Friday, October 29, 2010

Tunggu!! Jgn Meletus lagi!

Salam kengkawan dan pemerhati BSB, apa citer hari nie. N3 hari nie BSB nak citer tentang Gunung Merapi di Yogyakarta, tiba2 BSB teringat pula masa BSB pergi bercuti ke Yogyakarta 2 tahun lepas. Masa tue sempat juga ler kami lunch di kaki gunung Merapi. Pemandangannyer memang memukau mata dan anginnyer yg sepoi2 bayu sungguh nyaman. Masa tue BSB risau juga kalau2 tetiba jer gunung nie meletup...dah ler masa tue BSB berbadan 2. Tapi BSB diberitahu oleh Tours Guide yg gunung Merapi nie dah lama x meletup. Nasib baik baru bulan nie ianyer meletup kalau tak mahu dah jadi abu macam ikan bakar yg BSB lunch kat kaki gunung tue. Tapi apa2 pun memang enjoy masa kat sana, barang murah, makanan padang yg best dan penduduk yg ramah. Malas nak citer kisah lama mari intai pic nieee...

Ini ler ghopa nyer gunung Merapi yg tengah marah kat siapa entah lerrrr.. yg pasti ia tak marah kat BSB okkkkk...

Disini ler kami menjamu selere ikan bakar ala2 gunung Merapi meletusssss...
Dah kenyang kitaorg possing okkkk Ciksue.
Dikaki Kuil Borobudur....nuuuuuu jauh lagi nak jalan nie, larat ker BSB nie?
Sampai pun BSB, ponat gilor den dibuek nyor..
Dengan gaya kami yg tersendiri diberi nama "Gaya Syok Sendiri"
Ini ler Pak Guard istana Kraton, ganteng enggak?
Kita berehat sekejap dgn kitkat...Merah gitu makngah.

Berlatar belakangkan bandar Yogyakarta dipagi minggu, sebelum berangkat pulang ke K.Lumpur. BSB amat bersyukur kerana sepanjang berada disana tiada kejadian yg tidak diingini berlaku walaupun BSB berbadan 2, cuma penat bershopping jer ler. BSB berharap kepada mangsa2 gunung Merapi tabah menghadapi dugaan hidup....ADDDIOOOSSSS.

Thursday, October 28, 2010

Ikan Masam Masin

Salam dan kita berjumpa lagi kengkawan, sori BSB cuti jap sibuk bertukang apa yg patut kat rumah nie. Sekarang BSB dah keudara dan kita sambung citer pasal makanan dolu2. Ikan pekasam atau pun ikan masam masin itu nama yg BSB sebut masa kecik2 dulu. Kalau kat sebelah Hulu Perak ikan pekasam memang terkenal sampai dapat pengisytiharan sebagai Pusat Industri Pekasam Kebangsaan.Bau ikan nie sebelum goreng memang busuk cikit, bila goreng pula harum sampai satu rumah boleh bau. Apa lagi mari ler cuba rasa...

Ini ler ikan pekasam yg siap digoreng. Goreng guna api perlahan hingga masak dan garing angkat masuk dlm pinggan. Lepas tue goreng bawang besar dan cili padi dan tabur atas ikan pekasam. Last sekali perahkan limau nipis (jika suka ler)....Fuyoooo sodap.
Ini ler rupernya ikan pekasam yg belum digoreng. Kalau nak buat sendiri pun boleh, senang jer:- (BSB pun belum pernah try)
1) 5 ekor ikan sungai disiang dan ditoskan
2) 1 cawan beras digoreng sampai garing dan dikisar sampai halus
3) 8 keping asam keping
4) 1/2 cawan kecil garam kasar
5) 1 sudu gula pasir
Caranyer:-
Campur & gaulkan semua bahan dan masukkan kedalam balang kaca, tutup ketat-ketat dan peram sehingga masam dan gula menyerap. Jangan dibuka bekas selama 5-6 hari. Hari ke ke6 boleh ler dikeluarkan dan digoreng utk dimakan dgn nasi panas2 sambil berulamkan sambal tempoyak + timun. Selamat mencuba....ADIOOSSSSS

Friday, October 22, 2010

Jalan2 Hujung Minggu

Salam semua sambil tersenyum baca N3 BSB, Jalan2 hujung minggu bersama anak2 BSB. Sambil window shopping singgah jap kat playground Sunway Pyramid main games, makan aiskrim dan lunch kat KFC. Sebelum balik singgah pulak kat LG2 joint Enfamama Club, apa lagi anak2 BSB joint main games kat situ dan dpt free gift lagi...So mai ler intai jap kat bawah nie..boleh ler kengkawan bawa family kat sini nanti...layan

