Tuesday, July 02, 2013

simple jer ponggg

 Assalammulaikum,
Apa khabor kengkawan semua?
Minggu depan hari rabu insyaallah kita start puasa.
BSB minggu lepas belajar2 ler buat karipap.
Bukan apa nanti boleh ler buat utk juadah berbuka puasa.
Sebelum ni pernah buat tapi tak berapa sedap.
Selepas menjelajah blog dan sumber2 yg boleh di percayai di internat
maka terhasilah karipap simple nie.

 Resepinya utk kulit karipap:
1) Planta 2 senduk kecil
2) Tepung gandum setengah kilo
3) Air sejuk
 Resepi intinya pula:
1) Kentang 4 biji
2) Bawang merah 2 ulas
3) Ikan bilis segengam kecil
4) Sebuk kari daging
5) Gula sedikit
6) Minyak utk mengoreng

Cara2nya:
Panaskan planta hingga cair. Masukan kedlm tepung dan uli bersama air sejuk sehingga menjadi doh.
Tumis bawang merah yg telah di blan bersama ikan bilis. Masukkan kari daging hingga pecah minyak. 
Kemudian masukkan kentang yg telah di potong dadu dan sedikit air.
Selepas kentang empuk masukkan garam dan gula.
Kacau2 sekejap dah siappppp...
Canaikan doh tadi dan isikan intinya dan boleh goreng hingga garing.
Jenggg...jenggg..dah siap. Boleh beri jiran sikit..
yuummyyyy sedap dan lazat.
byeee..byeee...& adios..

3 comments:

εïзmummyHazaεïз said...

Haza pernah 1x jek buat karipap.. hehehe xberapa pandai pon

zarina said...

Waalaikummusalam BSB, sorry lambat menjawab salam. Kabo baik.

Karipap memang makanan sepanjang zaman

Myra Jay said...

Buat sendiri puas hati, leh taruk inti banyak2 :)