Thursday, August 04, 2011

Hari Kantin

Assalamualaikum, kita jumpa lagi di hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Cepat nyer BSB rasa Ramadhan nie...dah 5 hari kita berpuasa. J0m BSB nak citer...weekend lepas BSB & family dapat jemputan ke sekolah kakak Tina untuk menghadiri Majlis Perasmian Penutup Senamrobik. Majlis nie dianjurkan oleh Sekolah kakak untuk mencari dana bagi membaik pulih sekolah Kakak. Walaupun sekolah nie dapat peruntukan tapi masih tidak mencukupi. Jadi pihak sekolah pun membuat acara seperti nie untuk menambah lagi jumlah peruntukan itu. Hari tue juga diadakan hari kantin sekolah dan juga bermacam2 acara disediakan oleh pihak sekolah. Memang kreatif dan bersungguh2 pihak sekolah menyediakan nyer. Rajin sungguh cikgu2 kat sekolah nie kan?
Apa2 pun sebelum acara senamrobik bermula kami isi perut dulu...takut pitam ler pulak.

Ramai ler keluarga pelajar2 yg berniaga dikantin nie...pendik kata pilih dan bayar jer lerrr..

Acara senamrobik bermula....1..2..3...3 lagiiiii....BSB pun joint gakkkk..berpeluh2 dibuat nyerr.

Cheerleader dari rumah nilam tengah beraksi...leka BSB menengok nyer. BSB dulu sekolah kampung mana ler nak ada macam nie ahhh...

Rumah zamrud pula tengah beraksi.

Rumah delima dengan gaya tersendiri.

Nie bukan mat rempit tauuu.. anak siapa ler pulak terlepas ke sini nie..kecik2 dah pandai tunggah motor kan?

Di kelas2 disediakan berbagai acara, salah satu games "Lets Go Nuts" Mula2 Qistina malu nak joint games2 nie tapi lepas tue....sampai habis ler kupon dia guna nak main games nie semua.

Salah satu games yg disediakan. Susun botol air nie sampai 5 biji tanpa tak jatuh...boleh ker???

Yang nie pulak goyang kacang dalam botol, siapa yg goyang kacang jatuh paling cepat dia yg menang...

Qistina mencuba games mengail anak itik pulakkkk...

Yang nie games muzik box...pusing dalam kotak sampai muzik stop dan tengok siapa yg kena..

Games nie Kak Tina tak berjaya....tapi BSB tak kisah janji kakak nak joint dan tidak rasa malu untuk mencuba semua permainan tuee...Rumah hantu pun ada gak...tapi akak takut nak masuk kat dalam rumah hantu tue....Kami kat sini sampai pukul 1.00 tengahari. Penat gak hubby mendukung adik Qaheer sebab tak mahu berjalan. Adik nak tidur sebenar nyer tueee.. sampai sini dulu coretan BSB kali nie. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bercuti..taataa tiitiii tuutuu & ADIOSS..

4 comments:

Kakzakie said...

Seronok macam ada family day ye BSB... Qistina tu macam boleh je susun botol. hehehe... apa dia dapat BSB. Tapi mesti enjoy kan...:)

Hanis Azla said...

seronok tgk keletah anak2 time ada acara2 mcm ni kat sekolah kan.. selamat berpuasa BSB..

Zefa NorAsmara said...

Mana BSB nye, tak interframe pun? Tunjuk sikit skil bersenam robik.. hehe.. :D

Pia said...

"bestnya macam2 ada..games pun best2 jugak..akk dah lama tak merasa hari kantin..kat sekolah ank2 tak penah buat pun...sekolah ank no 2 tu ada lah buat minggu lps,tp hujan lebat pulak..last2 kami balik jer..tak dpt nak tgk apa.."