Assalamualaikum..
Cuti2 Malaysia datang lagiii.
Kali nie kami g terjah Teluk Kemang, Port Dickson.
Dekat jer ponggg...
saja bawa mykids mandi laut sambil pusing2 cari makan kat Port Dickson.
BSB stay kat Klana Beach Resort.
Gambor nie baru sampai tengah memunggahkan barang bawa naik ke hotel...
kami checkin kul 11.30pg.
mula2 terkejut gak sbb dpt checkin awal..
tapi org dah kasi kunci kita masuk jer lerrr..kannnn
Lepak jap kat bilik..sori gambor bilik tak clear sbb bateri hp dah nak konggg..sori !!!
Aktiviti pusing keliling Hotel dulu..jom kita tengok apa yg ada kat keliling hotel Klana Resort PD nie..
Disebelah bawah hotel Klana Resort nie ada disediakan laluan ditepi pantai..
petang2 memang best ler jalan2 kat sini sambil rambut di tiup angin...
Disebelah hujun hotel nie ada satu laluan turun ke pantai..
ok gak pantai nie..tapi kami tak mandi kat sini..
OOppp lupa pulak nak beritahu..bila first time jejak jer kaki kat dalam hotel nie dah terdengar aluan lagu2 nasyid dan bila masuk waktu solat terdengar bacaan al-quran. Memang islamik hotel nie tauuu...
kat belakang tue Komplek Baitul Hilal ataupun Balai Cerap...
tapi masa kami nak masuk kat situ pihak Hotel kata org pengurusan Balai tue tak ada..
so tak dpt ler nak menengok bulan bintang...hhhuuuhh
Petang kami ronda2 cari tempat nak diner malam nanti...
ada ler 2-3 tempat BSB search dlm google tapi bila p terjah sana tak sama macam dlm blog ler pulak...
at last BSB tanya jer pihak hotel tue kat mana tempat makan yg best...senang citer.
DDaaann akhir nyer kami Diner kat Restoran Ummi.
Kami order ikan kukus,burung puyuh,telor dadar,kailan goreng ikan masin dan sup campur.
Air pulak jus durian belanda,2 gelas ais limau+asomboi, 2 teh tarik 3 leyer..
hage RM62.00. sup campur pun sedap tapi sori gambor tak sempat nak snap.
memang dalam sup campur tue macam2 ado ko...heeehee
Esok pagi lepas breakfast kat hotel mykids mandi kat kolam dan lepas tue g mandi lagi kat pantai pulak habis aktiviti mandi kemas2 barang dan kami terus balik Shah Alam...
ok stop sini dulu..byeeebyeee...& adiosss.