Wednesday, September 29, 2010

Semakin Lama Semakin Mahal

Salam kengkawan semua. Bulan Syawal hampir sampai kepenghujungnya, banyak lagi ker kengkawan nak memenuhi undangan open house. Bila makan tue jgn ler makan mengikut nafsu, kena ler jaga kesihatan juga. Sambil kengkawan menjamu selera di majlis open house tue cuba kengkawan tinjau ada tak dikalangan kawan2 kita yg masih guna pinggan mangkuk zaman dulu2 macam pinggan mangkuk BSB tunjukkan di bawah nie. Zaman skg nie pinggan mangkuk yg lama2 nie memang dah ada nilai. Peminat brg2 antik memang mencari pinggan mangkuk atau barang2 lama nie. So masa balik cuti Raya hari tue sempat ler BSB snap gambar barang2 lama yg ada dirumah ayah mertua BSB, diantara nyer :-

Koleksi Dumex nie sudah lebih 43 tahun. Mengikut kata kakak ipar BSB, koleksi nie hadiah kemenangan Hubby BSB memenangi peraduan bayi comel....tapi skg idok ler comel dah...cuma manisnya ada...heeehhhheee.

Yang ini koleksi pinggan mangkuk English Style "J&G Meakin,England". Cantikkan... macam koleksi vantages pun ada kan.

Yang 3 ketul nie koleksi pingan mangkuk pokok buluh. Yg lain semua dah pecah tinggal 3 ketul nie jer..made in China.

Kipas angin jenama National gitu, berat tau kipas nie. Apa lagi "Ownkoleksi" kalau berminat boleh ler contact BSB. Harga boleh dirunding.
Yang nie kenal tak? Zaman skg org pakai computer jer mana ler nak menaip pakai typewriter nie. Kalau salah taip kena taip balik sampai ler jari jemari nie tercabut...
Last BSB nak tunjuk tirai besi nie....jgn mare, rumah caper yg ada tirai besi nie lagi. kalau ada simpan tau...mana ler tahu satu hari nanti ada peminat tirai besi tercari2 benda buruk nie. Sekarang nie pun dah macam2 barang lama ada peminat masing2. Macam dalam blog "Ownkoleksi". Ok kita jumpa lagi dilain N3....ADDIOSSS...

Friday, September 24, 2010

kIsAh CuTi rAyA LaGiiii..

Salam kengkawan...banyak ker dapat undangan open house atau tengah sibuk nak buat open house weekend nie...tak nak jemput BSB ker???N3 kali nie ke Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Tempat perkelahan dan perkhemahan yg terkenal di Kulim. Air sungai nie memang deras dan sejuk macam air dlm aisbox...eeee sejuk nyerrr. Memang tak tahan kalau nak berendam lama2 dalam sungai nie...sejuk betul, tapi budak2 bukan nyer tahu sejuk ker apa. Anak2 BSB mandi sampai nak balik baru naik ke atas nak makan...Sungai nie amat sesuai untuk berkelah bersama family, tempat yg nyaman, selesa dan air sungai pun x ada ler dalam sangat pun...mari ler intai pic yg BSB sempat ambil nie...

Seperti biasa ler...Qaiser mula2 takut nak turun ke dlm air...tapi at last dia org yg paling lama dan last sekali naik dari dlm sungai.

Qistina memang suka kalau jumpa air.....terketar2 dia menahan kesejukan tapi mandi juga tue..

Ini ler sebahagian ahli keluarga BSB yg mengikuti perkelahan ke sungai Sedim nie...

Hubby tengah menyalin baju sikecil Qaheer. Dibelakang 2 ler bekalan kami semua. Ada nasi lemak, roti dan cucur bawang....apa lagi mari makan...perut dah lapar nie duduk dlm air lama sangat. Terima kasih kepada Ana, Kak T, Kak Ina dan lain2 yg sudi menyediakan bekalan kita nie.

Lepas acara mandi manda, kami p tengok The Tree Top Walk kat Sg Sedim nie. Kalau jln kaki 10 minit sampai ler kat sini dr tempat perkelahan BSB tadi. The Tree Top Walk nie yg terpanjang di dunia...jgn tak tahu. Kami x ler panjat titian tue sebab masing2 gayat tengok jer lee.

