Thursday, October 21, 2010

ApA iTuE?

Salam hari Khamis buat pembaca atau pengkomen BSB. Hari nie macamana mesti lebih baik dari hari semalam atau hari2 yg lalu. N3 hari nie.. Apa Itue? Cuba teka, betul! pandai kengkawan BSB. Ini ler Tapai Ubi Kayu iaitu makanan tradisional memang popular dan ramai penggemarnya termasuk BSB sendiri. Selain tapai ubi kayu, ada tapai pulut dan tapai beras pulut hitam. Tapai nie selalunya org bungkus dengan daun pisang, daun getah, daun kelapa ataupun daun jambu batu pun bolehhhh..Bila buat tapai nie org kata ada pantang larangnya, tak tahu ler kalau betul ker tak? tapi Hidup Kena Slumber kata semua tue karut semata2 jer, so kengkawan pikir ler sendiri betul ker pantang larang nie;
1-Jgn makan sirih atau mendekatkan dgn benda2 yg warna merah masa buat tapai nanti tapai jadi merah dan rasa nyer tak sedap.
2-Jgn makan benda yg masam ketika bungkus tapai nanti tapai menjadi masam, tak sedap.
3.Jgn buat tapai masa tengah period (dtg haid) tak senonoh betul ler, caper ckp nie....

Kalau nak try buat sendiri boleh try senang jer...BSB beli jer..Bahan2 nyer:-
1 kilo ubi kayu yg telah dikupas dan dibersihkan dulu.(potong lebih kurang 5-6cm)
1 biji ragi, sebesar duit syiling 50sen (dikisar atau dipecah2kan)
Daun pisang secukupnya (utk membungkus tapai)
Cara2nyer:
1-Rebus ubi separuh masak dan sejukkan.
2-Bila ubi sejuk taburkan ragi keatas ubi dan susun kedlm pasu atau bekas bertutup. Alas dgn daun pisang dan tutup dgn kain sampai x nampak pasu atau bekas tapai.
3-Jenggg Jengggg dah siap. Tunggu selama 3-4 hari boleh ler dibungkus dgn daun pisang dan boleh ler dimakan bersama keluarga.
4-Atau pun kita beli jer ler kat JM Bariani atau kat pasar malam pun sodap gak.

Ini ler Tapai Ubi Kayu yg dibeli di Restoran JM Bariani, Petaling Jaya. Hegernya RM2.50 satu bungkus. Memang sedap in the world. BSB tak pernah rasa sesedap nie...rasa macam makan gula2 kapas pun ada..tak percaya p try beli kat JM Bariani...try jgn tak try.

Yang 3 segi nie Tapai Pulut. Yang nie sedap gak rasanya manis, lebih2 lagi kalau makan masa tengahari...foyoooo sodap, tapi BSB suka tapai ubi lagi. Hegernya RM1.50 seketul jerrrr.

Tengok tue kengkawan BSB tengah makan nasi bariani ayam, berdesertkan tapai...sodap tue.
Amboi makan tak ingat org tengah snap gambar...tak per ler makan2 jgn tercekik sudah.Cheq makan pelan2 no..kalau tak cukup order lagi k...sendiri order sendiri bayor ler. So kengkawan kalau order nasi bariani jgn lupa order tapai ubi kayu sekali kkk. Hager satu set nasi bariani ayam RM12.00 jer. Boleh ler nasinyer tak ler banyak sangat boleh ler...tapi arca buah sikit sangat ada 2 biji jer buah tapi sodappp...so jumpa lagi lain N3 insyaallah...ADDIOSSSSS

11 comments:

mummy_ayu said...

sedap tu tapai...yum yum..ayu pun suka tapai..tapai pulut pun ..tapi tak berani makan banyak2 sbb gastrik...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Tq ayu tinggal komen...kalau tapai makan dgn aiskrim pun sedap.

zarina said...

bab jangan buat masa period tu betul gak..tak tau la kebetulan atau tak..tapi dah pernah mengalami

EL MARIACHI said...

tapai oh tapai..aku suke tapai pulut lagi...bila dah makan trasa panassss...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Tq zarina tinggal komen, so kalau period jgn buat tapai nanti langsung x sedap..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Mie tq leave comment, dah panas mandi ais ler...heeheehh

zarina said...

yup dia jadi warna merah

MamaYatie said...

org trg makan tapai ubi letak skali santan. santan tu ada tambah gula sket..sedap tau..rasa lemak2, manis, masam...huhu..rindu plak

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

mamayatie saya nak try ler macam mamayatie cakap tue, tq share dgn saya cara2 lain nak makan tapai lebih sedap.

Abah Yie & Ummi Na said...

sedapnya tapai :)

tetiba terliur nak makan tapai....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Abah yie & ummi na : makan tapai dgn aiskrim lagi sedap.