Salam kengkawan semua. Bulan Syawal hampir sampai kepenghujungnya, banyak lagi ker kengkawan nak memenuhi undangan open house. Bila makan tue jgn ler makan mengikut nafsu, kena ler jaga kesihatan juga. Sambil kengkawan menjamu selera di majlis open house tue cuba kengkawan tinjau ada tak dikalangan kawan2 kita yg masih guna pinggan mangkuk zaman dulu2 macam pinggan mangkuk BSB tunjukkan di bawah nie. Zaman skg nie pinggan mangkuk yg lama2 nie memang dah ada nilai. Peminat brg2 antik memang mencari pinggan mangkuk atau barang2 lama nie. So masa balik cuti Raya hari tue sempat ler BSB snap gambar barang2 lama yg ada dirumah ayah mertua BSB, diantara nyer :-
Wednesday, September 29, 2010
Semakin Lama Semakin Mahal
Friday, September 24, 2010
kIsAh CuTi rAyA LaGiiii..
Salam kengkawan...banyak ker dapat undangan open house atau tengah sibuk nak buat open house weekend nie...tak nak jemput BSB ker???N3 kali nie ke Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Tempat perkelahan dan perkhemahan yg terkenal di Kulim. Air sungai nie memang deras dan sejuk macam air dlm aisbox...eeee sejuk nyerrr. Memang tak tahan kalau nak berendam lama2 dalam sungai nie...sejuk betul, tapi budak2 bukan nyer tahu sejuk ker apa. Anak2 BSB mandi sampai nak balik baru naik ke atas nak makan...Sungai nie amat sesuai untuk berkelah bersama family, tempat yg nyaman, selesa dan air sungai pun x ada ler dalam sangat pun...mari ler intai pic yg BSB sempat ambil nie...
Dah puas intai2 apa yg patut, kami pun cau ler...sepanjang jln si adik Qaheer nak berdukung jer, tak tahu naper x nak jalan sendiri. Apa lagi my Hubby ler yg jadi mangsa. Penat tau kena naik bukit lagi nak sampai kat sini...apa2 pun kami sekeluarga happy sangat hari nie....jumpa lagi next N3 di Kulim, Kedah....Jaga diri semua & ADDIOSSSSSSSSS...
Tuesday, September 21, 2010
Kenangan di hari Raya 2010
Salam di bulan Syawal...dah lama rasa nyer tak keudara. Maklum ler raya setahun sekali apa lagi beraya sakan ler. Kami sekeluarga bercuti dari 9/9/2010 hingga 19/9/2010. Anak2 memang suka kalau balik kampung, boleh berlari2 keliling rumah, kejar ayam & itik dan juga dapat berjumpa dgn saudara mara sambil berkira duit raya lerrrr...
Gambar keluarga BSB diambil di petang raya di rumah suudara Hubby. Sambil menjamu selera sempat lagi BSB bergambar dirumah antik nie. Perut dah penuh nie....senyum2Cuti raya dah habis, kita sambung kerja kita balik....apa lagi kat opis nie kerja berlambak2 nak buat, tapi tak pe janji puas cuti lama....insyaallah jika dipanjangkan umur kita jumpa lagi Raya tahun depan 2011..ADDIOSS
Saturday, September 11, 2010
bUYoK BeBenOr
Salam Syawal...N3 hari nie life dr kampung. Nampak nyer ramai kengkawan blog sibuk dgn raya sampai x N3 baru. BSB pun dilanda kemalasan dan kekenyangan utk unload pic N3 raya. BSB rasa lepas balik KL baru ler nak upload pic baru. BSB cuti 1 minggu dan 1 minggu juga ler BSB akan kunjung mengunjung rumah kengkawan kat sini dan saudara-mara hubby BSB. Apa lagi perut pun sentiasa dipenuhi dgn juadah hari raya, masa nie ler dapat makan macam2 lemang, ketupat, rendang, laksa, mihun sup, nasi daging dan macam2 lagi lerrr...nampak nyer balik KL nanti kena cepat2 ler qado puasa....Apa2 pun jgn ler jadi macam katak hijau nie...buyok bebenor teman ngok nyerrr....Selamat hari raya.....ADIOSSS.Wednesday, September 08, 2010
BSB gantung kad raya
Salam kengkawan...terharu nyer rasa bila nampak ada kawan blog BSB gantung card raya BSB dlm blog dia....terima kasih Mummy Ayu kerna sudi gantung kad raya BSB yg x seberapa nie...BSB nantikan N3 raya dari Mummy Ayu....mesti meriahkan?
E-Card diberi penganti diri,
Terima kasihlah kerana melayari blog BSB,
Selamat hari raya Aidilfitri
Semoga tahun depan boleh gantung kad raya lagi.
Terima kasihlah kerana melayari blog BSB,
Selamat hari raya Aidilfitri
Semoga tahun depan boleh gantung kad raya lagi.
KAD RAYA 2010
Buat rendang dari telurUntuk dimakan di pagi Raya
Sepuluh jari dihulur
Tanda kemaafan kami pinta.
Salam kemeriahan Aidilfitri semoga ia nyer memberi keinsafan kpd kita semua. Be Simple Beb memohon ampun & maaf jika kata2 atau penulisan BSB selama berada di sini telah membuat pembaca blog BSB tersinggung rasa ataupun berkecil hati harap dimaafkan.Buat adik2 tersayang, saudara-mara yg sentiasa diingati, kengkawan yg mengenali BSB dan pelawat blog ini, Be Simple Beb mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI PANJANG...ADIOSS...
Tuesday, September 07, 2010
Majlis Berbuka Puasa
Salam di akhir Ramadan....persiapan Raya mesti dah siapkan? mesti ada kengkawan blog yg dah sampai ke kampung halaman atau kampung hubby masing2. BSB masih lagi kat Shah Alam. Insyaallah hari Khamis baru bertolak balik ke Kulim. Hari Ahad yg lalu BSB dan adik2 BSB berbuka puasa di rumah BSB. Setiap tahun kami buat majlis berbuka puasa bersama ibu dan adik2 BSB semua. Kami nie susah sikit nak berkumpul semua maklum ler masing2 sibuk dgn urusan masing2 dan ada antara nyer yg tinggal luar Selangor. Tapi Alhamdullilah tahun nie kami dapat berkumpul semua. Kami semua sibuk nak beri hadiah utk ibu kami Puan Rokiah Musa. Terima kasih semua kerana sudi datang di majlis berbuka ini.
Friday, September 03, 2010
LeManGKu MeNjAdi
Salam kengkawan...hari nie BSB nak cerita pasal lemang. Kat kg aku tuuuuu kat hulu Negeri Perak Darul Ridzuan, kalau nak raya mesti bakar lemang. Seminggu sebelum puasa org kg BSB dah start servey buluh lemang dlm kebun2 durian atau hutan yg berhampiran. Buluh lemang utk buat lemang mesti lebih nipis drp buluh biasa. Kelapa pun siap simpan atau tempah kat caper yg ada kebun kelapa. Setiap rumah mesti ada lemang. Tak kira ler bakar sendiri ker atau tempah kat caper2, tapi mesti hidangkan lemang pagi raya. Selalu nyer lemang dibakar sehari sebelum Raya....boleh dikatakan macam pesta bakar lemang pulak. Kalau rumah Pak Yop A dah start bakar lemang, rumah Mok Cik B mesti kelam kabut nak start bakar lemang jugak, macam berlumba-lumpalah pulak. Lemang mesti dibakar sekurang2 nyer 5-6 jam, api mula2 bakar lemang sederhana besar, lepas dah kering santan baru guna bara jer.... Itu ler tradisi kat kg BSB. Selalu nyer BSB makan lemang dgn Ayam Tauchu bukan dgn rendang...sebab rendang selalu makan dgn ketupat pulut. Kalau lemang kat KL nie diaorg rebus dulu lepas 2 masukkan pulut dlm buluh baru bakar. Nanti lemang 2 x ada kepala dan ekor lemang. Tapi ada satu kedai kat Kerinchi yg jual lemang boleh tahan sedap nyer.. kalau kengkawan nak beli lemang boleh beli kat situ...(x ingat ler pulak nama kedai 2 rasanyer kedai yg tepi jln dari flet kerinchi ke pantai dlm kat situ ler). Resepi Lemangku Menjadi:-
2 Kilo beras pulut
8 Biji Kelapa (ambil santan nyer saja)
4-5 batang buluh lemang yg sederhana besar
Garam secukup rasa
Cara2 nyer:
1-Rendam beras pulut semalaman
2-Basuh beras pulut dan tuskan air nyer.
3-Masukkan daun pisang ke dlm buluh mengikut saiz buluh.
4-Masukkan beras pulut ke dlm buluh, jgn terlalu penuh.
5-Masukkan sedikit garam kedlm santan.
6-Tuangkan santan kedlm buluh sedikit demi sedikit, sehingga santan sampai kebhg bawah
buluh.
7-Bakar dgn menggunakan api yg sederhana besar.
8-Setiap 10 minit dibalik-balikkan buluh itu.
9-Apabila santan dah kering, perlahankan api menjadi bara sahaja.
9-Masak sehingga 5-6 jam sebelum diangkat.
Ada berani, try ler...Selamat Mencuba.....ADIOSSSS...
Thursday, September 02, 2010
RaYa DaH DeKat
Salam Ramadan kengkawan...macamana dgn puasa dan terawih, ok ker? Zakat fitrah jgn lupa ingat kat hubby suruh bayo yaa..kat Selangor RM7.00 jer. Zakat fitrah mesti di bayar sebelum solat Aidilfitri kalau cepat lagi baik. Tukang jahit dan peniaga kuih mesti tak cukup kaki tangan nak siapkan tempahan. Pengusaha hamper pun apa kurang nyer sibuk nak siapkan tempahan pelanggan. Cepat siapkan sebelum pelanggan marah nanti. BSB dah terima tempahan biskut raya sedikit demi sedikit yg di order pada kengkawan kat office nie. Diam x diam banyak juga rupa nyer BSB order biskut raya ...heeheeheee tak per ler raya setahun sekali. Nanti kalau x habis boleh bawa office.
Selamat Menjalani Ibadat Puasa.Adiossss...
Subscribe to:
Comments (Atom)