Friday, November 12, 2010

Kayns Resort, Port Dickson (part 2)

Salam 1 Malaysia, BSB nak sambung citer lagi pasal "Graphic's Days Out". So kengkawan yg tak baca N3 Part 1 sila baca dulu okkk. Hari kedua kat Port Dickson, pagi2 lagi hujan ler pulak. Nasib baik lepas Breakfest hujan dah stop apa lagi layan kolam renang lagiiiii. Kali nie adik yg teruja sangat nak mandi kolam dan terpaksa ler Hubby temankan.

Hubby bawa adik turun ke kolam renang. Suka nyer diaaa.

Tapi bila Ms. Zira ambil adik, apa lagi melalak tak mahu ler tueee, takutttt...terpaksa ler hubby tukar baju joint ke club renang sekali.
Sebelum check out, kita lunch dulu, ada ikan bakar sumbat kelapa yg paling best giler sedap pulak tueeee dah lama tak pekena ikan bakar sambal kelapa nie. Balik nie kena try buat ler nampak gaya nyer.
Sebelum bertolak balik singgah pulak kek mozium sojar bak kata Mam Besor. Bukan apa nak melawat bos lama grafik dulu, yg kata nyer dah buka cafe kat sinunnnn.
Didepan pintu masuk mozium sojar nie ada diletakkan meriam lama..konon2 menyambut kedatangan kita ler tueeee...jaga baik2 abang & akak jangan nak dicuit2 nanti meletup ler pulak meriam tue...
Dibelakang air pancut nie ler cafe ex boss grafik, Encik Hafis Hamidon.
Sebelum kita p kat cafe tue kita ambil gambar dulu kkkkk.
Qistina bergambar sebelah nama2 tentera yg terkorban.
Dah macam dalam citer Combat ler pulak abang nie...Abg sampai ke kaki nak bawa jep tueee.
Ini ler tempat yg paling BSB suka sangat kat Muzium Tentera nie. Ada bermacam2 jenis kete kebal kat sini. Ada yg boleh masuk dalam air pun ada juga...rugi tau kalau kengkawan datang P.D tapi tak datang melawat Muzium Tentera nie.
Tengok tue siap boleh masuk kat dalam kete kebal lagi. Baru ler BSB tahu bentuk rupe dalam kete kebal nie, berserabut BSB tengok. Sempit jgn cakap ler macamana ler gamok nyer depe yg duduk berjam2/berhari2 dlm benda alah nie.
Peace dari Hubby yg kat atas tueeee...bukan apa masa kecik tak merasa dapat naik dlm kete kebal nei .
Anak2 BSB memang suka bebenor masuk dalam kete nie..
Tengok ler tue sempat lagi kami sekeluarga berposing dgn kete kebal nie. Kalau boleh nak bawa balik terus ke kg, mesti org kampung terkejut giler tengok kete gergasi nie.
Dah cukup2 kat sini kata Hubby kita nak pergi tempat lain pulak nie. Banyak lagi nak tengok nie.
Nie mana datang ler pulak moto zaman darurat nie, memang macam2 ada kat sini. Tengok ler aksi Qaiser bila dapat naik motor ala2 Harley Davidson nie. Abang suka ker nanti mama minta kan sojar sebiji moto bawa balik utk abg kkkk.

Terowong nie ala2 Chuchi Tunal kat Vietnam ler pulak. BSB tak masuk pun takut ada tikus mondok. Hubby sorang jer yg masuk kat dlm nie...BSB tahu zarina-jom mesti suka nie. Cik Rin-White House tak boleh masuk takut semput nanti. Ciksue pun tak boleh sbb dia pun takut tikus macam BSB. Bukan ada apa pun kat situ, hubby kata.

Qaiser bersama meriam buluh..oppp bukan meriam betul2 nie.
Lepak time, dah penat jln2 kat muzium nie kami lepak kat cafe abg Hafis. Yang berbaju putih tue ler abg Hafis Hamidon ex boss grafik dolu2.

