Sunday, August 08, 2010

RAMADHAN

Hari Rabu nie insyaallah umat islam akan mula berpuasa. Bagi BSB sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beramal di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Setiap kali Ramadhan Qistina mesti tanya pada BSB apa itu Puasa Mak? nie ler jawapan BSB : -

Puasa adalah menahan diri daripada makan, minum, nafsu dan daripada melakukan sesuatu yg membatalkan puasa, bermula drp terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dgn niat.

Niat berpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.


Doa berbuka puasa.
Ya allah, sesungguhnya aku berpuasa kerana mu, aku beriman dgn mu, dan dgn rezeki pemberian mu aku berbuka, hilang sudah kehausan, basahlah sudah tekak ku dan tetaplah kiranya pahala ini insyaallah.


Renung...renungkan lah....Mari Beramal.

No comments: