Friday, May 31, 2013

TeRbAiK

 Assalamualaikum...
Jom BSB nak share dgn uorls aktiviti BSB semalam.
Petang semalam team Netball Kelab Sukan UMES dapat undangan 
dari rakanniaga kami, iaitu TNB bangsar.
Untuk mengadakan friendly Match dengan TNB.
Apa lagi Pucuk dicipta, Ulam mendatang..
memang dah lama BSB tunggu undangan dari mana2 pasukan untuk bermain netball.
Maklum le...udah lama rasanya idok berlari2, melompat2 dan membaling2 bola nie...
Hhehehhh jgn mare cik sue..
 Siap ada jamuan ringan ko...apa lagi mari kita serbuuuu..


 Sebelum games start kita bergambo ramai2...ok 1..2..3....say cheeeseee...
 Ini pula team Umes yang ceria dan sporting habis bebbb...
caya adik2 sayang semua. uorls memang sporting habis.
Bermain di padang kilat, TNB Bangsar nie memang terbaik..
dengan padang yg ala2 karpet dan dikelilingi oleh pencakar langit, 
di buai pula dengan angin sepoi2 bahasa pendek kata memang terbaik lerrrr...
Walaupun kami kalah tipis tapi semangat juang  yg ditunjukkan oleh pemain2 
semua memang patut di puji.
Sekali lagi BSB mengucapkan terima kasih kepada semua pemain Netball UMES...
GOOOO...goooo... gooo...UuuuuMESssss...

Monday, May 13, 2013

mOTHER'S dAY

Assalamualaikum..
"Happy Mother's Day"
Kepada semua ibu2 di alam maya ini.
Petang Sabtu BSB & the gang sambut Mother Day Di TTDI
RestauranT Aroma Hijrah.
Tapi kali nie BSB tak dapat kumpul 8 beradik.
Maklum ler masing2 sibuk dgn aktiviti harian mereka.
Walaupun gitu masing2 telefun ibu dan mengucapkan Selamat Hari Ibu.

 Juadah kami di hari itu..Satu dulang nie RM 75.00 siap dengan minuman 1 jug.

 Cuma kami empat beradik jer yang dapat datang.

Aksi akak Tina & abang Qaiser sebelum makan..
 Selamat Hari Ibu Mak...Hajjah Rokiah Musa.
Semoga mak diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira di samping kami 
adik-beradik semua..insyaallah.
 
Yang nie pula hadiah "mother day" from Akak Tina. TQ so much akak...muuuaahhh


Banyaknya BSB dapat hadiah mother day kali nie...
apa uorls dapat for mother day kali ni?
Bagi BSB bukan setakat hadiah yang dinantikan..
tapi kasih sayang dan ingatan itu yang paling penting.  
semoga hari2 biasa pun kita akan menghargai ibu kita selagi dia ada.
'HAPPY MOTHERS DAY"
sekian...adiossss..

Wednesday, May 08, 2013

KuEY TeOw GorEnG


 Assalamualaikum..
Hari Sabtu hari tue BSB balik Utara untuk menemani Hubby mengundi.
On The Way balik singgah jap kat Bandar Taiping.
Saja jer nak tengok kemeriahan org Taiping mengantung bendera parti.
Pusing2 Bandar Taiping terus teringat nak makan Kuew Teow goreng.
Apa lagi terus singgah jap kat Doli Restauran.

 Kami  order Kuey Teow Sup. Harga RM 5.00 yang specialnya ada seketul ayam goreng berempah.
 BSB order Kuey Teow Goreng Biasa, harga RM 5.00. Rasa boleh tahan ianya kering dan 
tak berapa pedas.

Mykids suka ler makan kat sini sebab supnya tak pedas..
kat sini juga ada Mee Rebus, Nasi Ayam dan lain-lain lagi. 
Terletak berhadapan Klinik Pergigian Taiping.
Owner Doli nie orang melayu. Doli di buka pada pukul 12.00 tgh hingga 11 mlm.
Kalau datang Bandar Taiping mari ler try Kuey Teow Goreng Doli.
Sekian, byeee..bye..