Tuesday, November 30, 2010

Jom Segarkan Mata

Salam kengkawan dan pembaca blog BSB. Apa agak nyer cerita atau peristiwa yang boleh membuatkan kita tersenyum sendiri seperti orang anggau macam kawan BSB kat office tue...yang tetiba boleh tersenyum sendiri walaupun tengah key-in payment. Bukan apa tue penyakit nak kawin (betul ke wak?) ataupun tetiba teringat peristiwa semalam bila berdua2an dgn suami tercinta atau tengah berangan jadi orang kaya macam Ciksue yg selalu jadi dreaming partner BSB. Walauapapun jgn ler sampai orang kata kita dah gilerrr sudah ler...tapi tak salah pun senyum sebab senyum itu satu sedekah...dari mata jatuh ke hati dan dari hati terbentuk nyer cinta. Jom kita pergi dating kat Taman Tasik Taiping yg indah & nyaman sesuai benor ler kalau nak berdating kat sini...mai kita lepak sini...
Di sini ler tempat org selalu ambil gambar Tasik Taiping. Kiranyer trendmark Tasik Taiping ler.
Hari itu sebelum balik KL ingat nak panjat Bukit Larut, tapi tiket dah habis tak boleh ler nak naik atas. Cepat bebenor tikat habis padahal baru pukul 12.00tgh.
Apalagi pandang jer ler jep yang angkut penumpang naik ke atas Bukit Larut nie, jadi lerrrr.
Kalau Shah rukh Khan tengok nie menangis nie mesti dia nak shooting filem kat sini.

Lihatlah kehijauan padang rumput yg subur terbentang didepan mata.
BSB pun nak layan gak kat sini,,,kalau hari2 pandang kehijauan tempat nie mahu mata BSB jadi terang menerang tak payah ler nak pakai contact lens lagi.
Adik Qaheer tension sebab nak joint abang main gelunsor kat sana. BSB tak beri takut jatuh pulak nanti kan susah.
Tue dia gelunsor batu kat sini memang klasik betul ler. Senang tak payah nak tukar2 kayu ker apa ker sebab dah dibuat dari batu tak ada ler rosak apa2.

Apa lagi main ler puas2 akak dan abang.
Setenang air ditasik Tenpin nie jgn disangka tak dak boyo kkkk...boyo kaki 2 ada...
Indah nyer taman nie,
Klasik betul ler pokok nie, dah berapa tahun ler gamok nyer. (org tenpin tolong jawab)
Selepas segarkan mata dgn kehijauan pohon2 dan pokok2 kat sini kami naik bot pula ronda2 tasik Taiping bukan tasik Merah kkkk.
Siap pakai life jeket lagi...org bandor ler kata kan. (org tenpin jgn gelak kkkk)
Saje jer nak suruh anak2 BSB biasakan dgn life jaket nanti kalau pergi bercuti kat pulau sepadan senang ler sebab dah biasa pakai life jaket. (bile ler gamok nyer nak pergi).
Adik Qaheer tak mahu pakai sebab panas.
Besau nyer angsa putih tue...kalau sembelih boleh jamu satu office nie.
Dalam ker tasik nie, (org tenpin tolong jawab lagi).
Lepas penat layan tasik Taiping kami lunch kat gerai tepi tasik makan laksa, emmm sedap gak. Lepas tue pusing2 jap bandar Taiping nie tengok Penjara Taiping yg dibina pada tahun 1879 lama nyer (tengok dr luar jer) lepas tue terus sambung perjalanan kami balik KL. Orang Taiping BSB minta maaf ler kalau N3 BSB nie tersalah info atau kata2 BSB nie ada terguris perasaan org2 Taiping (ada ker org tenpin baca nie),...tapi memang TAIPING WITH LOVE...adioosssss.