Macam2 ada kat Sunway Pyramid, ini ler salah satu permainan yg ada kat sini.
Qistina beraksi di atas merrygoround.
Qaiser dgn Qistina paling suka naik kuda pusing nie, teringan dulu2 masa pegi funfair mesti naik kuda pusing nie, skg anak2 pula yg suka naik kuda nie.
Permainan sotong pusing pun ada, tapi BSB kata tak payah ler, takut pening ler pulak, baru naik kuda pusing nak naik sotong pulak, mahu muntah dibuatnya nanti.
Penat main games kami stop rest kejap, layan aiskrim sambil BSB layan snip gambar.
Qistina kata dia nak pakai baju macam patung nie pakai? ehheee tak boleh besor bebenor baju nie kakak Oiiii...kakak tue kecik lagi...tunggu ler dulu. Sementara hubby p layan kedai sport kami lepak kejap kat patung model nie.
Lepak pulak kat ais sketing, tengok dari atas jer ler. Nak joint tak pandai. Anak2 BSB memang nak try main, tapi nanti ler...kena masuk kelas dulu nie.
Penat ker kakak???
Ini apa citer ler pulak? Aksi anak2 BSB bila dah penat ronda2, perut pun dah kenyang makan KFC, free gift pun dah dapat seorg satu, thank you Enfamama club nanti kami joint lagi (sori gambar dlm HP hubby ler pulak) ok anak2 jom kita balik rumah kkkkk.... C U next N3...ADDIOSS.

Thursday, October 21, 2010

ApA iTuE?

Salam hari Khamis buat pembaca atau pengkomen BSB. Hari nie macamana mesti lebih baik dari hari semalam atau hari2 yg lalu. N3 hari nie.. Apa Itue? Cuba teka, betul! pandai kengkawan BSB. Ini ler Tapai Ubi Kayu iaitu makanan tradisional memang popular dan ramai penggemarnya termasuk BSB sendiri. Selain tapai ubi kayu, ada tapai pulut dan tapai beras pulut hitam. Tapai nie selalunya org bungkus dengan daun pisang, daun getah, daun kelapa ataupun daun jambu batu pun bolehhhh..Bila buat tapai nie org kata ada pantang larangnya, tak tahu ler kalau betul ker tak? tapi Hidup Kena Slumber kata semua tue karut semata2 jer, so kengkawan pikir ler sendiri betul ker pantang larang nie;
1-Jgn makan sirih atau mendekatkan dgn benda2 yg warna merah masa buat tapai nanti tapai jadi merah dan rasa nyer tak sedap.
2-Jgn makan benda yg masam ketika bungkus tapai nanti tapai menjadi masam, tak sedap.
3.Jgn buat tapai masa tengah period (dtg haid) tak senonoh betul ler, caper ckp nie....

Kalau nak try buat sendiri boleh try senang jer...BSB beli jer..Bahan2 nyer:-
1 kilo ubi kayu yg telah dikupas dan dibersihkan dulu.(potong lebih kurang 5-6cm)
1 biji ragi, sebesar duit syiling 50sen (dikisar atau dipecah2kan)
Daun pisang secukupnya (utk membungkus tapai)
Cara2nyer:
1-Rebus ubi separuh masak dan sejukkan.
2-Bila ubi sejuk taburkan ragi keatas ubi dan susun kedlm pasu atau bekas bertutup. Alas dgn daun pisang dan tutup dgn kain sampai x nampak pasu atau bekas tapai.
3-Jenggg Jengggg dah siap. Tunggu selama 3-4 hari boleh ler dibungkus dgn daun pisang dan boleh ler dimakan bersama keluarga.
4-Atau pun kita beli jer ler kat JM Bariani atau kat pasar malam pun sodap gak.

Ini ler Tapai Ubi Kayu yg dibeli di Restoran JM Bariani, Petaling Jaya. Hegernya RM2.50 satu bungkus. Memang sedap in the world. BSB tak pernah rasa sesedap nie...rasa macam makan gula2 kapas pun ada..tak percaya p try beli kat JM Bariani...try jgn tak try.

Yang 3 segi nie Tapai Pulut. Yang nie sedap gak rasanya manis, lebih2 lagi kalau makan masa tengahari...foyoooo sodap, tapi BSB suka tapai ubi lagi. Hegernya RM1.50 seketul jerrrr.

