assalammualaikum
Cuti sekolah sudah bermula
dan apa lagi jom balik kampung
seperti biasa BSB & the gang
balik kampung di utara malaysia.
Anak2 BSB paling suka bila kata nak balik kampung
maklum ler duduk rumah kayangan nie bukan dapat
tengok hutan pun balik2 tengok hutan batu bata jeee..
Sekarang tengah musim buah pelam...pehhh terliur menengoknya...
tapi awas jgn nak pandai2 cicah dgn kicap + belacan tau,,nanti buah pelam nie busuk..
Nie buah apa ek? siapa tahu..rasanya kelat2 manis..
Buah belimbing buluh, buat masak lemak telor itik + buah belimbing nie...pehhh sedap tue.
Aktiviti di kampung...mandi sungai...sejuk bebenor air sungai nie sampai ke tulang rasanya.
Dari Shah Alam singgah jap di Jambatan ke 2, Pulau Pinang....
Jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
Singgah juga di Kuala Sepetang makan mee udang....
RM9.00 semangkuk...kuahnya manis2 pedas.
Udang memang fresh tapi BSB rasa macam makin sikit pulak mee udang nie,
tahun lepas singgah rasa macam banyak.
apa-apa pun memang kami enjoy dengan mee udang Kuala Sepetang.
sekian,
adiosssss...bye..bye