Ini ler juadah yg sempat abg hafis sediakan utk kami yg sentiasa kelaparan. Apa lagi jom balun. Abg Hafis kata mlm nie ada org buat majlis kat cafe dia, itu pasal ler dia sibuk tak sempat nak masak juadah yg lebih baik dari nie, ini pun dah kira ok. TQ Abg Hafis.

Dibelakang cafe abg hafis, cantik dan dijaga dengan bersih.

Yang nie jet pejuang tentera kita masa zaman darurat dulu.

Anak2 BSB nie bukan tahu takut ker apa, semuanyer nak di try, nak masuk ler pulak dlm jet nie. Mana dibuka nyer pintu jet tue tak boleh sayang OOooo.

Dah makan kenyang, tekak pun dah kembali basah kita sambung jalan2 lagi. Yang nie kepala keretapi apa nie.
Tak sabar2 nak naik budak2 nie tinggi tue ayang OOooo, tak kira nak naik gak tue.
Didalam kepala gerabak keretapi arang kayu. Gini ruperr nyerrr.

Jam pun dah dekat pukul 4.00 mari ler kita p tempat lain pulak...terima kasih abg Hafis kerana sediakan hightea utk kami yg sentiasa dlm kelaparan dan kehausan nie.

Lepas tue kami singgah ler pula kat Ostrich Farm. Tempat nie tak ler besar mana pun.
Kalau hujan tempat nie tak buka...tapi satu BSB nak beritahu tempat nie busuk sikit lerrr
Kat sini juga terdapat binatang lain seperti monyet, itik, ayam dan rabbit.
Haiii kan main panjang nyer leher si Ostrich nieee...nasib baik tak dipatut nyer Qaheer tue.
Tengah dengar jurulatih citer pasal Ostrich dan show Ostrich sebentar lagi.
Tue dia dah maiiii...tengok ler tue kan main laju nyer dia berlari.

Last sekali kami layan monyet sekor yg kena ikat tueee....adik suka tengok monyet nie.Tiket masuk kat sini - dewasa RM8.00 budak2 RM4.00 jer boleh ler tue. Jagung nak beri Ostrich makan RM 2.00 ingat kkk bukan kita makan tapi Ostrich yg makan. Kalau kengkawan datang sini try ler beri makan jagung kat Ostrich, letak kat tapak tangan dan hulur kat Ostrich mesti best gilerrr kalau berani cuba kkk ...BSB try gak tapi geliiii betul bila ia patuk kat tapak tangan nie. Rupa2 nyer PD nie bukan setakat terkenal dgn pantai yg bersih dan indah, juga terkenal dengan tempat2 menarik macam BSB lawati tadi. So apa2 pun BSB ingin mengucapkan ribuan berterima kasih kepada Unit Department Grafik Umes atas percutian ke Port Dickson nie. Bagi BSB percutian ini sangat heppening dan berjalan dgn jaya nyer...kalau buat lagi jemput ler BSB lagi kkk...Buat Abg Iddris Nek Sulaiman selamat bersara dan semoga berjaya dlm apa juga bidang yg baru diceburi dan semoga beroleh kesihatan yg baik hendaknyer. Selamat berhujung minggu...ADIOOSSS

6 comments:

zarina said...

terowong je ingat kat orang ek..hehe..rasa dulu2 macam dah penah p muzium ni..ingat-ingat lupa lak..tapi orang memang suka melawat tmpat2 bersejarah ni

Fieza79 said...

hamboi meriah nya aktiviti...sana sini jenjalan...woww yg best nya melawat tmpt bersejarah dgn anak2...jrg2 dpt wt tu..hehe

nieda said...

bdk2 mmg sukakan air..duduk berjam2 kt kolam pun takpe..kita nangis tunngu bila mereka nak naik..hehe..

byk gambar, puas tgk

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Zarina:ko suka kan yg extrem2 cam ner kan? BSB pun suka tapi ada anak kecik nie susah ler sikit nak berextrem2 lagi.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Fieza:sambil menyelam minum air, selalu nyer kalau ke PD mandi laut jer, cuma kali nie pegi melawat tempat2 mcam tue, syok gak.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Nieda:Mandi berjam2 lepas tue balik semua selseme ler pulak.