Monday, June 28, 2010

Majlis Penutup Kejohanan Sukan BKUM 2010

Hari Ahad 26 Jun 2010 berlangsung Majlis Penutup Kejohanan Sukan Antara Jabatan Utusan BKUM 2010. Bertempat di Komplek Sukan Bdr Baru Bangi. Acara bermula pada pukul 9.00 pg utk acara saringan olahraga, iaitu 100m lelaki/wanita, 200m lelaki/wanita dan sebelah petang pula acara final olahraga, final Bola Sepak dan Final Tarik Tali Lelaki. Pada tahun nie persaingan terlalu sengit diantara Umes & Pengeluaran. Disebabkan Pengeluaran tiada wakil wanita, umes menjadi Juara Keseluruhan sekali lagi utk kali ke2 berturut2 dan membawa pulang piala pusingan dan RM1,000.00 jerrrrr. Selain olahraga acara bola sepak menjadi acara yg ditunggu2 oleh penonton. Umes vs Pengeluaran. Keputusan nyer Pengeluaran menang 2 berbalas 1. Majlis berakhir pada pukul 6.30 ptg. Di bawah gambar yg sempat aku snip utk tatapan semua...layan...


Peserta2 tengah mendaftar utk acara olahraga.
Ini ler pelari2 umes.
Tengah tunggu nak ambil no. larian...
Me & Suzi for 200 meter wanita...

Tengah dengar taklimat dr ketua pasukan olahraga..
Aksi memanaskan badan..buat betul2 jgn sampai terseliuh kaki pulak.

Wanita 100 meter lari dulu..lepas 2 lelaki 100m...berdebar2 rasa nyerrrr...


Ini ler wakil Umes bagi acara wanita 200 m...emmmemm menang kerrr..

Aksi2 nakal dari pelari2 umes..

BKUM sediakan aiskrim free utk semua Ahli.Apa lagi mari kita balunnnnn..
Suasana di atas ruang penonton. Siap bawa tikar lagi...kelihatan mak Joe & mak Sara..


Bergambar bersama Huzz..setiap tahun Huzz mesti dtg memberi sokongan utk team UKSB.

Diantara penyokong umes yg datang adalah teman semejaku..walaupun sibuk dgn jadual yg padat tetap dtg memberi sokongan..tq friend...


Lepas berlari baru ada selere nak makan...nie ler nasi ayam yg disediakan oleh Biro sukan Umes.
President Kelab sukan Umes...En. Sulaiman Mohd Noor yg paling kanan sekali.

Bergambar di khemah musuh umes....Pengeluaran
Player bola sepak tengah bersiap utk bertarung dgn Pengeluaran.


Ini ler pasukan bola sepak Umes 2010.... jersi baru kerrrr...
Tan Sri Hashim tengah bersalam dgn team pasukan Bola Sepak.

Keputusan nyer pasukan bola sepak umes kalah 2-1. Sebenar nyerr pasukan bola sepak umes memang x pernah menjuarai cuma setakat final jerrr....diaorg nie kena mandi bunga gamok nyerrr..
Antara penyokong yg setia memberi semangat kpd team umes...
Puan Aida antara penyokong bola sepak yg ghairah....nak buat camner Aida team kita setakat final jer boleh pegi...

Aksi marah + geram dari penyokong umes...
Yang nie teman x suka....siap baling bunga api lagi....tengok team Pengeluaran...memang tak bermoral betul lerrr....kat stadium negara pun x ler baling bunga api tau tak??

Habis bola acara perbarisan...merah tanda menang.....

Untuk perbarisan umes ada gemik...tuuu diaaa wondergirls umesss....classs gitu..
Biro sukan dok gambar dgn wondergirls....

Senyuman tanda kemenangan...comel nyerrr
Pengurus futsal & Olahraga senyum dalam tangis ....
Yang nie memang org paling gembira. Jgn tiru aksi nie...aksi x sedar diri dari Hidayat.
Sempat lagi ber sms dengan wife ke??? kejap lagi abg balik ya yang...

Ini ler semua kontinjen yg mengambil bahagian..

Tengah menunggu pengumuman Juara Keseluruhan...Jatuh kepada!!!!!!!!
Utusan Media Sales Sdn Bhd Juara Keseluruhan lagi dan lagi.....
Meraikan kemenangan...

Peserta bergambar kenangan dgn piala pusingan.
Pose bebas dari semua yg mengambil bahagian...lega nyerr sukan dah habis...
Sebelum balik kami lepak jap kat ayam penyet bersebelahan Stadium. Tekak semua kehausan kerana tadi menjerit x sedar diri...apa lagi kita order air 2 gelas seorg....

Akhir kata jumpa lagi 2 tahun dari skg...JOM SIHAT ....YEBOO !!!!!!!!

No comments: