Salam kengkawan...hari nie BSB nak cerita pasal lemang. Kat kg aku tuuuuu kat hulu Negeri Perak Darul Ridzuan, kalau nak raya mesti bakar lemang. Seminggu sebelum puasa org kg BSB dah start servey buluh lemang dlm kebun2 durian atau hutan yg berhampiran. Buluh lemang utk buat lemang mesti lebih nipis drp buluh biasa. Kelapa pun siap simpan atau tempah kat caper yg ada kebun kelapa. Setiap rumah mesti ada lemang. Tak kira ler bakar sendiri ker atau tempah kat caper2, tapi mesti hidangkan lemang pagi raya. Selalu nyer lemang dibakar sehari sebelum Raya....boleh dikatakan macam pesta bakar lemang pulak. Kalau rumah Pak Yop A dah start bakar lemang, rumah Mok Cik B mesti kelam kabut nak start bakar lemang jugak, macam berlumba-lumpalah pulak. Lemang mesti dibakar sekurang2 nyer 5-6 jam, api mula2 bakar lemang sederhana besar, lepas dah kering santan baru guna bara jer.... Itu ler tradisi kat kg BSB. Selalu nyer BSB makan lemang dgn Ayam Tauchu bukan dgn rendang...sebab rendang selalu makan dgn ketupat pulut. Kalau lemang kat KL nie diaorg rebus dulu lepas 2 masukkan pulut dlm buluh baru bakar. Nanti lemang 2 x ada kepala dan ekor lemang. Tapi ada satu kedai kat Kerinchi yg jual lemang boleh tahan sedap nyer.. kalau kengkawan nak beli lemang boleh beli kat situ...(x ingat ler pulak nama kedai 2 rasanyer kedai yg tepi jln dari flet kerinchi ke pantai dlm kat situ ler).
Resepi Lemangku Menjadi:-
2 Kilo beras pulut
8 Biji Kelapa (ambil santan nyer saja)
4-5 batang buluh lemang yg sederhana besar
Garam secukup rasa
Cara2 nyer:
1-Rendam beras pulut semalaman
2-Basuh beras pulut dan tuskan air nyer.
3-Masukkan daun pisang ke dlm buluh mengikut saiz buluh.
4-Masukkan beras pulut ke dlm buluh, jgn terlalu penuh.
5-Masukkan sedikit garam kedlm santan.
6-Tuangkan santan kedlm buluh sedikit demi sedikit, sehingga santan sampai kebhg bawah
buluh.
7-Bakar dgn menggunakan api yg sederhana besar.
8-Setiap 10 minit dibalik-balikkan buluh itu.
9-Apabila santan dah kering, perlahankan api menjadi bara sahaja.
9-Masak sehingga 5-6 jam sebelum diangkat.
Ada berani, try ler...Selamat Mencuba.....ADIOSSSS...
No comments:
Post a Comment