Tuesday, November 12, 2013

gempak woiii

Assalammualaikum...
Salam ceria dari BSB.
Udah lama kita tak bersuakan?
Jom kita cekedauuuu citer minggu lepas di Planet Gempak Astro.
Kali nie Astro buat di Bukit Jalil.
Memang gempak lerrr kira...terdapat berbagai khemah mengikut tema channel masing2.
Jom layan jap gambar2 di bawah.

 Muka ceria tak sabar2 nak masuk ke Planet Gempak.

First games kami di sini...
 Sebelum tu akak Tina nak draw dulu..
 Kayuh jgn tak kayuh.
 baling slow2 akak.
 Akak nak try bakat menghias biskut.
 Tinggi tue abang Ooooiiii..baik2 sayang..
 Games yg akak Tina paling suka...iya ke? tak gayat ker? mama yg gayat kat bawah nie...
 Yang nie pulak abang Qaiser kata yg dia paaaaaling suka...iyo lahhhh...mama ikutkan saja.
 Nie pun try...layannnn

 Adik Qaheer tak suka semua games kat sini...dia kata boring lerrr...
bukan apa penat le tu,nak dukung pulak....

Mama pun nak glamour juga tau...
aktiviti di Khemah AFC channel.
Astro menyediakan berbagai2 acara pada hari tue.
Ramai juga artis2 yang berada di sini.
Riang Ria bersama Astro.
Terima kasih Astro kerana memberi peluang kepada kami merasai dunia sebenar Astro.
=bye2 & adios=

Wednesday, September 25, 2013

menjala jom

Assalammualaikum...
salam 50% ceria dari BSB yang keudara direct dari Sg. Besi, Kuala Lumpur.
Pejam pelik pejam pelik udah sebulan lebih BSB bekerja di bangunan baru nie.
Suka tak suka terpaksa ler di lalui juga demi mencari rezeki yang halal.
Buat teman2 yang tinggal di sekitar opis ni..
tentulah gembira dekat dgn rumah  tak perlu merempuh jam dan 
paling utama budget bulanan pun kureeenggg leeee..
eeemmmmm...tarik nafas japppp... 
ooookkkk no sedih2 jom intai apa menu BSB pagi nie..
checkkidauuu..

 Sepinggan roti jala dan semangkuk kari ayam..buat sendiri kkkk..tak mahu beli2..



Aksi akak tina yang tengah menjala...
BSB cuma buatkan bancuhannya..
akak tina memang suka buat benda2 macam nie
"akak nie bukan main masak2 kkk"
sekian...adiosss & bye..

Friday, September 06, 2013

Tq Admin

Assalamualaikum...
apa khabar, lama tak upload citerkan?
al..maklumler sibuk moving out.
Dari PJ ke KL.
Kiranya sekarang nie BSB udah jadi orang KL lerrr pulak.
Tak suka..tak suka...tak suka...tapi terpaksa juga pindaaahhhhhhhh...
 
 Baru2 nie BSB ada masuk peraduan bergambar bersama keluarga di hari raya.
BSB telah menang dan dapat hadiah yg marvelas nie..
tq so much admin.
Lain kali buat ler lagi...pasti BSB menang lagii...hehehhee jgn mare.

Ini ler gambo yg BSB menang hari tue..
Bergaya, ceria di hari raya
sekian..
jumpa lagi...adiosss

Friday, August 16, 2013

ajaib sungguh

 Assalammualaikum..
dan salam di bulan syawal.
Banyak dapat undangan open house weekend nie?
BSB ada ler 2 rumah itu pun jiran2 dekat jerrr
BSB nak citer pasal kuali ajaib...memang ajaib betui sebab boleh membakar biskut raya.
Memandangkan akak Tina teringin sangat nak buat biskut raya,
BSB pun try ler buat....pakai kuali ajaib nie.
Memang cepat, mudah dan menjimatkan letrik.
so kepada kengkawan yg tak ada ovan boleh ler try pakai kuali ajaib.

 



Akak Tina tengah menyapu telur di atas biskut bintang.
Satu jer yang BSB nak beritahu kalau bakar biskut jangan lama sangat..
dalam 2 minit aje biskut dah garing.
Sekian,
salam manis dari BSB..adiossss

Tuesday, August 06, 2013

salam aidilfitri

Assalamualaikum..
Kepada sahabat, family dan yg mengenali BSB di alam maya, di opis atau di mana2 saja.
BSB memohon ampun dan maaf jika ada N3 atau komen2 BSB yang tersentap hati kengkawan.
Ampun maaf juga jika ada tutur kata BSB yang terlajak perahu.
Berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke kampung halaman.
Kalau makan tue ingat2 sama jgn sampai boleh memudaratkan kesihatan.
Semoga Syawal kali ini dapat  membentuk diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya..
insyaallah...
sekian, selamat bercuti 
 
REBUS KETUPAT DI MALAM HARI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN 
DARI BSB & FAMILY




Tuesday, July 09, 2013

PUASA + SPORTDAYS

Assalamualaikum..
dan salam Ramadan al-mubarak.
Ramadan datang lagi semoga kita sama-sama mencari 
redha & keampunan darinya..insyaallah
Ahad lepas BSB & the gang buat pertama kali dalam hidup BSB
pergi menghadiri Sukan Tahunan
di Sekolah mykids. 
Sebelum nie cuma menghadiri sukanneka aje..
almaklum ler mykids masa tu masih lagi tahap 1
mana ado nya sukan2 macam nie...

 Qistina pertama kali menyertai perbarisan Putri Islam..bukan baik bersemangat ko..

