Salam kengkawan dan pemerhati BSB, apa citer hari nie. N3 hari nie BSB nak citer tentang Gunung Merapi di Yogyakarta, tiba2 BSB teringat pula masa BSB pergi bercuti ke Yogyakarta 2 tahun lepas. Masa tue sempat juga ler kami lunch di kaki gunung Merapi. Pemandangannyer memang memukau mata dan anginnyer yg sepoi2 bayu sungguh nyaman. Masa tue BSB risau juga kalau2 tetiba jer gunung nie meletup...dah ler masa tue BSB berbadan 2. Tapi BSB diberitahu oleh Tours Guide yg gunung Merapi nie dah lama x meletup. Nasib baik baru bulan nie ianyer meletup kalau tak mahu dah jadi abu macam ikan bakar yg BSB lunch kat kaki gunung tue. Tapi apa2 pun memang enjoy masa kat sana, barang murah, makanan padang yg best dan penduduk yg ramah. Malas nak citer kisah lama mari intai pic nieee...
Friday, October 29, 2010
Tunggu!! Jgn Meletus lagi!
Thursday, October 28, 2010
Ikan Masam Masin
Salam dan kita berjumpa lagi kengkawan, sori BSB cuti jap sibuk bertukang apa yg patut kat rumah nie. Sekarang BSB dah keudara dan kita sambung citer pasal makanan dolu2. Ikan pekasam atau pun ikan masam masin itu nama yg BSB sebut masa kecik2 dulu. Kalau kat sebelah Hulu Perak ikan pekasam memang terkenal sampai dapat pengisytiharan sebagai Pusat Industri Pekasam Kebangsaan.Bau ikan nie sebelum goreng memang busuk cikit, bila goreng pula harum sampai satu rumah boleh bau. Apa lagi mari ler cuba rasa...
1) 5 ekor ikan sungai disiang dan ditoskan
2) 1 cawan beras digoreng sampai garing dan dikisar sampai halus
3) 8 keping asam keping
4) 1/2 cawan kecil garam kasar
5) 1 sudu gula pasir
Caranyer:-
Campur & gaulkan semua bahan dan masukkan kedalam balang kaca, tutup ketat-ketat dan peram sehingga masam dan gula menyerap. Jangan dibuka bekas selama 5-6 hari. Hari ke ke6 boleh ler dikeluarkan dan digoreng utk dimakan dgn nasi panas2 sambil berulamkan sambal tempoyak + timun. Selamat mencuba....ADIOOSSSSS
Tuesday, October 26, 2010
Friday, October 22, 2010
Jalan2 Hujung Minggu
Salam semua sambil tersenyum baca N3 BSB, Jalan2 hujung minggu bersama anak2 BSB. Sambil window shopping singgah jap kat playground Sunway Pyramid main games, makan aiskrim dan lunch kat KFC. Sebelum balik singgah pulak kat LG2 joint Enfamama Club, apa lagi anak2 BSB joint main games kat situ dan dpt free gift lagi...So mai ler intai jap kat bawah nie..boleh ler kengkawan bawa family kat sini nanti...layan
Thursday, October 21, 2010
ApA iTuE?
Salam hari Khamis buat pembaca atau pengkomen BSB. Hari nie macamana mesti lebih baik dari hari semalam atau hari2 yg lalu. N3 hari nie.. Apa Itue? Cuba teka, betul! pandai kengkawan BSB. Ini ler Tapai Ubi Kayu iaitu makanan tradisional memang popular dan ramai penggemarnya termasuk BSB sendiri. Selain tapai ubi kayu, ada tapai pulut dan tapai beras pulut hitam. Tapai nie selalunya org bungkus dengan daun pisang, daun getah, daun kelapa ataupun daun jambu batu pun bolehhhh..Bila buat tapai nie org kata ada pantang larangnya, tak tahu ler kalau betul ker tak? tapi Hidup Kena Slumber kata semua tue karut semata2 jer, so kengkawan pikir ler sendiri betul ker pantang larang nie;
1-Jgn makan sirih atau mendekatkan dgn benda2 yg warna merah masa buat tapai nanti tapai jadi merah dan rasa nyer tak sedap.2-Jgn makan benda yg masam ketika bungkus tapai nanti tapai menjadi masam, tak sedap.
3.Jgn buat tapai masa tengah period (dtg haid) tak senonoh betul ler, caper ckp nie....
Kalau nak try buat sendiri boleh try senang jer...BSB beli jer..Bahan2 nyer:-
1 kilo ubi kayu yg telah dikupas dan dibersihkan dulu.(potong lebih kurang 5-6cm)
1 biji ragi, sebesar duit syiling 50sen (dikisar atau dipecah2kan)
Daun pisang secukupnya (utk membungkus tapai)
Cara2nyer:
1-Rebus ubi separuh masak dan sejukkan.
