balik. Kami bawa g hospital pukul 5.30 ptg. Lepas doctor check jer doc kata badan adik dah kekurangan air dan kena tahan wad. Bila adik kena tahan wad BSB pun kena ler juga masuk wad. Udah ler puasa terpaksa ler BSB berpuasa di dalam hospital. Nasib baik ada tv kecil kat bilik nie tak ler boring sangat, boleh ler BSB melayan tv jap. Tapi idok ler dapat tengok HBO dan Korea movie...rindu nyer pada Lee Min Ho (hero cityhunter)..hehehhe sabau jer lerrr..
Malam pertama akak Tina nak temankan Qaheer dan terpaksa ler akak tidur dikerusi tue. Suruh balik tak nak....hai akak tak sakit ker badan tue nanti...

Adik Qaheer tengah tidur selepas menangis bagai nak runtuh hospital nie bila doctor cucuk nak masukkan air kat tangan adik. BSB rasa 5 botol adik kena masukkan air. Masa tunggu doc nak check, 2 kali adik muntah sampai lembik ler dibuat nyerrr..

Gambar nie malam kedua adik dihospital. Masa nie adik dah ok sikit.Kami semua berbuka puasa kat sini.

Tengok ler muka adik nampak lemah lagikan...

Malam ke 3 kat hospital hubby dah kena kerja. Jadi Hubby tak sempat nak hantar juadah berbuka utk BSB. Makan jer ler bubur nasi adik yg hospital hantar utk dinner dan roti yg hubby beli semalam.

Ahhhhh tengok aksi adik Qaheer bila doctor dah cabut tiup kat tangan dia. Baru ler adik boleh pegang toy kesayangan adik tue. Dan boleh ler turun ke bawah membeli apa yg patut.BSB pun baru ler rasa lega sikit kalau tak adik dok tanya bila doctor nak tanggalkan jarum kat tangan dia tue.Doctor kata adik kena virus, tue yg menyebabkan adik muntah2. Tapi BSB rasa nie mesti makanan yg BSB beli kat pasar Ramadhan. Lepas nie BSB akan lebih berhati2 kalau nak membeli juadah kat pasar ramadhan tue....ok ler BSB stop sini dulu ekkkk...nanti kita jumpa lagi. Terima kasih sudi singgah di Be Simple Beb. Sekian..taataa tiitii tuutuu & ADIOS.

14 comments:

Myra Jay said...

Kesiannya.. mujuq dah sihat sekarang kan..
Doc cakap pe yg smpai muntah2 tu kak??

Smpai 5botol air kena...

ummu muhammad said...

Alhamdulillah adik dh sihat! mama pun kembali cerie.. semoga team BSB sdn bhd sihat2 belake insyaAllah! ;D

Hanis Azla said...

Alhamdulillah adik dah sihat.. teruk yer.. sampai kena masuk air dibuatnya.. kami pun klu sorang admitted, mmg semua nak temankan.. smpkan bentang toto kat lantai utk tido anak beranak.. semoga semuanya dilindungi dari sebarang penyakit..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

MJ:doc kata kena virus...tapi bsb rasa keracunan makanan kot.

ummu muhammad:terima kasih, harap2 gitu ler.

Hanis:insayaallah..terima kasih.

MulutPayau said...

kesiannya kat adik ...sampai 5 btol air kena masukkan....Alhmdulillah kalau adik dah sihat...

p/s..bulan puasa ni mmng kena berhati2 bila beli mkanan...

Zefa NorAsmara said...

Alhamdulillah, adik dah sihat.. hospital mana ni BSB?

MamaYatie said...

oohh..ciannya adik Qaheer..alhamdulillah dah ok..lama ker warded?

EL MARIACHI said...

kesian ye...aku pun ada gak keracunan makanan sebab beli juadah berbuka...paling bahaya air air yang dorang jual tu bukan pakai air masak tapi pakai air RO yang boleh beli kat teller air...

Yan said...

kesiannya. moga cepat sembuh.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

MP:skg BSB masak sendiri jer..

Zefa:kat SJMC.

mama Yatie:tak lama sangat masuk mlm ahad keluar hari selasa.

Mie:aku rasa sbb dia makan laksa kat pasar ramadhan opis kite ler tuee..

KakYan:Tq..

Pia said...

"Alhamdulillah dah baik dah Qaheer...budak2 ni mmg kena jaga bab makan diorang kan...kalau tidak senang2 jer kena keracunan..."

nieda said...

kesiannya..nasib baik dh ok..sedih tgk budak2 ni sakit.
PARAm kualiti makanan mmg tak berapa bagus lah.

Cik Sue said...

Sib baik lum nak raya kalau x BSB raya kat sepital ler yea...abis la baju raya ko wei....hahahah harap Qaheer cepat sembuh..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Pia:memang betul cakap u tue. skg nie saya masak sendiri jerrr..

nieda:skg nie nieda saya cuma beli kuih-muih jer kat pasar ramadhan.

sue:raya tetap raya beb...