Wednesday, November 24, 2010

Air Panas Legong

Salam dihujung bulan November yg menandakan kita hampir akan meninggalkan 2010. Usia bertambah tapi saving berkurangan. BSB dah sentuh bab duit ler pulak. Stop!!!malas nak layan angan2 BSB. Jom kita p mandi air panas kat Legong, Baling Kedah. Satu jam perjalanan dari Kulim ke Legong nie. Baling memang cantik dgn dikelilingi oleh Gunung Siong, sawah padi yg menghijau dan hutan dara yg mengasyikkan. Memang sebuah pekan yg jauh dari kekotoran debu tak macam kat Shah Alam habuk sesajer tapi apa boleh buat rumah kat situ jer yg murah. So kalau ada pembaca Be Simple Beb orang Baling (ada ker org Baling baca N3 nie), kauorg memang bertuah mempunyai kampung yg indah, bersih dan nyaman.(cuma hari tue jer ada sikit kebisingan refer kat last N3 BSB nanti). Mari kita sama2 layannnn


Ditengah2 pekan Baling, belakang tue Gunung Siong. Mitos mengatakan Raja Bersiong (raja yg suka makan darah manusia tue macam dlm filem dolu2) telah mencabutkan gigi siongnyer dan mencampakkan di sini lalu jadi ler Gunung Siong..betul keee. Lu pikir ler sendiri. Pintu gerbang pun berlambangkan gigi siong Raja. Kalau gigi dah besar nie, Raja Siong tue besar mana ler gamok nyerr...eeee takut.
Pintu gerbang Selamat Datang, sepanjang jalan dari sini ke kolam air panas kami jumpa org asli tengah berjalan2 ditepi jalan nie memang ada penempatan orang asli kat sini ruper nyer. Dari sini cuma 10 minit ke kolam air panas. Udara kat sini memang sejuk & nyaman tak perlu buka aircon pun...sunyi sangat dan tenang jer rasa. Dah sampai pun kat kolam air panas . Masa kami sampai nie jam 4.00 petang, masa nie tak ramai orang lagi. Selalunyer org ramai waktu malam hingga subuh.

Kolam air panas no. 1. memang panas tak boleh mandi nanti kulit jadi merah macam udang. Sesiapa nak rebus telur kat sini lerrr.
Tengah test kaki kat air kolam nie.
Tak boleh mandi lagi, panas yop Ooooiiii

Yang kami lepak nie kolam paling suam lerrr...

Sekarang semua dah boleh mandi, tapi kena rendam dan duduk diam2 dlm kolam nie, jgn nak terjun jer mahu menjerit nanti...panasssss
Sekarang suhu badan dah boleh terima kepanasan air panas nie, apa lagi jop kita mandi manda...yaahooooo
Pukul 7.00 kami terus balik, tapi sampai kat simpang nak keluar dari pintu gerbang Air Panas Legong nie kami nampak beratus motosikal dan kereta berderet2 melalui jln raya nie, nak tahu kenapa...mai sini BSB habaq mai...

Depa p menghadiri perhimpunan memperingati peristiwa Memali yg berlaku pada November 1985 dah 25 tahun yg lalu.(alah yg ajaran sesat Ibrahim Libya tue) kalau kengkawan nak tau lebih lanjut kisah Memali sila jumpa pokcik google kkk..tapi apa2 pun Baling memang cantik dan bersih...hati terus jadi tenang setenang air kolam panas Legong....ADIOSSSS.

11 comments:

εïзmmyHazaεïз said...

Best ek BSB kat sana.. x pernah sampai lagi.. Krismas ni nak meminang utk adik ipar tapi kat Yan.. klu dpt singgah kat sana best ni..

nieda said...

bestnya tempat ni...nk pergi jugakkkk

zarina said...

ingatkan lenggong tadi :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Mummyhaza, Yan jln nak p Alor star, Legong, baling nie dah nak sampai kat Grik. Jauh sikit lerr.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Nieda, kalau p Baling singgah ler kat Legong, Baling.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Zarina, Lenggong lagi best ada air terjun, tasik, perakman, hutan dara, Ladang teh dan macam2 lagi ler yg best2.Nanti BSB buat N3 pasal Lenggong pulak.

Ati Masrif said...

cantiknyer tmpt ni..tapi jauh sgt lah BSB

rupanyer org utara na...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Ati: saya org perak, Hubby yg org Kedah.

Abah Yie & Ummi Na said...

nampak best la tempat ni...nak perilah juga. kena bayar ke kak??

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Abah Yie&Umi Na: Nak masuk dewasa RM4 Kanak RM2

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Salam Diana: Kalau n p, pergi mlm atau lewat ptg. Kalau tak panas x boleh mandi.