Tuesday, November 23, 2010

Hari Raya Korban

Salam ceria semua, masih didalam mood kampung lagi ker? macam BSB nie, masih lagi dalam mood kampung & mood raya korban. Daging korban pun banyak lagi kat aisbox tue...emmm nak masak apa ler pulak dengan daging korban tue. Sup dah selalu sangat masak, rendang dah makan kat kampung, kari pun dah buat hari tue, kengkawan ada ideal tak nak masak apa daging tue. Rebus cincah dengan airasam sedap gak kan? tapi anak2 BSB tak suka pulakkkk. Anak2 BSB suka masakan yang ada kuah. Kejap lagi kena tanya pokcik google ler, dia mesti ada ideal yg best2. Hari tue BSB pergi tengok org surau sembelih lembu korban, sempat ler BSB ambil gambar2 nie, mari ler kita sama2 tengok kkkkkk..

Lembu nie sebelum sembelih gemuk sekarang dah jadi kurus ler pulak...pelik..pelik.

Pelik betul ler orang lelaki nie kalau buat kerja mesti nak hisap rokok, tak faham...tak faham.
Tengah melapah daging korban. Kat surau nie 9 ekor lembu dikorbankan, jenuh ler nak melapah daging tue sampai kepetang le jawab nyer tueee.
Kak Ina & Ana tengah membungkus daging korban. Nak bungkus untuk BSB ler tuee..TQ
Macamana Qistina boleh terpakai baju nie ler pulak...mana baju kurung ko akak. Sori BSB terlupa nak suruh dia tukar baju.
Makan time... daging korban tue orang surau masak ramai2 dan buat kenduri kat surau nie. Jemput makan semua, sedap tau gulai kawah kari daging.
Adik Qaheer tak takut ker lembu tueee... Dah makan semua jom kita balik. Perut kenyang tangan bimbit daging pulak. Untung nyer kalau buat korban kat kampung, makan dapat bungkus pun dapat.
Aksi Abang Qaiser dgn Adik Qaheer berebut basikal Yasin. Yang adik tak mahu mengalah tengok ler tueee...tak padan dgn kecik.
3 dara pinggitan nie sibuk main masak2. Masak apa hari nie Kakak?

Kak Ina tengah merebus tulang lembu nak buat sup kata kak Ina.
Jengggg jenggg nie ler dia juadah kami keesokan hari. Sup tulang lembu, ikan bakar, ulam-ulaman dan kari daging. Simple tapi memang meletop gitu...nak tambah nasi boleh kerr? OOOooo tak boleh control sikit nanti terlebih makan, kolestoral naik pulak. Ok jumpa lagi di kampung nanti...ADDIOSSS.

2 comments:

nieda said...

bestnya dpt mkn dagind..nieda duk shah alam je. langsung x dpt daging..hehe

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam nieda, kalau balik kg memang puas makan daging.