Monday, October 11, 2010

BuKaN OpEn HoUse TaPi OpEn PokEt

Salam kengkawan, Syawal dah habis maknanya open house pun dah habis lerrrr...yg belum habis Sukan Komanwel yg tengah berlangsung di New Delhi, India. Setakat hari nie Malaysia telah memunggut 6 emas. N3 hari nie BSB bukan nak citer pasal sukan pun, tapi pasal makan kat Restoran Desa Paku di Ara Damansara. Restoran nie memang terkenal kat area Ara Damansara, Ia menyajikan pelbagai menu ada masakan Thailand, Western dan Local. Sajian makanan kat sini rasa macam kat Hotel 5star ler pulak. Apa lagi jom kita intai2 pic yg sempat BSB snap.

Pandangan dari luar Restoran Desa Paku. BSB tak lepak kat sini, BSB lepak kat dalam sejuk sikit.

Nie table dessert, tapi masa BSB datang dessert dah habis tinggal bubur, biskut raya, kek dan tapai pulut jerrrr...
Lain kali kalau datang sini lagi, BSB nak try masakan Thai pulak. Kalau menengok pada menu nie macam sedap jer masakan Thai kat sini. Nanti boleh ler try.
Ini ler yg BSB order Pineapple Fried Rice...tapi kan dalam menu, nasi goreng nie disaji dalam buah nenas tapi bila sampai waiter kata nenas dah habis...tapi ok gak ada udang, ayam, nenas dan sayur campur. Harganya RM9.90 sahaja...kalau masak sendiri mahu satu family boleh makan, tapi tak per ler sesekali nak rasa masakan org lain apa salahnya.

Hubby order Mee Rebus Pak Abu...rasa sedap, tapi tak berapa panas kuahnya. Rasa mee rebus nie boleh tahan gak. Harganya rasa2 dalam RM6.00. Kira boleh ler.....kengkawan kalau datang ke Ara Damansara nie boleh ler singgah kat Restoran Desa Paku nieee..So jumpa lagi di N3 yg akan dtg...ADDIOSSSSSS

7 comments:

Azian Elias said...

Laa..siannya.. Kok samapai2 semuanya macam dah habis??

boleh lak akak try kat situ nnt. Pernah p Subak? area Penchala

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kak Yan tak pernah ler p Subak.

zarina said...

cuba p try makan kat brisik jaya one..menarik gak..indonesian style

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Zarina brisik jaya dah try. saya makan nasi ambang, ok gak kat situ.

Ati Masrif said...

bestnya tmpt tu ala2 tmpt mahal yek..kita suka nasi grng thai tu..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

ati...tempat tue hegenya boleh tahan gak...tapi sedap...

Azian Elias said...

kat Subak really nice ambiance. Mcm kat Bali..hee

http://www.subak.com.my/?page_id=17

http://www.eats.my/review.php?id=346