Friday, November 26, 2010

CubA tEkA

Salam berhujung minggu dan selamat beristirehat buat pembaca Be Simple Beb. Bulan dah terang dan poket pula tengah penuh apa lagi jom kita jalan2 cari makan. Minggu nie tak payah ler masak, kita rehatkan tangan kita dan juga dapur kesayangan kita tue. Apa lagi kita makan kat luar lerrr. Atau pun kita tapau jer kan senang, tak perlu susah2 penat2 nak masak. Lepas makan boleh layan Blog atau FB apamacam ok tak ideal malas BSB tue..lepas perut kita dah kenyang apa kata kita main teka-teki nak:-
Teka-teki, teka-tekok, apa dia cuba tengok:-
cuba teka BSB tampal gambar bunga matahari nie kat mana? Kalau betul tak ada hadiah pun Heee3...kita layan jer leeee...ciannn bak kat Eza.

Tengok baik2 kat mana BSB tempek gambar bunga matahari nie siap ada butterfly lagi? teka ler cepat jgn takut..teka....teka

"

"

"

"

"

"

"

"

Cepat teka kat mana?

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Betulllll kat bilik AYOR oppp!!!bilik AIR. Anda memang hebat. Kalau salah tak pe cuba lagi tahun depan kkk. Bila masuk bilik air nie baru ler ada fill sikit dan senang ler kita nak lepas hajat kita...betul tak? dan anak2 BSB pun tak ler rasa takut sangat nak masuk bilik air nie. Rasa nyer nanti BSB nak pasang lampu lip lap lip lap pulak ok tak? Terima kasih ler kerna sudi layan dan baca N3 BSB nie...dan Selamat Berhujung Minggu..... ADIOSSSS.

Wednesday, November 24, 2010

Air Panas Legong

Salam dihujung bulan November yg menandakan kita hampir akan meninggalkan 2010. Usia bertambah tapi saving berkurangan. BSB dah sentuh bab duit ler pulak. Stop!!!malas nak layan angan2 BSB. Jom kita p mandi air panas kat Legong, Baling Kedah. Satu jam perjalanan dari Kulim ke Legong nie. Baling memang cantik dgn dikelilingi oleh Gunung Siong, sawah padi yg menghijau dan hutan dara yg mengasyikkan. Memang sebuah pekan yg jauh dari kekotoran debu tak macam kat Shah Alam habuk sesajer tapi apa boleh buat rumah kat situ jer yg murah. So kalau ada pembaca Be Simple Beb orang Baling (ada ker org Baling baca N3 nie), kauorg memang bertuah mempunyai kampung yg indah, bersih dan nyaman.(cuma hari tue jer ada sikit kebisingan refer kat last N3 BSB nanti). Mari kita sama2 layannnn


Ditengah2 pekan Baling, belakang tue Gunung Siong. Mitos mengatakan Raja Bersiong (raja yg suka makan darah manusia tue macam dlm filem dolu2) telah mencabutkan gigi siongnyer dan mencampakkan di sini lalu jadi ler Gunung Siong..betul keee. Lu pikir ler sendiri. Pintu gerbang pun berlambangkan gigi siong Raja. Kalau gigi dah besar nie, Raja Siong tue besar mana ler gamok nyerr...eeee takut.
Pintu gerbang Selamat Datang, sepanjang jalan dari sini ke kolam air panas kami jumpa org asli tengah berjalan2 ditepi jalan nie memang ada penempatan orang asli kat sini ruper nyer. Dari sini cuma 10 minit ke kolam air panas. Udara kat sini memang sejuk & nyaman tak perlu buka aircon pun...sunyi sangat dan tenang jer rasa. Dah sampai pun kat kolam air panas . Masa kami sampai nie jam 4.00 petang, masa nie tak ramai orang lagi. Selalunyer org ramai waktu malam hingga subuh.

Kolam air panas no. 1. memang panas tak boleh mandi nanti kulit jadi merah macam udang. Sesiapa nak rebus telur kat sini lerrr.
Tengah test kaki kat air kolam nie.
Tak boleh mandi lagi, panas yop Ooooiiii

Yang kami lepak nie kolam paling suam lerrr...

