Tuesday, July 09, 2013

PUASA + SPORTDAYS

Assalamualaikum..
dan salam Ramadan al-mubarak.
Ramadan datang lagi semoga kita sama-sama mencari 
redha & keampunan darinya..insyaallah
Ahad lepas BSB & the gang buat pertama kali dalam hidup BSB
pergi menghadiri Sukan Tahunan
di Sekolah mykids. 
Sebelum nie cuma menghadiri sukanneka aje..
almaklum ler mykids masa tu masih lagi tahap 1
mana ado nya sukan2 macam nie...

 Qistina pertama kali menyertai perbarisan Putri Islam..bukan baik bersemangat ko..

 Muka sedih sebab penat berjemur di tengah panas...tapi berbaloi dapat no. 1 dalam perbarisan terbaik.
 Khemah rumah merah..ambooiii .....merah2 delima...siap ada lagi tema ok..,mereka menang dalam ketegori khemah tercantik..ko adoooo..
 Khemah rumah kuning...boleh tahan..kalau tengok dari jauh berkilat-kilat ..
 Khemah rumah akak Tina..rumah Nilam, tak kurang hebatnya...chearleadings team tengah lepak2 tunggu giliran beraksi.
 Khemah rumah hijau...simple tapi hebat gak..
 Chearleadings rumah hijau bersama guru tarinya...iya ker?
 Chearleading rumah kuning tema mickey mouse...class ko
 tengah beraksi...
 Abang Qaiser menyertai acara sukaneka mewakili rumah hijau..team abang dpt no 1..sukanya
Jangan mare BSB pong mengambil bahagian dalam 4 x 50m jeeee..
kalau lebih tercabut lutut teman.
dapat gangsa je pong..
siap lari dengan jeans dan berkaki ayam ok..
sampai sini dulu n3 bsb.
terima kasih sudi singgah sini.
adiosss...
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA..

Tuesday, July 02, 2013

simple jer ponggg

 Assalammulaikum,
Apa khabor kengkawan semua?
Minggu depan hari rabu insyaallah kita start puasa.
BSB minggu lepas belajar2 ler buat karipap.
Bukan apa nanti boleh ler buat utk juadah berbuka puasa.
Sebelum ni pernah buat tapi tak berapa sedap.
Selepas menjelajah blog dan sumber2 yg boleh di percayai di internat
maka terhasilah karipap simple nie.

 Resepinya utk kulit karipap:
1) Planta 2 senduk kecil
2) Tepung gandum setengah kilo
3) Air sejuk
 Resepi intinya pula:
1) Kentang 4 biji
2) Bawang merah 2 ulas
3) Ikan bilis segengam kecil
4) Sebuk kari daging
5) Gula sedikit
6) Minyak utk mengoreng

Cara2nya:
Panaskan planta hingga cair. Masukan kedlm tepung dan uli bersama air sejuk sehingga menjadi doh.
Tumis bawang merah yg telah di blan bersama ikan bilis. Masukkan kari daging hingga pecah minyak. 
Kemudian masukkan kentang yg telah di potong dadu dan sedikit air.
Selepas kentang empuk masukkan garam dan gula.
Kacau2 sekejap dah siappppp...
Canaikan doh tadi dan isikan intinya dan boleh goreng hingga garing.
Jenggg...jenggg..dah siap. Boleh beri jiran sikit..
yuummyyyy sedap dan lazat.
byeee..byeee...& adios..