2-Bila ubi sejuk taburkan ragi keatas ubi dan susun kedlm pasu atau bekas bertutup. Alas dgn daun pisang dan tutup dgn kain sampai x nampak pasu atau bekas tapai.
3-Jenggg Jengggg dah siap. Tunggu selama 3-4 hari boleh ler dibungkus dgn daun pisang dan boleh ler dimakan bersama keluarga.
4-Atau pun kita beli jer ler kat JM Bariani atau kat pasar malam pun sodap gak.
Monday, October 18, 2010
Geram+Marah=Penat
Salam dan Selamat pagi Malaysia hari ini...apa kabar kengkawan. BSB & family alhamdullilah. Macamana dgn weekend kengkawan. Mesti ada yg p kenduri kawin atau jln2 bersama keluarga, atau pun ada yg sibuk membersihkan rumah betul tak? Kali nie BSB nak share citer pasal 2 hero BSB yg dah pandai guna alat tulis. Sebelum nie BSB selalu dengar Hidup Kena Slumber citer pasal anak2 dia yg suka menconteng dinding rumah. BSB selalu ketawa jer...tapi kali nie kena kat BSB ler pulak...my hubby cuma senyum jer bila tengok drawing cun meluncun nie kat dinding rumah.
So mari ler BSB nak tunjukkan drawing tue...
So mari ler BSB nak tunjukkan drawing tue...
Friday, October 15, 2010
Masak2 Makan2
Salam hari Jumaat kpd pembaca blog BSB, kpd pengkritik tetap atau yg tak tetap atau yg touch & go (ada ker org baca nie) semoga semua nyer sihat. Kengkawan weekend nie buat apa? Apa!!! nak p kenduri kawin.. bagus ler kita memenuhi undangan atau hajat kawan2 kita...N3 kali nie BSB nak share dgn kengkawan pasal sendiri masak sendiri makan, Hari Rabu baru2 tue BSB & The gang buat makan2 utk kitaorg 4 org jer...syok sendiri. Kami masak utk b/fast dan lunch sekali. Makna nyer hari tue kami x keluar lunch kat luar lerrr...mari ler intai apa yg kami masak.
Monday, October 11, 2010
BuKaN OpEn HoUse TaPi OpEn PokEt
Salam kengkawan, Syawal dah habis maknanya open house pun dah habis lerrrr...yg belum habis Sukan Komanwel yg tengah berlangsung di New Delhi, India. Setakat hari nie Malaysia telah memunggut 6 emas. N3 hari nie BSB bukan nak citer pasal sukan pun, tapi pasal makan kat Restoran Desa Paku di Ara Damansara. Restoran nie memang terkenal kat area Ara Damansara, Ia menyajikan pelbagai menu ada masakan Thailand, Western dan Local. Sajian makanan kat sini rasa macam kat Hotel 5star ler pulak. Apa lagi jom kita intai2 pic yg sempat BSB snap.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tuesday, October 05, 2010
Open House (Opis)
Salam kengkawan blogger, bulan syawal dah habiskan, tapi citer open house belum habis lagi. N3 nie sambungan dari blog "Hidup kena Slumber" alah citer makan2 kat opis BSB minggu lepas. Seperti tahun2 yg lalu kami dibhg akaun buat open house (opis). Seperti biasa kami buat collection setiap org kat account dan juga setiap unit menyediakan satu juadah. Kiranya majlis kali nie paling meriah ler sebab kami jemput semua staff UMES. Siap ada karoke lagi, boleh ler nak testing suara...apa lagi BSB & the gang pun try lerrrr...
Ini ler juadah yg ditempah dgn ketering...nasi tomato, ayam masak merah,rendang dll lagi. Juadah lain seperti sate, lontong, speggeti, Yong Tau Foo dan jeli pun ada.
Boss tengah memberi sepatah 2 kata sebelum majlis bermula. Ciksue sibuk nak berposing jugak..layan jer lerrrr..
Aksi manja Me & Ciksue. Nie gambar sebelum makan, lepas makan dah jadi lain..heeheehe
BSB DaPaT "GA" RaYa
Salam, kengkawan Blogger hari nie BSB nak share citer dgn kengkawan pasal hadiah "GA" raya yg BSB terima hari tue. Tak kira ler kalau ada org yg upload dulu citer nie, BSB tak kisah pun. Walaupun BSB lambat upload tapi BSB happy sangat dapat hadiah yg cute & comel nie dari rakan blogger BSB "White House & Hidup kena Slambur" Thank you friends.
Yang plak "Home Sweet Home" nie dari Cik Sue...cantikan? BSB rasa nak gantung kat depan pintu ke dapur, ok tak kalau BSB gantung kat situ?
Subscribe to:
Posts (Atom)