Ini di laluan masuk ke Tree Top Walk. Terasa adventure pulak nyer...dah lama bebenor teman tak dengar suara ungas2 didlm hutan....rindu nyer...

Kita snap gambar dulu, jgn lupa... tengok ler aksi tersendiri Qaiser.

Kat sini ler start point The Tree Top Walk nie...

Dari sini titian nie x tinggi lagi...tapi kalau jatuh mahu patah juga tulang kita nie.

Dah puas intai2 apa yg patut, kami pun cau ler...sepanjang jln si adik Qaheer nak berdukung jer, tak tahu naper x nak jalan sendiri. Apa lagi my Hubby ler yg jadi mangsa. Penat tau kena naik bukit lagi nak sampai kat sini...apa2 pun kami sekeluarga happy sangat hari nie....jumpa lagi next N3 di Kulim, Kedah....Jaga diri semua & ADDIOSSSSSSSSS...

Tuesday, September 21, 2010

Kenangan di hari Raya 2010

Salam di bulan Syawal...dah lama rasa nyer tak keudara. Maklum ler raya setahun sekali apa lagi beraya sakan ler. Kami sekeluarga bercuti dari 9/9/2010 hingga 19/9/2010. Anak2 memang suka kalau balik kampung, boleh berlari2 keliling rumah, kejar ayam & itik dan juga dapat berjumpa dgn saudara mara sambil berkira duit raya lerrrr...
Gambar keluarga BSB diambil di petang raya di rumah suudara Hubby. Sambil menjamu selera sempat lagi BSB bergambar dirumah antik nie. Perut dah penuh nie....senyum2

Sebahagian koleksi biskut raya tahun nie...jemput makan semua.

Beraya di rumah kakak ipar BSB di Kulim.
Anak2 BSB kalau pegi open house bukan nak makan tapi sibuk nak bermain jer...tengok ler 2 org sibuk nak menjamu selere diaorg sibuk nak bermain. Tak pe jgn gaduh2 nyer mama nak makan mihun sup nieee....

Yang nie beraya di Kangar, Perlis rumah kakak ipar jugak...Qaiser & Qaheer tengah bermain air kat halaman rumah.

Sebelum BSB balik Shah Alam kami singgah Ipoh rumah kakak ipar lagi....kan ziarah menziarahi itu mengeratkan persaudaraan.

Aksi ketika Kak Yong nak balik Ipoh...duit raya tak ada ker??Qaheer nak ikut Kak Yong ke???

Cuti raya dah habis, kita sambung kerja kita balik....apa lagi kat opis nie kerja berlambak2 nak buat, tapi tak pe janji puas cuti lama....insyaallah jika dipanjangkan umur kita jumpa lagi Raya tahun depan 2011..ADDIOSS

Saturday, September 11, 2010

bUYoK BeBenOr

Salam Syawal...N3 hari nie life dr kampung. Nampak nyer ramai kengkawan blog sibuk dgn raya sampai x N3 baru. BSB pun dilanda kemalasan dan kekenyangan utk unload pic N3 raya. BSB rasa lepas balik KL baru ler nak upload pic baru. BSB cuti 1 minggu dan 1 minggu juga ler BSB akan kunjung mengunjung rumah kengkawan kat sini dan saudara-mara hubby BSB. Apa lagi perut pun sentiasa dipenuhi dgn juadah hari raya, masa nie ler dapat makan macam2 lemang, ketupat, rendang, laksa, mihun sup, nasi daging dan macam2 lagi lerrr...nampak nyer balik KL nanti kena cepat2 ler qado puasa....Apa2 pun jgn ler jadi macam katak hijau nie...buyok bebenor teman ngok nyerrr....Selamat hari raya.....ADIOSSS.

Wednesday, September 08, 2010

BSB gantung kad raya

Salam kengkawan...terharu nyer rasa bila nampak ada kawan blog BSB gantung card raya BSB dlm blog dia....terima kasih Mummy Ayu kerna sudi gantung kad raya BSB yg x seberapa nie...BSB nantikan N3 raya dari Mummy Ayu....mesti meriahkan?

