Monday, March 23, 2015

Johor Bahru bhg 1

 Assalamualaikum..
Apa kabor orang Johor Bahru?
tak lupa kengkawan semua...sihat?
alhamdullilah.
Cuti sekolah hari tue BSB menghadiri majlis perkhawinan anak saudara BSB,
di Kuala Masai Johor Bahru.
Kami bertolak dari Shah Alam pukul 3.00petang dan sampai ke Johor Bahru Pukul 9.00 malam.
Idok ler jem sangat kat highway....tapi kereta memang banyak pon.
Kami checkin hotel di Johor Bahru.
Pagi-pagi lagi sebelum kami terjah rumah mak saudara BSB..
kami singgah dulu pekena Roti Kacang Pool haji..
terletak berhampiran Balai Bomba jalan Larkin. 
Harga satu set RM5..Ini firstime BSB makan Kacang Pool nie..
rasa ok juga taaapppiiii ada rasa rempah ratus dan ianya agak berlendir sikit... 
Akak Tina paling suka Roti Kacang Pool nie...habis satu mangkuk nie dia makan.


 Abang Qaiser bergambar membelakangkan Restauran Kacang Pool Haji.
 Dari sana kami singgah pulak kat Stadium Larkin..alang2 ternampak stadium nie apa lagi..
stop ler kejap ambil gambo dan pusing2 kat sini.

 Pukul 10.00pagi baru kami sampai di rumah pengantin...
Berjubah oren nie ler tuan rumahnya..
aka mak saudara BSB..yang BSB panggil Mak Uda.
 Antara ahli keluarga sebelah ibu BSB..bertudung hitam tu bonda BSB.

 Pelamin yang dihias cantik..tumpang bergambo kejap yeee..tuan rumah.
 Ini ler Raja Sehari yang diraikan...kami panggil Miera jer..
Miera nie ler anak Mak Uda BSB..cantik tak...putih memang ler putih..
 Dari rumah Mak Uda..kami pusing2 Johor Bahru..dibelakang sana...tuuu Singapore..rasa dekat je kan..

 Masa kami sampai sini..bendera negeri Johor penuh di gantung sempena pertabalan Sultan Johor..
 Lepas makan2 kat Danga Bay, kami terjah country garden...kat sini kalau datang waktu siang cantik ler viewnya..tapi kami singgah malam idok ler nampak sangat.
Di sini tengah di bangunkan pusat kediaman mewah, pejabat2 dan pusat hiburan yang memang 
eksklusif giler lerrr..
 Landscape kat sini memang cantik sangat..disebabkan kami g waktu malam so tak nampak ler view sekeliling...yang nampak gelap gelita..hehehe
So kalau uorls nak datang sini elok ler datang waktu siang..baru ler syookkk.
BSB tak sempat nak datang waktu siang...tak pe nanti lain kali boleh datang lagi..insyaallah
ok..BSB stop sini dulu..
banyak lagi gambo nak share dgn uorls nie..
next N3 BSB sambung okkk..
adiossss..bye..bye..bye