Monday, June 13, 2011

Sejarah Silam

Assalamulaikum, BSB keudara lagiiiii....jgn mare ekkkk BSB nak sambung citer masa on the way balik Shah Alam dari Kg hari tue... kami singgah beberapa tempat menarik. Bak kata Akak Tina "kita nie sambil menyelam minum air nyerrr mama" gitu lerrr nampak nyerrr. Mula2 kami stop kat Kuala Sepetang dulu utk makan tengahari kat sana. Kami singgah kat Warong Mah Teh Mee Banjir Udang...kat sini memang ramai org singgah makan. BSB malas nak citer banyak urols layan jer lerr sendiri gambor2 yg BSB dah snap nieee...enjoy your self.!!!!!!!!!!!!!
Semangkuk Mee Udang macam nie RM6.00 jerrr for udang kolam. For udang laut semangkuk RM12.00. Memang puas makan udang kat sini...tengok ler tueee tergolek2 udang dalam kuah mee nie....walaupun kuah nyer cair sikit tapi sedap gakkk...
Ini ler warong Mak Teh Kuala Sepetang. Banyak lagi warong2 yg lain kat tepi jalan nie. Kita pilih jer yg mana nak try...
Lepas makan kami p singgah pulak kat Muzium Matang (Kota & Rumah Ngah Ibrahim). Kat sini masuk free jerrr pun. Uorls tahu ker siapa dia Ngah Ibrahim nie...ini ler orang melayu pertama yg menjumpai bijih timah dan org pertama yg membuka perusahaan lombong bijih timah. Kalau nak tahu detail g cari info kat uncle goole ekkk...kalau nak dibiarkan BSB citer mahu meleret2 nanti yg BSB tuliskan. Org Perak kena tahu nie....jgn mereeee

Dihadapan pintu masuk Rumah Rasmi Ngah Ibrahim.
Sebelum masuk ke dalam rumah tue kami ronda2 dulu kat belakang rumah nie. Ini gambo perigi yg diguna kan dulu2. Tak dibenarkan masuk kat sini kkkkk....dah jadi perigi buta pun.
Pandangan dari belakang Muzium Matang.
Pintu depan Muzium.
Di depan tangga rumah Ngah Ibrahim...kuat lagi rumah nie kan.

Bila nak masuk jer kat dalam Muzium nie kita akan disambut oleh Gajah Ngah Ibrahim.Kat sini jer adik Qaheer dah nangis takut tengok gajah besar nie....aduh makcik kena tunggu kat luar ler nampak nyerrr....huuuhuuu

Suasana didalam rumah Ngah Ibrahim.
Muzium nie dibahagikan kpd 2 tingkat. Atas segmen mahkamah, maktab, pej inggeris dan bilik tidur Ngah Ibrahim. Bawah dipamerkan segmen gajah di larut, pertanian zaman pemerintah Jepun, perlombongan & penjara.
Galeri segmen mahkamah.
Yang nie org Perak wajib baca tau...baca jgn tak baca tauuuu....
Agak nyer ini ler tuan rumah nie kottt....
Segmen Pejabat Inggeris.

Segmen bilik tidur Ngah Ibrahim.
Antik nyer Radio tueee...letak kat rumah BSB bagus nie.


Tugu Peringatan Jepun Kroh...
Bekas tinggalan bom Jepun...tengok ler tueee habis tembok tueee kannn... nasib baik tak kena rumah Ngah Ibrahim.
Lepas penat pusing2 kat Muzium Matang kami g singgah pulak kat kolam ayer panas Batu 9 kat Jalan Trong, Taiping.
Mykid's tengah mandi air panas jap kat sini. BSB idok ler mandi punnn...rendam2 jer kaki kat air nie...tapi memang panas punnnn...


Ramai juga orang kat sini...tapi yg ramai rendam kaki jer tak mandi pun. Mykid's jer yg mandi kat sini.
Lepas mandi rilex jap...kat sini juga ada gerai jual laksa & air. Lepak jap kkkk... sebelum balik Shah Alam. Pukul 5.00 ptg kami sambung balik perjalanan kami balik ke Shah Alam. Bila nak masuk Ipoh jer...dah start jem dahhhh...tapi still bergerak slow2 jerrr....BSB berhenti bercerita kat sini. Nanti kita jumpa lagi...taataa tiittii tuuutuuu...ADIOSSS.

14 comments:

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

seronoknyer gi jalan2 cuti2 malaysia la ni yer...cam best jer gi kolam air panas...tak pegi taman tasik taiping? kalau saya gi taiping mesti nak singgah taman tasik tu lepas tu pekena rojak mamak ummp memang best

MulutPayau said...

Bagus jugak BSB bwak anak2 ke tempat sejarah macam tu .Dapat tmbah pngethuan anak2....Mp sndiripun belum smpai lagi ke tmpat tu...

Zefa NorAsmara said...

Wah.. jln sakan BSB. Bestkan dpt jln2 dgn family.. :-)

nieda said...

bestnya jln..huhu nieda jarang samapi taiping. hometown kt simpang pulai je

Myra Jay said...

Penah makan mee banjir kat situ..;)
Mmg banyak pilihan gerai makan, ada yg sedap ada yg kureng..hehee

Muzium tu pulak tak penah singgah pun, tp tgk akak dok tgkap dah nmpak keseluruhan muzium tu :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Lizz:hari tue dah singgah tasik?makan laksa kat tepi zoo taiping.

MP:Muzium tue kecil jerrr...1 jam dah boleh cover semua tempat.

Zefa:balik kg singgah ler tempat2 macam nie...

nieda:simpang pulai boleh ler g Cameron Highland kan?

MJ:Yg BSB pegi tue x sedap sangat kuah nyer cair betul lerrr..muzium tue kecik jerrr..

~ yus ~ said...

Belum pernah sampai tempt ni....:(

sahromnasrudin said...

kolam kecil tue boleh terus berenang kan..seronok anak2 dapat berendam kat citu kan

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

yus:kalau g utara boleh ler singgah kat sini.

sahrom:kolam tue kecil jer setakat nak berendam boleh ler....

Ati Masrif said...

ngancam betui mee udang tu

hubby kita tgk mesti nangis..hehe

Papa Mifz said...

antik2 sungguh perabot nye kan...yer la nama pun muzium...hehe

Abah Yie&Ummi Na said...

kakkkk...
sedapnya mee tu. terliur ni huhu...

aZuMaya said...

bsb ,,terliuq au tgk mee udang tue,,,langkawi ada kn kan kan kan

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Ati:me udang memang byk tapi kuah nyer cair sikit..

PapaMifz:dulu rumah skg dah jadi muzium.

UmmiNa:mee nie rasa nyer boleh ler tahan..tapi kuah nyer cair sikit.

Cikrin:kat langkawi org kata laksa yg paling sedapp..