E-Card diberi penganti diri,
Terima kasihlah kerana melayari blog BSB,
Selamat hari raya Aidilfitri
Semoga tahun depan boleh gantung kad raya lagi.

KAD RAYA 2010

Buat rendang dari telur
Untuk dimakan di pagi Raya
Sepuluh jari dihulur
Tanda kemaafan kami pinta.

Salam kemeriahan Aidilfitri semoga ia nyer memberi keinsafan kpd kita semua. Be Simple Beb memohon ampun & maaf jika kata2 atau penulisan BSB selama berada di sini telah membuat pembaca blog BSB tersinggung rasa ataupun berkecil hati harap dimaafkan.Buat adik2 tersayang, saudara-mara yg sentiasa diingati, kengkawan yg mengenali BSB dan pelawat blog ini, Be Simple Beb mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI PANJANG...ADIOSS...

Tuesday, September 07, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Salam di akhir Ramadan....persiapan Raya mesti dah siapkan? mesti ada kengkawan blog yg dah sampai ke kampung halaman atau kampung hubby masing2. BSB masih lagi kat Shah Alam. Insyaallah hari Khamis baru bertolak balik ke Kulim. Hari Ahad yg lalu BSB dan adik2 BSB berbuka puasa di rumah BSB. Setiap tahun kami buat majlis berbuka puasa bersama ibu dan adik2 BSB semua. Kami nie susah sikit nak berkumpul semua maklum ler masing2 sibuk dgn urusan masing2 dan ada antara nyer yg tinggal luar Selangor. Tapi Alhamdullilah tahun nie kami dapat berkumpul semua. Kami semua sibuk nak beri hadiah utk ibu kami Puan Rokiah Musa. Terima kasih semua kerana sudi datang di majlis berbuka ini.

Kali nie BSB masak Mee Tomyam, Ayam goreng berempah, Sup Suhoon dan sayur kangkong goreng belacan. Desert BSB buat bubur pulut hitam.

Adik BSB Ana masakkan, Ketam masak lemak dgn gulai perut. Umi pula bawa kuih-muih. Basri bawa buah anggur dan honeydew. Terima kasih semua sebab susah2 jer bawa makanan.

Lepak time....didalam bilik nie tengah hangat berborak...jgn mengumpat kkkkk...nanti pahala puasa kurengggg...

Di hall pulak tengah sibuk melayan astro....
Kita posing dulu nyer Cik Umi dgn Cik Intan.
Tengah siap-sedia utk serbu makanan di depan mata. Tunggu org azan dulu...
Ini ler keluarga 69...eheheeee bukan keluarga Pak Abu...kali nie kami semua dpt hadir cukup 8 org adik-beradik semua adaaa...
Lepas berbuka kami sambut birthday Umi yg ke....x boleh beritahu, nanti umi mareeeee....happy birthday 2 U....happy birthday 2 U...happy birthday 2 Umi...happy birthday to UUUUuuuuu....
Acara potong kek...Tq Ana sebab sponser kek birthday nie...emmm sedap nyer kek nie.
Birthday girls tengah potong kek. Intan dgn Awa macam x sabar jer nak mamam....tunggu jap k, semua dapat seorg sepotong jer....Ana nanti lain kali beli besau sikit kek tue....kita semua nie kuat makan...heeehee....Selamat hari jadi umi, semoga apa yg diimpikan akan tercapai hendak nyer... Buat semua adik2 ku terima kasih kerana sudi hadir, walaupun suzi seorg x ada sbb ada hal kat kg (betul ker basri)...apa2 pun Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...ADIOSSS