Sekarang semua dah boleh mandi, tapi kena rendam dan duduk diam2 dlm kolam nie, jgn nak terjun jer mahu menjerit nanti...panasssss
Sekarang suhu badan dah boleh terima kepanasan air panas nie, apa lagi jop kita mandi manda...yaahooooo
Pukul 7.00 kami terus balik, tapi sampai kat simpang nak keluar dari pintu gerbang Air Panas Legong nie kami nampak beratus motosikal dan kereta berderet2 melalui jln raya nie, nak tahu kenapa...mai sini BSB habaq mai...

Depa p menghadiri perhimpunan memperingati peristiwa Memali yg berlaku pada November 1985 dah 25 tahun yg lalu.(alah yg ajaran sesat Ibrahim Libya tue) kalau kengkawan nak tau lebih lanjut kisah Memali sila jumpa pokcik google kkk..tapi apa2 pun Baling memang cantik dan bersih...hati terus jadi tenang setenang air kolam panas Legong....ADIOSSSS.

Tuesday, November 23, 2010

Hari Raya Korban

Salam ceria semua, masih didalam mood kampung lagi ker? macam BSB nie, masih lagi dalam mood kampung & mood raya korban. Daging korban pun banyak lagi kat aisbox tue...emmm nak masak apa ler pulak dengan daging korban tue. Sup dah selalu sangat masak, rendang dah makan kat kampung, kari pun dah buat hari tue, kengkawan ada ideal tak nak masak apa daging tue. Rebus cincah dengan airasam sedap gak kan? tapi anak2 BSB tak suka pulakkkk. Anak2 BSB suka masakan yang ada kuah. Kejap lagi kena tanya pokcik google ler, dia mesti ada ideal yg best2. Hari tue BSB pergi tengok org surau sembelih lembu korban, sempat ler BSB ambil gambar2 nie, mari ler kita sama2 tengok kkkkkk..

Lembu nie sebelum sembelih gemuk sekarang dah jadi kurus ler pulak...pelik..pelik.

Pelik betul ler orang lelaki nie kalau buat kerja mesti nak hisap rokok, tak faham...tak faham.
Tengah melapah daging korban. Kat surau nie 9 ekor lembu dikorbankan, jenuh ler nak melapah daging tue sampai kepetang le jawab nyer tueee.
Kak Ina & Ana tengah membungkus daging korban. Nak bungkus untuk BSB ler tuee..TQ
Macamana Qistina boleh terpakai baju nie ler pulak...mana baju kurung ko akak. Sori BSB terlupa nak suruh dia tukar baju.
Makan time... daging korban tue orang surau masak ramai2 dan buat kenduri kat surau nie. Jemput makan semua, sedap tau gulai kawah kari daging.
Adik Qaheer tak takut ker lembu tueee... Dah makan semua jom kita balik. Perut kenyang tangan bimbit daging pulak. Untung nyer kalau buat korban kat kampung, makan dapat bungkus pun dapat.
Aksi Abang Qaiser dgn Adik Qaheer berebut basikal Yasin. Yang adik tak mahu mengalah tengok ler tueee...tak padan dgn kecik.
3 dara pinggitan nie sibuk main masak2. Masak apa hari nie Kakak?

Kak Ina tengah merebus tulang lembu nak buat sup kata kak Ina.
Jengggg jenggg nie ler dia juadah kami keesokan hari. Sup tulang lembu, ikan bakar, ulam-ulaman dan kari daging. Simple tapi memang meletop gitu...nak tambah nasi boleh kerr? OOOooo tak boleh control sikit nanti terlebih makan, kolestoral naik pulak. Ok jumpa lagi di kampung nanti...ADDIOSSS.

