Salam Ramadhan kengkawan, hari nie cam ner puasa ker? kalau x ada aral melintang jgn ler ponteng puasa pulak. Semalam kengkawan berbuka makan apa? kat opis BSB ada pasar ramadhan tapi tak ler besar sangat pasar ramadhan nie ada ler lebih kurang 30 gerai yg berniaga kat sini. Boleh ler kalau nak membeli juadah berbuka nanti. BSB teringin benar nak berbuka makan buah melaka atau ondeh-ondeh, semalam pusing2 kat pasar ramadhan nie x jumpa pulak org jual buah melaka yg menarik minat BSB nak beli. Tak menarik langsung presentation buah melaka yg dijual kat sini...BSB suka yg macam gambar di atas, bungkus dgn daun pisang dan ada bau daun pandan baru ler ada emmm...teringat masa kecil2 dulu selalu mak buatkan buah melaka kesukaan BSB sedappppp...nampak nyer hujung minggu nie kena buat sendiri ler. BSB selalu buat macam nie jer....
BUAH MELAKA ATAU ONDEH-ONDEH
2 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
2 ketul gula melaka (di potong kecil2)
1 biji kelapa parut (ambil yg putih jer)
10 helai daun pandan (blander dan ambil air nyer jer)
secubit garam
Cara2 nyer :
1-Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan secubit garam dgn air daun pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2-Ambil adunan sebesar duit 20 sen dan leperkan.
3-Masukkan gula melaka di tengah adunan tadi dan bulatkan.
4-Panaskan air hingga mendidih.
5-Masukkan adunan yg telah dibulat2 kan tadi kedlm air mendidih.
6-Bila kuih timbul, angkat dan toskan.
7-Golekkan kuih tadi dgn kelapa parut yg telah dicampurkan secubit garam.
8-Apa lagi sedia utk dihidangkan. (kalau rajin masukkan kuih dlm kelongsong daun pisang). Kalau malas hidangkan jer dlm pinggan.
Apa lagi cuba2 lerrr... ada kengkawan nak share dgn BSB cara2 nak buat buah melaka yg lebih sedap dari nie....Selamat berpuasa...ADIOSSS
No comments:
Post a Comment