Tengok tue kengkawan BSB tengah makan nasi bariani ayam, berdesertkan tapai...sodap tue.
Amboi makan tak ingat org tengah snap gambar...tak per ler makan2 jgn tercekik sudah.Cheq makan pelan2 no..kalau tak cukup order lagi k...sendiri order sendiri bayor ler. So kengkawan kalau order nasi bariani jgn lupa order tapai ubi kayu sekali kkk. Hager satu set nasi bariani ayam RM12.00 jer. Boleh ler nasinyer tak ler banyak sangat boleh ler...tapi arca buah sikit sangat ada 2 biji jer buah tapi sodappp...so jumpa lagi lain N3 insyaallah...ADDIOSSSSS

Monday, October 18, 2010

Geram+Marah=Penat

Salam dan Selamat pagi Malaysia hari ini...apa kabar kengkawan. BSB & family alhamdullilah. Macamana dgn weekend kengkawan. Mesti ada yg p kenduri kawin atau jln2 bersama keluarga, atau pun ada yg sibuk membersihkan rumah betul tak? Kali nie BSB nak share citer pasal 2 hero BSB yg dah pandai guna alat tulis. Sebelum nie BSB selalu dengar Hidup Kena Slumber citer pasal anak2 dia yg suka menconteng dinding rumah. BSB selalu ketawa jer...tapi kali nie kena kat BSB ler pulak...my hubby cuma senyum jer bila tengok drawing cun meluncun nie kat dinding rumah.
So mari ler BSB nak tunjukkan drawing tue...

2 orang hero BSB kena denda lap balik semua drawing yg telah dilukis oleh pelukis junior nie.


Ini ler dia pelukis junior merangkap cikgu lukisan utk adik(Qaheer) Nama pelukis yg tengah namanye meningkat naik nie..Qaiser Azman, umur 4 tahun 4 bulan.

Drawing nie siap dilukis dgn color pencil lagi...rasanye nie adik yg lukis kot.
Drawing kedua dah ada rupa macam alien ler pulak...yg nie mesti abang yg lukis Satu hari satu malam gak ler BSB kena cuci semua drawing yg melekat kat dinding rumah BSB nie...EEEeeee geram+marah=Penat. Nak marah sangat kat 2 hero nie pun tak boleh juga, sebab melalui melukis ler mereka berdua belajar untuk berinteraksi dan meluahkan apa yg terserat di fikiran mereka...apa pun BSB kena pastikan lepas nie kalau nak melukis mesti atas kertas. So ada tak kengkawan semua cara nak mengatasi masalah BSB nie..macamana yeee nak marah sangat pun tak boleh......tolong!!!tolong!!! aku didalam dilemaaaaaaaaaaa.....(ikut nada lagu KRU)...c u next N3...ADDIOSSSSS

Friday, October 15, 2010

Masak2 Makan2

Salam hari Jumaat kpd pembaca blog BSB, kpd pengkritik tetap atau yg tak tetap atau yg touch & go (ada ker org baca nie) semoga semua nyer sihat. Kengkawan weekend nie buat apa? Apa!!! nak p kenduri kawin.. bagus ler kita memenuhi undangan atau hajat kawan2 kita...N3 kali nie BSB nak share dgn kengkawan pasal sendiri masak sendiri makan, Hari Rabu baru2 tue BSB & The gang buat makan2 utk kitaorg 4 org jer...syok sendiri. Kami masak utk b/fast dan lunch sekali. Makna nyer hari tue kami x keluar lunch kat luar lerrr...mari ler intai apa yg kami masak.

Perbincangan hangat pagi nie...caper punya masakan paling sedap....x payah bising2 ler caper punya paling sedap, kita makan dulu... Perut kenyang baru boleh buat kerja...betul tak?

Nasi impit nie Eza yg rebus dgn telor, Cheq masak mertabak meegie (sori x ade pic ler pulak) Ciksue bawa kuah kacang (+ daging tapi tak rasa daging pun, sori jgn mare ciksue) dan BSB masak kuah lontong.

Tengok ler tue kuah lontong BSB masak pukul 6.00 pagi tau...kalau masak malam takut basi sakit perut ler pulak kawan2 BSB...Jebat kau adoooo...

