Assalamualaikum..
Baru-baru nie gang BSB dapat undangan Familyday dari team bola anak2 BSB.
Ate pagi2 kami pon bertolak ler ke Termeloh Pahang..(takut jem kat highway karak)
rasanya ni ler kali pertama BSB nak ke Temerlong, Pahang.
Anak2 semua excited giler lerrr..Sebelum checkin kat Felda Resident Tekam, Jerantut.
Kami ronda2 dulu di tepi sungai Temerloh sambil pekena gulai ikan patin..terbaek ko.
murah juga ler seketul ikan patin dalam mangkuk besar cuma RM12 jeee..
kalau kat shah alam rasanya mahu dekat RM20 hinggit nie..
Menyusuri sungai Temerloh, Pahang..seorang RM5
Ditepi sungai Temerlong ada pulak titi gantung..apa lagi 3q suka bebenor
Tepat jam 1.00tenghari kami checkin di Felda Residen Tekam, Jerantut..semalam RM160
Bilik so..so.. je lerrr...resord lama gamoknya..
Sebelah malam ada penyampaian sijil dan hadiah untuk semua pemain..
konon2 macam malam anugerah ler gitu..
Disebelah pagi pula, ada perlawanan bola sepak bersama team anak2 felda Jengka dan anak2 staf Resord...keputusannya berpihak kepada Team pelawat..hehehe..cantik rumput kat sini kan..
Gambo kenangan Abang dan adik bersama kawan2
Kenangan bergambo bersama2 seluruh ahli keluarga pemain dan semua pemain..
Tahniah Semua..insyaallah tahun depan boleh datang lagi.