 Muka sedih sebab penat berjemur di tengah panas...tapi berbaloi dapat no. 1 dalam perbarisan terbaik.
 Khemah rumah merah..ambooiii .....merah2 delima...siap ada lagi tema ok..,mereka menang dalam ketegori khemah tercantik..ko adoooo..
 Khemah rumah kuning...boleh tahan..kalau tengok dari jauh berkilat-kilat ..
 Khemah rumah akak Tina..rumah Nilam, tak kurang hebatnya...chearleadings team tengah lepak2 tunggu giliran beraksi.
 Khemah rumah hijau...simple tapi hebat gak..
 Chearleadings rumah hijau bersama guru tarinya...iya ker?
 Chearleading rumah kuning tema mickey mouse...class ko
 tengah beraksi...
 Abang Qaiser menyertai acara sukaneka mewakili rumah hijau..team abang dpt no 1..sukanya
Jangan mare BSB pong mengambil bahagian dalam 4 x 50m jeeee..
kalau lebih tercabut lutut teman.
dapat gangsa je pong..
siap lari dengan jeans dan berkaki ayam ok..
sampai sini dulu n3 bsb.
terima kasih sudi singgah sini.
adiosss...
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA..

Tuesday, July 02, 2013

simple jer ponggg

 Assalammulaikum,
Apa khabor kengkawan semua?
Minggu depan hari rabu insyaallah kita start puasa.
BSB minggu lepas belajar2 ler buat karipap.
Bukan apa nanti boleh ler buat utk juadah berbuka puasa.
Sebelum ni pernah buat tapi tak berapa sedap.
Selepas menjelajah blog dan sumber2 yg boleh di percayai di internat
maka terhasilah karipap simple nie.

 Resepinya utk kulit karipap:
1) Planta 2 senduk kecil
2) Tepung gandum setengah kilo
3) Air sejuk
 Resepi intinya pula:
1) Kentang 4 biji
2) Bawang merah 2 ulas
3) Ikan bilis segengam kecil
4) Sebuk kari daging
5) Gula sedikit
6) Minyak utk mengoreng

Cara2nya:
Panaskan planta hingga cair. Masukan kedlm tepung dan uli bersama air sejuk sehingga menjadi doh.
Tumis bawang merah yg telah di blan bersama ikan bilis. Masukkan kari daging hingga pecah minyak. 
Kemudian masukkan kentang yg telah di potong dadu dan sedikit air.
Selepas kentang empuk masukkan garam dan gula.
Kacau2 sekejap dah siappppp...
Canaikan doh tadi dan isikan intinya dan boleh goreng hingga garing.
Jenggg...jenggg..dah siap. Boleh beri jiran sikit..
yuummyyyy sedap dan lazat.
byeee..byeee...& adios..

Friday, June 21, 2013

Langkawi-final

 Assalammualaikum...
Terima kasih sudi singgah di teratak BSB.
N3 terakhir dari Langkawi.
 Checkkedownnnn
 Pagi selasa 4/6/2013, kami sarap dulu kat restauran mamak di pekan Kuah.
Ambik ko mertabak daging..sodappppp. 
Restauran mamak tapi pekerjanya semua org melayu kita.
Makanan pun sedap, murah, cepat dan bersih.
Tapppiiikanaa BSB udah lupa nama restauran nie...heheeehhe tak dpt ler nak promote.
Lepas sarap kami terus g dataran helang..kat sini ramai pulak org korea dok bergambo..
udah rasa macam kat korea pulakkkk..perasan.
Lepas bergambo sakan kat dataran helang, kami terus g shopping. 
Sori gambo shopping tak sempat teman nak mengambilnya...
teman ada ler membeli 2 ketul pinggan corelle buat tambah2.
yang banyak teman shopping coklat jerr..heheee 
masuk jer kedai coklat rasa nak pitam tengok coklat..nak itu nak ini..
sedar2 penuh jer bakul teman
Lepas shopping kami g melawat Galeria Perdana.Tiket RM5 utk dewasa dan RM2 kanak2.

Kat sini di tempatkan semua souvenirs Bekas Perdana Menteri Malaysia..Tun Dr Mahathir Dan Siti Hasmah.
Kereta antik pong adooo...

Dari Galeria Perdana kami singgah jap kat Nusantara minyak gamat. 
Shopping minyak dan bam untuk bawa balik shah alam. 
Pukul 3ptg kami stop makan kat gerai depan airport langkawi.
BSB makan laksa ikan seqok dan cendul pulut. Rasanya boleh ler..
Hari ke 4 hari terakhir kami di langkawi. 
Balik kami naik flight... Tengok ler muka adik Qaheer yg semput.
sempat juga BSB g bawa adik Qaheer ambil gas kat hospital Langkawi .
kelam kabut dibuatnya..nasib baik tak ada apa2 yg tak di ingini berlaku..syukur..allhamdullilah.
Kat Airport langkawi...
Flight kami pukul 2.30 ptg...kami lepak2 dulu kat sini.
Muka2 yg berebut nak duduk tepi tingkap..sabor jer lerrr..
Kesian adik qaheer...penat ler ttuuueee...

Ok....pukul 3.30 ptg kami selamat sampai kat LCCT sepang. 
Tengok ler beg Qaiser yg penuh dgn coklat...heheeheee berat ker abang?
Ini ler yg sempat BSB sambar masa g Haji Ismail group...coklat kooo..
emeemmm sedapnya..
habis diet BSB kejap.
ok..BSB nak beri tip kalau uorls g Langkawi dgn family
baik jgn stay kat pantai cenang, tak sesuai bawa org tua atau kanak2.
Boleh stay kat pantai tengah...selesa org tak ramai dan mat saleh pong kureenggg..
sekian..teima kasih..sudi baca N3 yg panjang nie..
see u again..adiosss & byee..byee..