Setelah dicampur keseluruhan masakan yg dibawa tadi, ini ler hasil nyer...Lontong 4 sekawan. Ini kalah lontong makcik Noor yang kat medan selera tue...jemput tengok kengkawan....ADIOSSSS

Monday, October 11, 2010

BuKaN OpEn HoUse TaPi OpEn PokEt

Salam kengkawan, Syawal dah habis maknanya open house pun dah habis lerrrr...yg belum habis Sukan Komanwel yg tengah berlangsung di New Delhi, India. Setakat hari nie Malaysia telah memunggut 6 emas. N3 hari nie BSB bukan nak citer pasal sukan pun, tapi pasal makan kat Restoran Desa Paku di Ara Damansara. Restoran nie memang terkenal kat area Ara Damansara, Ia menyajikan pelbagai menu ada masakan Thailand, Western dan Local. Sajian makanan kat sini rasa macam kat Hotel 5star ler pulak. Apa lagi jom kita intai2 pic yg sempat BSB snap.

Pandangan dari luar Restoran Desa Paku. BSB tak lepak kat sini, BSB lepak kat dalam sejuk sikit.

Nie table dessert, tapi masa BSB datang dessert dah habis tinggal bubur, biskut raya, kek dan tapai pulut jerrrr...
Lain kali kalau datang sini lagi, BSB nak try masakan Thai pulak. Kalau menengok pada menu nie macam sedap jer masakan Thai kat sini. Nanti boleh ler try.
Ini ler yg BSB order Pineapple Fried Rice...tapi kan dalam menu, nasi goreng nie disaji dalam buah nenas tapi bila sampai waiter kata nenas dah habis...tapi ok gak ada udang, ayam, nenas dan sayur campur. Harganya RM9.90 sahaja...kalau masak sendiri mahu satu family boleh makan, tapi tak per ler sesekali nak rasa masakan org lain apa salahnya.

Hubby order Mee Rebus Pak Abu...rasa sedap, tapi tak berapa panas kuahnya. Rasa mee rebus nie boleh tahan gak. Harganya rasa2 dalam RM6.00. Kira boleh ler.....kengkawan kalau datang ke Ara Damansara nie boleh ler singgah kat Restoran Desa Paku nieee..So jumpa lagi di N3 yg akan dtg...ADDIOSSSSSS

Tuesday, October 05, 2010

Open House (Opis)

Salam kengkawan blogger, bulan syawal dah habiskan, tapi citer open house belum habis lagi. N3 nie sambungan dari blog "Hidup kena Slumber" alah citer makan2 kat opis BSB minggu lepas. Seperti tahun2 yg lalu kami dibhg akaun buat open house (opis). Seperti biasa kami buat collection setiap org kat account dan juga setiap unit menyediakan satu juadah. Kiranya majlis kali nie paling meriah ler sebab kami jemput semua staff UMES. Siap ada karoke lagi, boleh ler nak testing suara...apa lagi BSB & the gang pun try lerrrr...



Ini ler juadah yg ditempah dgn ketering...nasi tomato, ayam masak merah,rendang dll lagi. Juadah lain seperti sate, lontong, speggeti, Yong Tau Foo dan jeli pun ada.

Boss tengah memberi sepatah 2 kata sebelum majlis bermula. Ciksue sibuk nak berposing jugak..layan jer lerrrr..


Aksi manja Me & Ciksue. Nie gambar sebelum makan, lepas makan dah jadi lain..heeheehe


Ini ler ahli pergerakan wanita di account dept. Masing2 ceria jer, maklum ler hari nie hari makan sedunia. BSB jer yg x ada dlm gambar nie sebab tengah snap gambar nie looo...BSB rasakan tahun depan kita jemput artis pulak utk memeriahkan lagi majlis nie. ok tak kengkawan. So kita jumpa lagi, insyaallah.... ADDIOOSSSSSS.

BSB DaPaT "GA" RaYa

Salam, kengkawan Blogger hari nie BSB nak share citer dgn kengkawan pasal hadiah "GA" raya yg BSB terima hari tue. Tak kira ler kalau ada org yg upload dulu citer nie, BSB tak kisah pun. Walaupun BSB lambat upload tapi BSB happy sangat dapat hadiah yg cute & comel nie dari rakan blogger BSB "White House & Hidup kena Slambur" Thank you friends.Yang plak "Home Sweet Home" nie dari Cik Sue...cantikan? BSB rasa nak gantung kat depan pintu ke dapur, ok tak kalau BSB gantung kat situ?

"Coffee House" nie dari Cik Rinn. Plak nie nak gantung kat table kecil di dapur BSB. Nanti bila tengah minum kopi teringat ler hadiah nie dari Cik Rinn. Tahun depan dapat apa pulak hadiah "GA"Raya. Rasa2 nyer bila Raya Haji nanti ada hadiah "GA" tak? So....apa2 pun terima kasih kengkawan....ADDIOSSSSS