Thursday, December 20, 2012

cameron highland

Assalamulaikum..
Salam semua kengkawan BSB & silent reader Be Simple Beb
Result PMR dah kuar..so apa cer?
Tahniah utk yg berjaya...yg kurenggg jgn sedih masih ada masa lagi utk meraih kejayaan.
Weekend hari tue BSB & Gang terjah Cameron Highland.
3 hari 2 malam je...naik hari ahad turun hari Selasa.
Kali nie kami joint dgn 2 familiy sebelah hubby BSB.
tapi diaorg stay sampai hari isnin je..
kami nie stay lama sikit maklum ler sesekali dpt bercuti tempat sejuk macam nie bebbbb..
Suhu memang sejuk sampai 15'C ko...
maklum ler musim hujan..









BSB check-in kat Apartment Anthurium, Tanah Rata.
Hege 1 malam RM200 jer...yg lain semua RM250, Hage cuti sekolah
Bilik besar dengan semua kemudahan ada.
nak memasak2 pun boleh..k...
cer tengok gambo yg sempat BSB snap.


Sebahagian hasil tangkapan BSB di Cameron Highland.

Sooooo....kesimpulan nya:
jalan to cameron dari tapah banyak tanah runtuh,
cuti sekolah kete banyak..hingga dari tanah rata ke Kea Farm 1 jam ko...
barang2/makanan boleh tahan mahal sikit.
Hotel/apartment mahal dari rate biasa. Kena booking awal
Tapiiiiiiiiiii........ apa boleh buat...
janji anak2 suka dan gembira.
jumpa lain...adiossss & byeeeee

11 comments:

Yusra Yunus said...

follow me back
http://yusrasuperstar.blogspot.com

Hanis Azla said...

bestnya ke CH.. dah lama benar tak ke sana..

MulutPayau said...

Kalau cuti sekolah, memang dia orang pakai letak jer rega...semuanya mahal...
Tapi, nak buat macam manakan...tak pe, janji anak2 suka...

diana said...

lawa dapor dia..saya nanti nak buat dapor gini la..heheh..

boleh sayamasuk lam bloglist tak??:)
www.dianarashid.my

zusha said...

BSB (zil)>>>>>pastinya yang seronok budak-budak itu. Tambahan pula sejuk. Mereka tentu seronok apatah lagi dapat menikmati buah strawberi dan pelbagai lagi. Tidak sia-sia cuti mereka apabila dibawa ibu bapa untuk menghirup udara nyaman. Tentunya kenangan waktu bujang sudah tidak sama apabila telah berkeluarga...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Yusra:tq singgah di sini. nanti akak follow balik.

hanis:nasihat saya kalau g jgn g cuti sek bln 12..memang jem giler.

MP:betul janji budak2 gembira.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

diana:boleh, masuk ler dlm bloglist. akak tak kisah..

zue:kenangan masa kita g dulu lagi best...dulu tak ada jem2. pembangunan pun tak byk.

Rinna said...

Bestnyaa BSB.. dah lama laa tak per CH.. tak per laa mahal pun berbaloikan.

Janji anak2 suka..dan happy.. masa cuti sekolah nie kan.. :)

Myra Jay said...

Bestnyer bercuti kat Cameron :D

Marlina Mohtar said...

seronoknya...dah lama kami tak ke cameron =) ingat nak bercuti ke sana juga nanti

Myra Jay said...

Bestnyer kak bercuti di CH..

Myra rindu nak ke CH lagi ni :) Dok pujuk hubby ha :D