Tuesday, September 09, 2014

Tenggol part 1

 Assalamualaikum..
Yeeehhh...jumpa lagi kita.
Mood mengupdate blog berkobar2, maklum ler baru balik dari
Tenggol Island kat Dungun, Terengganu.
Uorls pernah dengar Tenggol Island?
Jom cekedow...
 Nuuuuu dihujung sana terletaknya Tenggol Island, kecik je pon..keluasan 3km pjg x 2km lebar. 
Terkenal dengan syurga dive..so kaki2 dive memang suka ler datang sini..50 minit dari Jetty Dungun.
 Mempunyai pantai yang pendik dan landai
 Dikelilingi oleh tebing batu yang curam dan hutan yang tebal.
 Pantai yang putih dan bersih...tengok le uorls... org pon tak ada....masa nie semua diving dah turun ke laut.
 Boleh main kejar2 ko..tak ada saper pon nak marah..yahooo pantai nie aku yang punya...mokcik kayoooo
Kaki2 dive suka sangat dive kat sini sebab banyak nudibranch 
(hidupan kecil yang berwarna-warni)
 dan mereka ingin sangat nak jumpa whale shark..
katanya antara bulan 7-9 whale shark singgah sini..
eeemmm tak takut kerrr....tapi...BSB takut le kalau jumpa shark...
 Kat sini apa saja spesis dan kehidupan laut tak boleh ambil kerna ianya dibawah kawalan undang2 taman laut negara.. so...jangan nak pandai2 tangkap ikan or ambil batu karang bawa balik buat kenangan kkkk..
 Petang2 BSB dok bawah pokok kepala nie sambil hayun buai dan menikmati angin sepoi2 
bahasa dan ditangan pegang novel cinta..pehhhh ko hadooooo..
 Di teluk Air Tawar saja yang mempunyai pantai dan resort.
seperti tenggol coral, tenggol island dan Chalet En Zul.
 Yang nie Tenggol Coral...cantik tak..siap ada buai ko..bestnya tapi mahei le sikit..
Makanan kat sini Chef hotel yang masak kata org2 kat sini lerrr...mesti sedapkan.
 Yang ni pula Tenggol Island...BSB stay kat sini lerrr...harga idok ler mahei bebenor..boleh le..
tapi makanannya kuureenggg sikit..maklum ler org luar yg masakkan...tak pedas langsung..
bole ler udah lapar BSB telan je lerrr..
 Ini salah satu jenis chalet kat Tenggol Island...
 Yang ni pula Chalet En Zul...kat sini memang simple je chalet dia...bak kata adik BSB basic je..tapi makanannya memang sedap..memang kena ler dgn tekak kita org melayu..maklum ler org sini yang masak..aduzzz sodap tueee..
Di Tenggol Island nie memang sunyi dan rilex...tak seperti di pulau2 lain di Malaysia...
disini cuma terdapat 3 resort sahaja..1 kedai runcit..tiada perkampungan, tiada klinik, tiada souvenir shop, nak beli fm pon tak ada...hhhuuhhuuu
letrik 24 jam...cuma air dalam bilik air terasa agak masin sedikit mungkin telah di tapis..
kalau nak datang sini elok ler bawa air mineral sebyk mungkin..dan peralatan ubat-ubatan secukupnya.
kiranya pulau nie masih tidak tercemar lagi dgn anasir2 negatif..hehehee
Itu ler yang dapat BSB terangkan serba sikit mengenai Tenggol Island nie.
so kalau berminat boleh ler search dalam internat tepok dada tanya selera...
sekian..Tenggol part 2 akan menyusur kemudian..
adiossss & byeeeebyeee


4 comments:

Rafhani said...

Wah..bestnya..suka pergi pulau tapi tulah,anak jati terengganu ni pun x abih lagi jelajah pulau kat sana...hihihihi

AMIIZAA@Mieja said...

BSB bestnyaaaaaa........bdk2 enjoy sgt tuuuuuu :):)

εïзmmyHazaεïз said...

memang untuk relax tu BSB.. So far ni first time dengar name pulau tu :) Happy holiday

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

rafHani:lepas nie bole ler terjah pulau tenggol pulak..

amiza:saya pergi dgn adik2 je..insyaallah next time bawa anak2 pulak.

Haza:pulau nie sunyi sepi..sesuai utk relax je