Friday, November 19, 2010

MoKcIk kAyO

Salam kengkawan blogger dan pembaca blog BSB. Seronok ker bercuti kat kg? BSB masih melekat kat kg lagi. Malasnyer nak balik KL nak pergi kejo. BSB nie belum jadi kayo lagi, hai nuffnang pun tak ingin tempek ads kat blog mokcik nie...bila ler gamok nyer nuffnang nak tempek ads kat blog Mokcik nie...kalau ler mokcik kayo tak yah pergi kejo lagi, lepak kat rumah jer main2 dengan anak2. Pagi2 boleh hantar Qistina pergi sekolah tak perlu lagi hantar kat nursery. Tengahari ambil Qistina, petang bawa anak2 pergi playground..eemmm syok giler lerrr. Mokcik ada baca kat FB kawan lama Mokcik dapat jemputan hightea kat hotel 5* dgn Datuk Jimmy Choo, siap Datuk Jimmy Choo tanya dia pakai kasut saiz apa lagi? (Datuk nak beri kasut ler kat dia) Aduiii bertuah nyer badan. Mokcik nie jgn dikata nak dapat hightea dgn Datuk Jimmy Choo, butik kasut Jimmy Choo pun tak pernah masuk...tak ape lerr dah rezeki masing2 lebih kat situ, kurang kat sini betul tak? nampak nyer BSB nie dah mabuk daging korban nie, itu pasal ler melalut sikit...Apa2 pun BSB bersyukur sangat dgn apa yg telah tuhan berikan pada BSB, sihat tubuh badan, mempunyai anak2 sihat dan comel dan juga suami yg memahami. Duit tak ada ler berkepok2 sampai boleh buat mandi, kalau setakat nak pergi PD sebulan sekali boleh lerr.OKkkk mokcik nak beradu dulu harap2 Mokcik mimpi jadi kayooo, dalam mimpi pun jadi lerrrr.....ADIOSSSS

Monday, November 15, 2010

Anak Omak Sayang

Salam manis umpama madu dari BSB yg skg berada di utara Malaysia. Kengkawan masih ada lagi yg bercuti di kampung macam BSB ker?Macamana dengan aktiviti hari raya korban kali nie. Jangan makan banyak sangat daging okkk, nanti kena darah tinggi pulak. Walaupun bercuti tapi BSB tetap nak masuk juga N3 pasal Hari Penyampaian Hadiah kali ke-10 di Sekolah Qistina. Bukan apa teringat zaman BSB masa sekolah dolu2, dulu mak yg datang tengok kita, skg kita pula dtg tengok anak kita pulak. Adooohhh cepatnyer masa berlalu dah besar puteri mama nie. Okk nak citer balik pasal anak mama nie. Kami ingat kami org paling awal yg sampai kat Sekolah Qistina rupa nyer bila kami sampai jam 7.40 dah hampir penuh dewan terbuka nie punya ler ramai parents yg hadir. Cari punya cari seat dapat ler yg belakang tapi tak ler belakang sangat ok ler tapi jauh sikit dari stage. Mari ler intai pic nie:-

Antara parents yg hadir, tapi rasa bukan semua yg hadir kalau semua mahu sampai ke pagar sekolah nie.

Pengetua Sekolah Puan Zubidah tengah berucap. Tegas dan garang tueeee..
Persembahan pertama Choral speaking.
Yang nie persembahan Tarian Tradisional 1 Malaysia.
Persembahan drama dari murid2 tahun 5 & 6
Comel nyer budak2 nie tengah menari tarian cina.
Ini pulak tarian Pahang, yang berbaju merah hati tue Nadia, yang Qistina suka sangat kat dia.
Qistina tengah mengambil sijil 5A tahun 1. Kurusnyer anak mama nie.
Qistina & Qaiser tengak beraksi. Tahun depan abang pula masuk tadika.
Qistina tak habis2 memuji taman batu nie kat kami semua.
Lepas Qistina ambil sijil kami lepak jap sebelum balik.
Lepas semua murid pra sekolah dan tahun 1 & 2 ambil sijil, dah tinggal banyak nie jer parents yg lain semua dah balik.
Begitu juga dengan kami angkat kaki ler juga. Lagi pun BSB nak masuk kerja nie. Qistina tak habis2 bercerita pasal sekolah dia ada itu ada ini, dia suka sangat bila kami datang. Harap2 tahun depan dapat datang lagi...so kengkawan selamat bercuti dan semoga gembira bersama keluarga tersayang.....ADDIOOSSS