Thursday, February 05, 2015

Klebang

Assalamualaikum,
lama tak jumpa kengkawan kat sini.
apa khabo?harap sihat2 selalu
BSB & the gang macam gini ler..alhamdullilah 
Cuti Wilayah baru2 nie kami pergi ke Melaka Bandar Bersejarah.
Percutian pendik aje pon..
 Kami sampai pukul 11.00 pagi..masih awal nak checkin..kami lepak2, intai2 apa yang ada kat sini.
Panas betui ler kat Klebang nie...org Melaka kata dah lama tak hujan.
oppp BSB lupa....abang Qaiser mengalami siku tulang retak..sikit je..harap2 cepat ler pulih..insyallah.

 Abang Qaiser tak boleh lerrrr nak berlari2 kat tepi pantai..dan tak boleh nak berenang2 tauuu..
duduk je diam2 kat situ..
 Akak Tina tengah try coconut shake Klebang...satu RM4.00 koooo...mak aiii maheiinya..
tak pe2 mama belanja.
 Aiskrim pot....selain coconut shake...yg nie pon fames juga..beli jgn tak beli..mama belanja lagiiiii..
 Sementara nak tunggu chekin hotel..kita intai2 dulu kat Muzium kapal selam Agosta..
masuk dewasa RM3 kanak RM1..murah je pon...
 Jom kita terokai kapal selam Agosta nie..jommm
 Sempitnya...katanya kapal nie boleh muat 50 orang dalam satu masa..mak aiiii ramainya..
kat mana nak duduk tue..


 Tempat tidur depa...rimas BSB tengok...tapi ini lah yang perlu dilalui oleh tentera laut.

 Ok..jom kita chekin...kami stay kat Bustel..sebuah bas yg dibaik pulih dan dijadikan hotel..
BSB booking sebiji bas dengan 2 bilik...bilik a dan bilik b.
 Kami pilih bas Klebang.


 Ini ler ghupernya dalam bilik bustel nie...ada almari,,aircon..bilik air yg bersih..tv..dan katil..boleh ler..
 Tapi agak sempit sikit...masih ada ruang untuk solat depan katil nie..
 Sebelah malam kami terjah Bandar Melaka..naik Melaka River Cruise...
nie acara wajib kalau datang Melaka..
 Cian abang Qaiser..tak boleh nak lompat2..duduk diam2 kat situ.
 Lepas cruise kami naik Menara Taming sari..yang nie acara sunat...
memang cantik boleh nampak satu bandar Melaka..


 Hari ke 2..kami di Klebang...pukul 6.30pagi anak2 BSB dah bangun..nak ronda2 tepi laut katanya.
 Pukul 8 pagi tapi rasa macam dah pukul 10 pagi...dah panas daaaa


 panas tapi berangin...sedar2 kulit jadi hitam.hahaha udah ler sunblock tak bawa..aduzzz
 Sebelum balik kami  terjah lagi Bandar Hilir Melaka..tempat wajib nie..
kalau tak datang sini tak sah rasanya ke Melaka..


Istana Kesultanan Melaka
boleh...pulak buat iklan adabiiiiii...
syoookkknya lepak di pangkin bawah istana nie..


 Pukul 2ptg kami bertolak balik...kali nie kami ikut Port Dickson...kami singgah beli coconut shake sebelum sampai pantai Klebang..kat sini coconut shake dia memang terbaek..harge pon cuma RM2 je kooo..kalau beli kat pantai Kelebang tak berapa sodap mahei pulak tue.
 Singgah pula di Sungai Udang..makan nasi arab dan mee bandung Muar..peh memang terbaek
 Restoran Alwaleed kat sungai udang..on the way ke Masjid Tanah.
 Singgah pula kat Tanjung Biru, Port Dickson...lepak2 jap kat sini.
Teringin pulak nak makan seafood, kami singgah Pasir Panjang, Port Dickson...kat sini makanan memang sedap tapiiiiiii..hege agak mencabar ler sikit..tak tahu ler agaknya ikan2 tengah mahal kot...
tapi minyak dah turun...


Tengah melayan perasaan..ker?
Habbissss cerita BSB hari nie....Shah Alam-Melaka-Klebang-Port Dickson-Shah Alam.
Terima kasih sudi singgah dan baca citer BSB & the gang.
Jumpa lagi...adiossss..bye

15 comments:

AMIIZAA said...

salams BSB

i miss u, lama tak nampak bsb:)
seronoknyaaaa prg melaka, hotel tu nampak bersih dan kemas....

Hanis Azla said...

As-salam BSB..

Wah.. bestnya cuti2 melaka.. macam tempat singgahannya ya.. itu yang lagi best.. terus rasa nak bercuti ke melaka pulak lps ni.. he..he..


semoga abg tangan qaiser cepat sembuh.. insyaALLAH

εïзmummyHazaεïз said...

Bestnye kak.. Haza pon plan nak ke bustel next cuti nnt...

EL MARIACHI said...

kelebang ke tengkerah ni?

zarina said...

Memang ada terbaca tentang bustel ni.. memang menarik. Kalau pergi melaka memang dah aim nak duk situ

kehidupan sihat said...

salam perkenalan :)
jemput ke blog nana nanti

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Amiza:wssalam,bustel memang bersih tapi sempit dan tak ada tingkap.

Hanis:Melaka memang best tapi panas dan ramai pelancung.

Haza:bustel sempit dan rasa terkurung sbb tiada tingkap.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Mie:kita g kelebang melaka ler..

Zarina:bustel memang sempoi giler tapi agak sempit dan rasa terkurung sbb tiada tingkat.

Kehidupa sihat:terima kasih sudi singgah di blog akak..

Rinna said...

Dah lama tak pergi bercuti ke Melaka.. Cam best jek tinggal kat Bustel tuh.. Seronok laa plak nengoknyaa.. :)

Najib Ariyan said...

ada kontena buat hotel, ada bas buat hotel... esok lusa karang ada kapal buat hotel dah tu kapal selam pun pun boleh buat hotel kan... terbaiklah...

bestnya mee bandung... tapi Melaka memang panas lah kan...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Rinna:bustel nie kecil dan tak ada tingkap rasa macam berkurung.

Najib:elok juga tak ler membazir bas2 lama nie..

Azian Elias said...

wahhh.. ni lah hotel yg ayah akak nak sangat pegi tu.. boleh lah try nanti..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kak yan:bustel nie agak sempit dan tak ada tingkap.

mama maman aka yana said...

nih cuti raya cino dah dekat.. gi jalan kemana lak eks.. hehehe

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

yana:tengah dok pikir..pusing2 kl je kot..