Friday, September 03, 2010

LeManGKu MeNjAdi

Salam kengkawan...hari nie BSB nak cerita pasal lemang. Kat kg aku tuuuuu kat hulu Negeri Perak Darul Ridzuan, kalau nak raya mesti bakar lemang. Seminggu sebelum puasa org kg BSB dah start servey buluh lemang dlm kebun2 durian atau hutan yg berhampiran. Buluh lemang utk buat lemang mesti lebih nipis drp buluh biasa. Kelapa pun siap simpan atau tempah kat caper yg ada kebun kelapa. Setiap rumah mesti ada lemang. Tak kira ler bakar sendiri ker atau tempah kat caper2, tapi mesti hidangkan lemang pagi raya. Selalu nyer lemang dibakar sehari sebelum Raya....boleh dikatakan macam pesta bakar lemang pulak. Kalau rumah Pak Yop A dah start bakar lemang, rumah Mok Cik B mesti kelam kabut nak start bakar lemang jugak, macam berlumba-lumpalah pulak. Lemang mesti dibakar sekurang2 nyer 5-6 jam, api mula2 bakar lemang sederhana besar, lepas dah kering santan baru guna bara jer.... Itu ler tradisi kat kg BSB. Selalu nyer BSB makan lemang dgn Ayam Tauchu bukan dgn rendang...sebab rendang selalu makan dgn ketupat pulut. Kalau lemang kat KL nie diaorg rebus dulu lepas 2 masukkan pulut dlm buluh baru bakar. Nanti lemang 2 x ada kepala dan ekor lemang. Tapi ada satu kedai kat Kerinchi yg jual lemang boleh tahan sedap nyer.. kalau kengkawan nak beli lemang boleh beli kat situ...(x ingat ler pulak nama kedai 2 rasanyer kedai yg tepi jln dari flet kerinchi ke pantai dlm kat situ ler).


Resepi Lemangku Menjadi:-
2 Kilo beras pulut
8 Biji Kelapa (ambil santan nyer saja)
4-5 batang buluh lemang yg sederhana besar
Garam secukup rasa

Cara2 nyer:
1-Rendam beras pulut semalaman
2-Basuh beras pulut dan tuskan air nyer.
3-Masukkan daun pisang ke dlm buluh mengikut saiz buluh.
4-Masukkan beras pulut ke dlm buluh, jgn terlalu penuh.
5-Masukkan sedikit garam kedlm santan.
6-Tuangkan santan kedlm buluh sedikit demi sedikit, sehingga santan sampai kebhg bawah
buluh.
7-Bakar dgn menggunakan api yg sederhana besar.
8-Setiap 10 minit dibalik-balikkan buluh itu.
9-Apabila santan dah kering, perlahankan api menjadi bara sahaja.
9-Masak sehingga 5-6 jam sebelum diangkat.

Ada berani, try ler...Selamat Mencuba.....ADIOSSSS...

Thursday, September 02, 2010

RaYa DaH DeKat

Salam Ramadan kengkawan...macamana dgn puasa dan terawih, ok ker? Zakat fitrah jgn lupa ingat kat hubby suruh bayo yaa..kat Selangor RM7.00 jer. Zakat fitrah mesti di bayar sebelum solat Aidilfitri kalau cepat lagi baik. Tukang jahit dan peniaga kuih mesti tak cukup kaki tangan nak siapkan tempahan. Pengusaha hamper pun apa kurang nyer sibuk nak siapkan tempahan pelanggan. Cepat siapkan sebelum pelanggan marah nanti. BSB dah terima tempahan biskut raya sedikit demi sedikit yg di order pada kengkawan kat office nie. Diam x diam banyak juga rupa nyer BSB order biskut raya ...heeheeheee tak per ler raya setahun sekali. Nanti kalau x habis boleh bawa office.

Ini ler biskut wajib BSB. Setiap tahun mesti order. Satu balang RM26 jer..Sedap tau biskut tart nie. Bila masuk dlm mulut terus cair, jem nenas nyer pulak lembut, banyak dan rasa masam2 manis. Apa lagi order ler....

Tengok 2222.... biskut raya yg BSB dan kengkawan order. Yang mana satu agak nyer yg BSB punya??? BSB punya yg dlm kotak coklat 2 jer. Ini cuma sebahagian jer ada lagi yg belum dapat mungkin esok atau minggu depan baru dapat. Apa2 pun Puasa jgn tinggal ok......
Selamat Menjalani Ibadat Puasa.Adiossss...